Nuffnang ads

Showing posts with label Hariz. Show all posts
Showing posts with label Hariz. Show all posts

Thursday, February 18, 2016

Nama anak


Sejak anak yang pertama mula daftar sekolah, bila tengok senarai nama kawan budak-budak darjah 1 nama dia yang antara sedikit yang paling pendek. Yang lain semua lebih daripada 3 suku kata dan panjang-panjang. Ye faham tu hak mak ayah masing yang inginkan nama terbaik. Tapi bagi aku biarlah nama anak-anak aku pendek, mudah disebut, dipanggil dan memudahkan urusan dia kelak bila nak isi borang, buku sekolah dan sebagainya. 

Mungkin dah terbiasa diajar biarlah kita memudahkan kerja orang lain dalam erti kata lain ihsan. Rambut mungkin sama hitam, tapi apa dalam fikiran tu memang hak individu. Hak aku menamakan anak-anak aku dengan nama yang elok dan pendek.

Hariz, Hayfa, Hannah nama diberi,
Itulah penyeri hidup kami.


Wednesday, February 26, 2014

Rumah

Semalam dalam kereta dalam perjalanan nak ke bank, maklumlah dah gaji kan macam biasa Hariz mulutnya memang tak boleh berhenti. Sampai satu kawasan perumahan baru nak naik dia cakap,

" Mama,mama nak cari rumah kan? Takpe, nanti Hariz buatkan rumah untuk mama."

" Erm ok. Nak buat dekat mana? Tapi kena kumpul duit beli tanah la nak naik rumah" Aku balas balik.

"Takpe nanti kumpulla. Kita buat la dekat sini ke, sini ke.." Sambil tangan dia tunjuk kat sekeping tanah yang kosong dalam perjalanan tu.

" Nak buat rumah kan mama kena pandai sains dan mametik (matematik)." Masa ni aku dah suprise dah. Rasanya dulu umur dia tak tau pun kaitan nak buat rumah dengan sains dengan math ni. Tadika umur 6 tahun kot. Sains tak belajar lagi rasanya.

" Yela kan. Nak kira berapa luas rumah tu. Apa barang nak guna buat rumah kan? Memang kena pandai sains dan matematik la Hariz." Aku jack la dia.

"Takpe. Nanti Hariz belajar la kat sekolah."

Takpelah nak. Buatlah apa yang termampu. Selagi ada khudrat dan izin Allah, mama dan ayah cuba nak beri terbaik buat anak-anak semua. Yang penting akhlak mu nak. Setinggi mana kamu nanti, takkan mudah goyah peganganmu.
Hariz selfie.

Wednesday, February 5, 2014

The third

New Year gift from the Greatest Allah.
I am conceived. Again. It is unplanned but with tiny soul growing up in your belly, how can you say no.
I may not ready mentally and physically but as a mom I'm trying my best to provide the kids.

Hariz will turns 5 soon. And this is his prayer too. After some of his solah. He asked what to dua'. Anything you want dear. Maybe..a baby, being a good boy, may mama and ayah live longer so both can take care of you. He always told me he wants another baby as Hayfa is growing up and very active. At first he prefer a boy for the third. But then after a visit to a newborn baby girl of my friend he changes his mind. He wants a girl even though he doesn't favor Hayfa so much.

Hayfa will turns 2 before the third baby being born. Just nice. But she is still breastfeeding and she takes formula too. I face trouble to get rid of her from the 'nenen'. A very cheeky girl. But a fast learner. She knows when and where shall she puts the dirty clothes, the thrash, her milk bottle even she take her own plate every meal time. I can hang on you dear girl. But deep down in me, I feel sad for her. Thinking I may neglect her a bit as the pregnancy will take control. Sometimes I just want to lay down but she wants to play with me, I get mad at a very simple thing she made sometimes...it's hard when I don't set a suitable gap between pregnancy.

But who am I to control the destiny. Accept it with an open heart and pray that it will be smooth just like before. Pray that I'll be fit enough to embrace this pregnancy and the children I already have. Thanks hub for your arms to cry on, to hang on...you are such a great dad. Hayfa is so daddy's girl. I thank you for that. I don't worry much about Hariz because he is big enough to understand the current situation, the changes of his mom mood. He even helps me with chores. Wash dishes, take care of Hayfa, he even prepares Hayfa's milk. The key is always have our kids around and asks them to help whenever we completing our chores. From the observation, they can do it on their own when the time really needs them too.

Pray for my safe pregnancy. Thanks in advance.

Here is the gift.

Wednesday, November 13, 2013

Keluar darah

Macam biasa aku hari-hari balik kerja tung tang kat dapur. Lepas masak sap soi teus ajak keluarga makan. Masuk waktu Mahgrib pun baru nak sudah makan, suapkan anak-anak.

Usai makan, pesan dekat Hariz solat nak. Berhentilah main dulu. Lepas solat, belajar Iqra' sikit sambung lah main.

Masuk kali ketiga aku pesan suara dah nyaring sikit baru lah dia menjawab.
" Hariz keluar darah lah mama."
Aku yang kebetulan tengah basuh tangan gelak besar.
"Mama dah boleh solat belum? Keluar darah lagi tak?"
Aku yang belum habis gelak terkedu dengan soalan dia tu.
Oit, awak tu lelaki la nak. Mana ada keluar darah cam mama melainkan kalau awak buasir kronik.

Ada je alasan. Karang mama keluarkan senjata terakhir nanti baru tau.

Wednesday, October 2, 2013

The Duo


Buah hati pengarang jantung saya dan suami
Perangai berbeza
Si abang masa seusia adik sekarang
Suka berkongsi dan tak kisah kalau sesiapa usik mainan/makanan dia
Si adik sekarang jenis mempertahankan barang dia 
Kalau nak barang orang lain sedaya upaya dia nak jugak
Si adik lebih independent 
Si abang manja lebih
Tapi si abang dulu kalau ditepuk-tepuk, didodoi sambil beralun lembut mau gak tidur...
Si adik kena 'bergantung' baru lelap
Itupun gaya dia nak tidur tu tah berapa kali berkalih
Itulah anak-anak
Lain-lain pe'el nya...
Mama korang ni kadang-kadang(ke biasanya?) hilang kewarasannya...
Tapi at the end, kesal pulak...
I'm struggling to be a better mom
Nak lari daripada cara mama korang dididik dulu
Sometimes I forget the promise
But, I'll make sure my hugs and kisses wipe the tears away.
Till death do us. Insha Allah.

Wednesday, April 18, 2012

Sweet side of Hariz

Semalam, bawa Hariz ke office sebab pengasuh minta cuti.
I drove him to my office and we stayed sampai habis waktu kerja.
Penat tak usah cakap lah dengan melayan dia lagi.
Balik petang tu siap2 makan ringan2, mandi terus baring kat tilam. (We don't use katil sebab kes Hariz jatuh masa umur dia 6/8 bulan haritu)
Hariz masuk, pergi dekat dressing table ambil lotion.
Dia minta mama dia letak sikit kat tangan dia. Ingatkan nak sapu kat tangan dia.
Tapi dia selak baju mama dia sapu dekat perut mamanya. Nak bagi baby wangi katanya.
Dia minta lotion lagi. Mamanya press sikit, dia tanya mana lagi nak letak eh mama, dia tanya...
Terus dia sapu dekat kaki aku...Dua-dua kaki dengan tapak kaki...I felt so relieved dan terharu. Sayu pun ada.
Mama penat eh? Aku baring tu sambil baca buku yang aku beli daripada @lejenpress dengan kaki letak kat atas bolster. He will turns 3 this June. He already melts my heart.

Aku harap sangat dapat bermanja dengan dia walaupun dia dah besar nanti. I love hugging and kissing him. (and nagging at him too).Kadang-kadang aku rasa dia membesar terlalu cepat. Fikir pasal dia je sekarang ni buat aku rindu dengan Hariz. Bergenang dah air mata...seriuscengeng!


Monday, February 20, 2012

Anak bujang lipat baju sendiri

Aktiviti pagi Sabtu yang lepas.
Sonang den nanti.

Wednesday, February 1, 2012

Aktiviti Hari Wilayah

Lift and weight budak ni.

Monday, October 31, 2011

Tahniah Jang....

Pialo Malaysio kito punyo...
Oklah...jauh lagi nak compare dengan Selangor yang dah 32 kali menang...
Agak-agak berapa tahun lagi diperlukan untuk samakan kemenangan tu dengan Selangor eh? 60? 100?






Wednesday, October 26, 2011

WW #7:Meeting dalam tidur


My 444 post. Dedicated to this unquenchable curious yet cantankerous lil Hariz.  
I love you...no matter what.

Tuesday, October 25, 2011

Polis Sentri 1 2 Jaga




Anak aku sekarang ni ada satu habit lepas balik tengok husband aku passing out hari tu. It's irritating me actually tapi what to do. Aku jerit pun kejap je insaf dia. Lima minit lagi kang....

" Aris....arisssss sap!" Dengan suara yang maha lantang (baca:nyaring gilos!).
Dia nak cakap " Baris...baris sedia!"

Tapi nak wat acane pelat lagi. Perkembangan dia setakat ni oklah. Still banyak lagi baby language yang dia guna. Kecuali mengira in English tu tak pelat dah. Yang tak tahan tu bila kita dok counting 1,2, 3 go...dia pulak 2, 3, NINE.....!!!!aku dah tergelak-gelak dah. Sokmo taknak cakap ONE sebab dia confuse kot dengan WAN. Bila aku suruh cakap ONE dia tergelak maybe pelik nak mengira sebut WAN.

Still, he's so into Barney. Sebab daripada kecik itu je aku hadapkan kat dia. Kalau bagi buku kat dia he will read, but in his very own language la. 

Ni la keje dia sekarang dok berbaris dan jerit baris baris sedia tu mau dekat berpuluh kali. Tak pun dah boring tu ajak aku main badminton pulak. Elok lah. Boleh la kamu ganti Chong Wei tu. Asyik dok kalah je. Ni ngan junior Lin Dan pun kalah. Kot kot anak mama seteru dengan Chen Long ke kan...Boleh tukar nama Hariz Long pulang...Kamu kan memang along pun kecuali belum rezeki ada adik je lagi.

Oh, pandai mengarah dan bila aku tak buat mulalah jeritan paling nyaring dia tu. Mama ko ni dah la memang pekak sejak azali...kamu jerit lagi la...belum 40 nanti dah pekak completely. Eh, 40? 30 pun I belum masuk k.

Kalau dia dah boring panggil mama dia panggil aku ayang...yangggg...yanggg sampai la aku menjawab. Mengikut bapaknya. Huhuhu...

Paling aku tak tahan...asal dengar lagu ...kat mana-mana...be it kat Mydin dengan lagu tamil, kat speedy lagu mat saleh boleh lak dia berjoget...malu mak ko ni aaaaa....aku dah tebal muka nak tarik dia dah la tu nak oi. Dalam kereta dengan rumah toksah cakap la....hobi!

Oh, lari tajuk la pulak. Takpelah nak kot nak jadi polis pun. Mak terima je. Asalkan Integriti Amalan Kita tu jadi amalanmu juga nak. Tak lupa juga pesanan itu khas buat yang tersayang yang sedang berkhidmat tu. Jaga-jaga ada mata yang memandang!!! Chill yo!


Tips kulit licin : Makan timun

Saya suka makan timun.
Mungkin sebab tu mama kata muka saya licin.
Sehalus macam bontot bayi.
Tapi saya pun still bayi lagi kan?
Oh, maybe mama saya tak suka makan timun.
Tu sebab muka dia macam katak puru.
Ops! Mama saya alergik sangat dengan katak.
Kalau dia nampak katak melompat-lompat dari jauh pun confirm dia dah mencicit lari dulu.
Oh, pasal timun.
Mama kata timun boleh buat smoothie tapi rasa macam pelik je pulak kan.
Tapi saya ok je. Cuma mama tah bila nak buat tak. Resipi cilok daripada internet kemain banyak.
Tapi buatnya belum lagi. Banyak sangat benda dia nak cuba buat.
Oh, pasal timun.
Kalau aunties nak kulit licin macam bontot bayi...makanlah lah timun banyak-banyak.
Mama kata juga, timun juga boleh menghilangkan bau busuk mulut lepas makan.
Cubalah...belum cuba tak tau betul ke tak apa mama cakap tu atau dia pandai cakap/gugel je.

Makan timun macam saya, okey?

Wednesday, September 28, 2011

WW #5: Malaysian's next Phelps :-p



Friday, September 23, 2011

First Step



Ni bukan first time la dia solat.
But, yang ni almost ok la compared to before.
This video made my husband realized how rapidly he has growing.
Kids tends to imitate everything we do.
Good behave will lead them grow up as a good kid.
I don't mind what future he'll bring...
As long as he happy, and stable....
I will approve. Don't want him to stuck with my high demands. 
As long as I can caress him, can feel his love until the end of my life is enough.
I love you, son.

Tuesday, August 16, 2011

WW #4: Budak gomak!


Mau tukang masak free?

Aku tau bulan puasa ni mesti ramai yang malas nak masak.
So aku iklankan orang ni...bagi sesiapa yang berminat nak hire dia boleh contact aku.
Gambar beliau aku sertakan sekali.
Mau?

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V



Berminat?

Wednesday, August 3, 2011

Chrome App: MeeGenius! Children's E-Books

Time rehat tadi aku mengodak2 nak tukar theme chrome pc aku.
Sekali terjumpa app yang best untuk ibu-ibu yang macam aku
Application untuk membaca baik untuk kanak2 membesar

Kira macam e-book la.
But it was a lot of fun dan banyak tajuk2 buku favourite kita dulu masa kecik2. 
Jangan ditanya kenapa zama 8o-an dulu takde kay.
Internet hanya sampai kat Malaysia pada tahun 1987. 2 tahun lepas aku lahir.
5 tahun lepas tu baru ada Jaring. Tak semua ada pc sebab pc pun mahal time tu kan.
Ok...stop the blame.



Kena download dulu application ni kat sini : MeeGenius

Dah download nanti under Apps bar tu mesti ade MeeGenius tu. Takpun boleh klik sini : MeeGenius

Have a fun learning!

Notes : Applied only in Chrome.

Wednesday, July 27, 2011

WW #2: An everlasting smile


WW #1 : Caught in action



Mengucap panjang mak ko ni nak oi!
Mak sibuk cuci toilet hang pi wat keje eh?

Tuesday, July 12, 2011

Senyum sikit aa

Ni current obsession anak aku.
He loves taking picture of himself.
Dia ambil my phone and cakap...mama, enyum enyum...
He asks to snap his pic...I did...
And this is the results.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...