Nuffnang ads

Sunday, May 11, 2014

Kejam

Anak-anak itu
Mungkin belum mengerti apa-apa
Hadir ke sekolah untuk memhami bahasa dunia
Menyimpan niat agar satu hari nanti peradaban manusia kembali
Namun
Tidak mereka duga
Hari itu hari terakhir
Kerana janji Nya mungkin disyurga
Satu-satunya tempat bagi manusia yang berakhlak
Di dunia anak-anak itu
Yang berkuasa bermaharajalela
Hati sungguh senang melihat anak-anak kecil syahid bergelimpangan
Bak jahiliah
Bahkan lagi jahil dari si jahiliah
Di mana rasa peri
Sekurang-kurangnya keperibinatangan
Kerana mereka itu tak layak dimanusiakan
Angkuh
Dengan tampuk kuasa yang diperolehi
Itupun secara tidak adil
Kejam
Menghapus waris keturunan bakal-bakal pemusnah yang batil
Hanya air mata dan doa mampu dikirimkan
Air mata berkali-kali digesa sambil mengusap lembut wajah kesayangan yang ketiduran
Jika satu masa nanti anak-anak ku
Jalan kau pilih seperti anak-anak itu
Ibu redha
Dunia ini terlalu kejam untukmu
Biarlah damai kamu di sana
Dunia anak-anak kecil
Biarlah indah-indah sahaja
Kerana itu memang sifatnya

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...