Nuffnang ads

Showing posts with label Journals. Show all posts
Showing posts with label Journals. Show all posts

Thursday, February 18, 2016

The latest addition




This post is long overdue.
She will be turning two next few months but I didn't share much about her.
She's doing great in her first year despite been having warded for jaundice in her early months.
Grown up cheeky and bring joy to her older brother and sister.
They have cared so much their baby sister and fighting between them to see who can attend their lil one the most.

They fight for whom the lil one most fave..there are noises most of times but it really bring tears of joy to my eyes.

Her name is Hannah. Means loved one. Indeed, she is being loved by everyone.
She starts to walk a bit late at 15 months old compare to the older but she is bubbly. Can understand instruction well at this age of 1 year and half like put the dirty cloth into the basket, put litter into the bin, take towel and many more. Quite a fast learner I must say despite being cheeky and tricky. She eats almost anything that I serve unlike her sister who is quite picky. She's still refusing strangers including relatives but slowly she will try to mingle around if more time given.

Hopefully you grown up healthy and happy kid. Mom love you to the moon and back.


Nama anak


Sejak anak yang pertama mula daftar sekolah, bila tengok senarai nama kawan budak-budak darjah 1 nama dia yang antara sedikit yang paling pendek. Yang lain semua lebih daripada 3 suku kata dan panjang-panjang. Ye faham tu hak mak ayah masing yang inginkan nama terbaik. Tapi bagi aku biarlah nama anak-anak aku pendek, mudah disebut, dipanggil dan memudahkan urusan dia kelak bila nak isi borang, buku sekolah dan sebagainya. 

Mungkin dah terbiasa diajar biarlah kita memudahkan kerja orang lain dalam erti kata lain ihsan. Rambut mungkin sama hitam, tapi apa dalam fikiran tu memang hak individu. Hak aku menamakan anak-anak aku dengan nama yang elok dan pendek.

Hariz, Hayfa, Hannah nama diberi,
Itulah penyeri hidup kami.


Monday, July 13, 2015

Belangsukawa

Allayarhamah Aliya Salsabila binti Hijas Halimi
(21 April 2015 - 8 Julai 2015)

Petang 21 Ramadhan 1436H bersaamaan 8 Julai 2015, seusai berbuka berpuasa suami menjerit kecil minta aku semak message dalam whatsaap group. Aku yang kebetulan di dapur sedang sibuk mengemas selepas berbuka.
Aku buka messages group family aku.
Message pertama daripada adik aku. 18:59 : mak abah, anak kami dah takde.
Mesage kedua daripada adik ipar aku suami adik 19:53: mak n abah...anak kami dah xde...

Allahu...
Aku terkedu.
Hampir satu jam baru perasan berita.
Aku call mak. Praying it wasn't true to my little niece.
Mak cakap mak on the way ke Az-zahra Bangi. It was all true....

I'm crying. Hurried kids to get ready. And off we went to Bangi.
Dengan pelbagai perasaan gundah. Kehilangan terbesar dalam keluarga aku setakat ni.
Anak buah pertama ku dalam keluarga. Hanya berusia 2 bulan lebih.

Setiba di Bangi, bergegas masuk ke tempat yang diletakkan arwah.
Kaku. Sepi. Atas katil terbujur kaku anak buah ku. Allahuakbar.
Adik didakap. Diharapkan tabah walaupun aku tau tak mudah.
Sebagai orang terdekat kehilangan ini amat terkesan.

Air mata tak henti berlinang.
Ku hampiri katil tu. Dengan anak kecil ku dalam dukungan.
Tenang. Sejuk. Wajah Aliya. Kesayangan semua.
Ku cukup dahinya. Tak mampu aku teruskan menahan sebak yang tertanggung.
Beratlah tanggungan adikku. Terlalu besar pengorbanannya tepaksa berpisah yang abadi dengan anak sulungnya. Allahu. Tak tertanggung rasanya kalau aku di tempat adikku itu.
Meninggal dunia di rumah pengasuh. Dikhuatiri tersedak susu/sesak nafas.
Wallahualam.

Malam tu selesai di Az-zahra, jenazah dibawa ke hospital Serdang.
Plan untuk post mortem keesokan harinya.
Terpaksa tinggalkan jenazah bermalam di hospital malam tersebut memandangkan masa tiba di forensik hampir jam 11.00 malam.

Keesokan harinya jam 9.00 pagi aku dan suami tiba di perkarangan forensik.
Mak, abah dan adik telah tiba awal setelah bertolak dari rumahku awal pagi selepas subuh.
Laporan polis yang asal ditarik semula selepas adik ku taknak meneruskan post mortem.
Redhalah adikku kalau itu keputusanmu.
Seorang ustaz dihubungi untuk proses memandikan jenazah.
Masa ini, aku betul-betul tak dapat mengawal perasaan.
Sekujur tubuh kecil di atas tempat pemandian.
Apatah lagi perasaan adik dan suaminya.
Memandikan anak buat kali terakhir.
Sungguh, aku tak sanggup.
Selesai dikafankan terus seusai mandi.
Jenazah dibawa ke rumah abang kepada iparku.
Untuk disembahyangkan dan dikebumikan.
Selesai waktu zuhur, jenazah disembahyangkan dan dibawa ke tanah perkuburan islam Bandar Baru Bangi berhampiran UKM.
Hampir jam 3.15 petang, jenazah selamat dikebumikan.

Aliya Salsabila.
Walaupun kenangan dengan maklong hanya seketika cuma.
Sempatlah maklong mandikan awak, bersihkan awak, mendodoikan awak.
Rindu. Sangat rindu apatah lagi mommy dan daddymu.
Nantikanlah.
Mommy dan daddy mu di syurga kelak.
Kami di sini akan sentiasa merindui kenangan yang sedikit bersamamu sayang.
Maafkan kami wahai bidadari syurga.

Catatan
-Hari ke5 pasca peninggalanmu-

Wednesday, May 27, 2015

Rutin hari cuti

Biasanya sehari sebelum or seminggu sebelum cuti tu dah plan nak buat apa dekat rumah.
Spring clean almari baju, tukar cadar, basuh baju, masak makan best2, menjahit projek terbaru...
Tapi menjelang hari cuti yang biasanya apabila terpaksa cuti-cuti tersepit ni, semua tu hanyalah angan-angan belaka
Sebab kebanyakan masa hanyalah menggomol si bayi kecil yang memang attention seeker atau kipas-susah-mati aku.
Pantang nampak muka mama dia walhal perut dah kenyang patutnya hati senang la tapi tak boleh pakai idioms tu kat dia.
Pantang aku bangun,merengek...
Lagi parah kalau hari weekend tu dengan ayahnya pun takmau.
Kadang-kadang (ke biasanya aku agak stress sebab dua anak yang lagi besar pun memerlukan perhatian) tapi si kecik ni has taken full control on me.
One time I wish you grow fast when you are making fuss
But when I see you start standing I told you not to grow that fast
Kids, mom are like that
Most time they don't mean (or realize) what are they saying or wishing for.
All that I know, mom will always love their babies. No matter how fierce they are to you.

Sunday, March 1, 2015

Dilema seorang ibu yang bekerja

Emak mana yang sampai hati nak tinggalkan anaknya yang menangis bagai nak rak bila hantar ke rumah pengasuh atau tukar rumah pengasuh...
Mungkin ramai je yang sampai hati
Tapi segarang-garang aku bila anak melalak kt rumah pengasuh sebab resistant nak pergi aku tak sampai hati
Masuk kereta aku yang melalak balik blaming myself. Kenapa patut jadi macam tu? Kalau aku tak kerja sure anak tak terseksa macam tu.
Aku dibesarkan dengan keadaan macam tu.
Bertukar pengasuh adalah biasa kot.
Masa tu aku kecik dan mungkin tak faham sangat separation anxiety.
Yang tau melalak je la nak mak.
Sampai sekolah kot kat asrama macam tu.

Cuma masalah aku sekarang kes anak aku ni.
Aku dalam dilema. Antara dua pengasuh.
Yang lama memang oklah. Underpaid.
Senang sebab sebaya. Cuma anak die da besar2.
Yang 2nd sebab aku terpaksa cari masa 1st pengasuh tak dapat jaga sebab kecemasan keluarga yang aku expect lama.
Disebabkan aku baru naik kerja lepas berpantang, so aku agak reluctant dan terpaksa cari pengasuh lain yang end upnya dapat yang sejengkal dengan rumah aku dan akak tu pulak nak sangat jaga anak-anak aku.

Aku ni ada penyakit susah nak say no. Yang 1st pengasuh tu ingat aku hantar kat 2nd tu for temporary. Aku dah cakap yang aku nak terus hantar kat 2nd tu like selamanya. Tapi dia tak sanggup nak berpisah dengan anak 2nd aku tu yang dia jaga daripada aku habis pantang.

Pening mikir.  Aku tak sampai hati. Ada yang aku buat gilir-gilir nanti sebab nak menangkan dua2 pihak.

Shifting Caregiver

........ is giving the most nightmare to the working mom.
But I am thankful for having a new caregiver who is nearer to my house (just opposite to my block and within the walking range) BUT to deal with their anxiety AGAIN??!!! is the most thing I try to avoid.

Which mom has heart to see their kid's cannot-letting-mom-go face or crying?
I'm crying too baby. But of course I can't show it. Put a firm face and run to car, slammed the door and drove away. But I'm crying inside.

The first day drama, the baby starts crying when i passed her to the new mak which she is reluctant at first and there's her sister started to cry and put on slipper and down the stairs and walks through the car. I was like...girls..I'll be late sending your brother to school. Calmly, I picked her up kissed her and told her I'll be back at noon and you will be alright here. Just like your umi. I promised to bring you to park this evening if you stop crying.
It didn't work...
So, I put her back to their mak house, and dozed off.

I hit steering and asked why this has to be happen.
I hate to deal with their anger and anxiety, I feel bad.
Coz I understand their feeling. I have been brought up that way. Both parents are working.
But I have to.

I start engine, check them through rear mirror and WEEPs.
That's so me.

Wednesday, January 14, 2015

Kisah BBNU

*read BBNU as Budak Baru Nak Up

Aku rasa yang hidup sezaman aku dah melepasi fasa ni.
Kebanyakannya dah merasa zaman kipas-susah-mati terhadap artis-artis pujaan ni.
Hal budak KPop tu tak jauh beza dengan yang berlaku zaman aku baru nak up cuma masa tu tiada teknologi macam sekarang ni yang ada pun sekadar untuk pembelajaran. Social network tak sepantas sekarang. Yang ada cuma ruangan pen-pal di majalah-majalah je dan semuanya di atas kertas iaitu surat yang dikongsi bersama-sama fan club yang ada. Ada je gambar berpeluk-peluk dengan artis kesayangan.

Macam aku dulu zaman sekolah fan gile BSB, Spice Girls, Westlife, Kurt Cobain, Zamani Slam, Leonardo Di Caprio, F4 (artis Taiwan), Nicholas Tse, Nicky Wu, Owen, Gerrard, Salman Khan. Biasa aku beli Galaxy sorok-sorok masa sekolah asrama. Sebab mak aku takkan check. Kalau sekolah harian biasa memang haru sikit memikirkan poster dikoyak rabak. Setakat tampal poster kat locker biasa kot. Ni dalam diari asal nampak gambar diorang keluar paper pun lompong jadinya. Tahap aku giler minat tak dapat jumpa live F4 masa tu famous cerita Meteor Garden sampai lagu die pun dimelayukan aku boleh beli baju tido gambar diorang semua bajet masa tido ibarat tido dengan diorang. Masa ni aku dekat U. Lepas tu dok burn CD berbelas-belas keping sampai terbakar aku punya power supply CPU aku.

Tu belum jumpa. Kalau jumpa, aku rasa aku yang tarik peluk dulu kot. Star strucks kata orang. Itu adalah refleks biasa kot bila jumpa orang yang kita minat giler. Nasib aku jumpa Qi hari tu aku dengan anak-anak dan laki. Kalau tak mau jadi gosip the haters nanti.

Disebabkan yang menjadi isu adalah budak tu pakai tudung. Kalau tak pakai itu tak jadi hal sangat walaupun terang-terang kat IC beragama Islam.

Bagi aku cukuplah sindiran pedas korang tu sebab aku pasti korang pun pernah melalui fasa die hard core fan cuma korang tak berkesempatan nak get too intimate dengan yang korang minat. Cuba kalau Maher Zain hulur tangan nak salam or maybe give a hug? Would you allow him? Aku rasa ye kot. Minda separa sedar kau walaupun segan-segan mesti macam merelakan perbuatan tu. Hoi, this is once in a lifetime chance dowh dengan artis yang aku idol gilerrr. Kan? Memang korang takkan mengaku tapi tu lah benda yang korang akan buat.

The best thing to do is to stop bashing. And pray for the best for them. Mungkin masa korang nak up korang alim giler takde minat sampai macam tu tapi bakal-bakal anak korang belum tau 'ujian' dia macam mana.

Friday, January 2, 2015

10 things in 2015

1) The year I'll start working after 4 months on maternity leave.
2) No more 2 series!!! :-(
3) Will continue undergrad study after years leaving it.
4) A year before my son starts real school.
5) Raising 3 kids!!!! @_@
6) Welcome 3 series :-P
7) Will be aunty to my sis' kid.
8) Pray that Malaysia masih aman.
9) Funding! Funding!
10) Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi.

Saturday, December 20, 2014

Big Bad Wolf 2014

Aku pergi lepas seminggu dilancarkan. Lebih kurang pukul 10.30pm aku masuk lepas dinner sekejap dekat The Mines sebelah tu.

Ada peningkatan dari last two years aku aku. Last year tak pergi sebab apa eh adik ipar aku kahwin kot dan bajet lari. Hehe.
This year, berkesempatan juga aku angkut anak-anak aku pergi.
Rambang mata la. Si abang bajet nak cari buku yang ada free Lego tapi cuma ada satu kot Harry Potter.
Yang lain aku carikan diorang sound's book yang baru release 2 hari sebelum tu.
Adalah dalam 5 buah dirembat. Kalau nak ikutkan harga dalam lebih RM40 ke atas. Ni satu RM15. Mau tak melompat budak-budak ni. Kalau boleh semua buku yang jenis macam tu nak beli.
Disebabkan ada bajet yang telah ditetapkan so mom rules. Only pick which she agrees. Bahahaha.
Tapi memang aku target yang tu. Buku untuk aku disebabkan malas nak belek-belek lama dan mencari sebab carry baby so aku hanya pick a novel dengan cookbooks.
Suggest aku kalau korang nak cari buku budak-budak better beli dekat bahagian discovery ke apa kat luar tu. Gile rambang mata ko nanti.

Siang tadi aku pergi lagi. Jumpa adik-adik aku kat sana. Kali ni hunt aku buku yang dah reduced price jadi RM3. Tapi hampa sebab buku Jamie America dah habis. Huhuhu. But it was still a good buying.

So far, it's worth spending.
Better korang pergi sebab diorang extend sampai 11:59pm 21st Dec ni.
Happy hunting uolls!

Pappa Roti

Sejak beberapa bulan ni asal pergi Aeon, S2 sibuk la laki dan anak aku nak beli roti ni. Roti ni dah lama kot wujud. Aku start makan masa sem kedua kat U. Diperkenalkan oleh ehem ehem...ex boyfriend masa kat KLCC. Mampus kalau mak aku baca ni. Suruh pergi belajar lain keje nye. Rasa kopi. Aku tak ingat rasanya dulu mula-mula harga dia dalam RM1.50 kot satu. Sekarang dah RM3.20. Beza tahun dalam lebih kurang 11 tahun. Huhuhu. Kenaikan harga RM1.70. Tu belum GST implement.
Ni bukan nak cerita pasal GST walaupun sekarang tengah galak the govt nak promo gila-gila GST walaupun aku sedar sebagai seorang 'hamba rakyat' aku juga patutnya memain peranan untuk menerangkan hal GST kepada rakyat walau pada hakikatnya I don't care a shit. Bukanlah aku tak kisah tapi merusuh dalam senyap je aku mampu. Mengeluh masa berak sambil mengira pertambahan kos belanja aku sekeluarga yang makin bertambah dengan pertambahan ahli.

Bertambah ahli baru bererti tambahnya kos sara harian dia, bulanan dia, penjagaan kesihatan doa, simpanan pendidikan, emrgency fund dia. Kesimpulannya, hasrat nak beli rumah mungkin terpaksa ditunda 2-3 tahun lagi.

Aku sebenarnya nak cite pasal roti tapi dah ke laut.
Roti ni sedap dimakan panas-panas. Makan sambil minum hot choc.
Baru kick.

Sunday, July 20, 2014

20 Julai

Aku tak tau la kenapa signifikan sangat tarikh ni dgn aku.
Sampai aku tak boleh lupa tarikh ni.
Walaupun dah lama sangat berlalu dan anak aku dah nak masuk tiga.
Mungkin benar kata orang yang pertama tu akan susah dilupakan.
Atau mungkin masa tu aku memang jenis ingat nombor.
Nombor telefon rumah dia, no kereta family dia...obses?
Entah.
It has been years duh!
Walau di mana pun kau berada, aku harap kau sihat-sihat sahaja.
Moga kau dan keluarga kau sentiasa dalam lindungan-Nya.
Selagi aku tak lupa, mungkin entri macam ni akan aku naikkan setiap tahun.
6 hari lagi menyusul hari ulangtahun kelahiran puteri ku.
Which I really hoped she was delivered on the same date as you.
Ridiculous me!!!
Anyway, happy 29th birthday to you. Wish you many more years to come.


Posted via Blogaway

Friday, July 18, 2014

Dunia yang kejam

33 minggu telah berlalu.
Aku dok menghitung hari nak melahirkan seorang lagi waris yang diamanahkan Allah.
Bulan puasa kali ni merupakan cabaran terbesar bagi aku.
Dengan awal-awal bulan Ramadhannya diuji dengan kesakitan.
Namun begitu tak sesakit, sepedih derita yang ditanggung kaum ibu di Gaza mahupun di Syria.
Anak-anak kecil, wanita menjadi sasaran.
Footage video, gambar-gambar sadis bertebaran di media sosial.
Dan setiap kali terlihat, air mata tumpah.
Aku tak kuat, namun memaksa diri untuk merasai kepedihan yang dirasai.
Membayangkan diri ini di tempat mereka.
Doa tak putus-putus. Untuk melindungi anak-anak kecil ini dan juga anak-anakku.
Dari tangan-tangan yang tidak berperikemanusiaan.
Dunia kian kejam.
Kerana dikuasai mereka yang berhati hitam.
Aku mohon...
Aku redha sekiranya aku dan keluarga ditakdirkan sebegitu.
Kerana aku sudah tak sanggup lagi hidup di dunia yang kejam.
Akan ku semat, akan ku tanamkan sifat berjuang mempertahankan agama pada anak-anakku.
Aku ku lepaskan andai diminta ingin berjuang mempertahankan apa yang hak.
Kerana itu jualah takdir kita di dunia sementara ini.

Aku mohon keselamatan, kesihatan pada bayi yang bakal dilahirkan ini.
Agar dapat aku sumbangkan menjadi pemelihara yang hak.

Sunday, May 11, 2014

Kejam

Anak-anak itu
Mungkin belum mengerti apa-apa
Hadir ke sekolah untuk memhami bahasa dunia
Menyimpan niat agar satu hari nanti peradaban manusia kembali
Namun
Tidak mereka duga
Hari itu hari terakhir
Kerana janji Nya mungkin disyurga
Satu-satunya tempat bagi manusia yang berakhlak
Di dunia anak-anak itu
Yang berkuasa bermaharajalela
Hati sungguh senang melihat anak-anak kecil syahid bergelimpangan
Bak jahiliah
Bahkan lagi jahil dari si jahiliah
Di mana rasa peri
Sekurang-kurangnya keperibinatangan
Kerana mereka itu tak layak dimanusiakan
Angkuh
Dengan tampuk kuasa yang diperolehi
Itupun secara tidak adil
Kejam
Menghapus waris keturunan bakal-bakal pemusnah yang batil
Hanya air mata dan doa mampu dikirimkan
Air mata berkali-kali digesa sambil mengusap lembut wajah kesayangan yang ketiduran
Jika satu masa nanti anak-anak ku
Jalan kau pilih seperti anak-anak itu
Ibu redha
Dunia ini terlalu kejam untukmu
Biarlah damai kamu di sana
Dunia anak-anak kecil
Biarlah indah-indah sahaja
Kerana itu memang sifatnya

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway

Thursday, April 17, 2014

His first move

It's a relieve when you first feel the tiny soul live in you make his first move. Don't speculate the gender yet. I don't know what gender is my tiny soul. When you feel the move, at least there is hope that he is healthy and survive in that cramp space. Mom wish you enjoy the life in there while you can. Let us worry the world outside and preparing anything possible before your arriving. Mom wish you well and stay strong. Coz you are the survivor out of millions egg. Your brother and sister is so excited when mom told them I am carrying you. You hear they talk to you, kisses you. They love you. So does mom and dad. Swim freely, bounce happily in there buddy. Love, Mom.


Posted via Blogaway

Insomniac?

Tak kot. Tapi standardla keadaan ibu mengandung dengan melayan anak kecil terjaga tengah malam tambah-tambah belah pipi dalam dia terluka sebab tergigit kot atau emaknya tak perasan gigi geraham nak tumbuh. Kadang-kadang kau terlalu penat nak handle semua termasuk kerja di pejabat dan kerja di rumah sampaikan kau tak perasan abnormaliti pada sikap anak kau. Bila terperasan, maybe it's way too late. Macam aku, perasan dah air liur dia meleleh je. And a bit smelly dari biasa. Buat tak tau sangat kan sampai melarat. Sakit gigi tak kot sebab dah check ok je. Akibatnya, tanggung sendiri lah kau sendiri tak boleh nak tidur malam melayan karenahnya yg kejap-kejap terjaga tak selesa. Asam garam me jadi ibu bapa.


Posted via Blogaway

Tudung Bawal Paridah

Sejak meletops isu fareeda tu, someone come up with the idea of reuse anything we had and still look fabulous without overspending. Tudung RM5, brooch tak tau harga sbb dpt free atau maybe harga brooch lagi mahal daripada harga tudung. And google the tutorial. The result is wallaaaaawei. Terpulang korang la. Hak berbelanja hak individu. Aku? I rather spend for the incoming baby dalam perut tu. Tepuk handbag, tanya berapa ada dalam purse or akaun bank. Huhuhu.

Posted via Blogaway

Wednesday, February 26, 2014

Rumah

Semalam dalam kereta dalam perjalanan nak ke bank, maklumlah dah gaji kan macam biasa Hariz mulutnya memang tak boleh berhenti. Sampai satu kawasan perumahan baru nak naik dia cakap,

" Mama,mama nak cari rumah kan? Takpe, nanti Hariz buatkan rumah untuk mama."

" Erm ok. Nak buat dekat mana? Tapi kena kumpul duit beli tanah la nak naik rumah" Aku balas balik.

"Takpe nanti kumpulla. Kita buat la dekat sini ke, sini ke.." Sambil tangan dia tunjuk kat sekeping tanah yang kosong dalam perjalanan tu.

" Nak buat rumah kan mama kena pandai sains dan mametik (matematik)." Masa ni aku dah suprise dah. Rasanya dulu umur dia tak tau pun kaitan nak buat rumah dengan sains dengan math ni. Tadika umur 6 tahun kot. Sains tak belajar lagi rasanya.

" Yela kan. Nak kira berapa luas rumah tu. Apa barang nak guna buat rumah kan? Memang kena pandai sains dan matematik la Hariz." Aku jack la dia.

"Takpe. Nanti Hariz belajar la kat sekolah."

Takpelah nak. Buatlah apa yang termampu. Selagi ada khudrat dan izin Allah, mama dan ayah cuba nak beri terbaik buat anak-anak semua. Yang penting akhlak mu nak. Setinggi mana kamu nanti, takkan mudah goyah peganganmu.
Hariz selfie.

Wednesday, February 5, 2014

The third

New Year gift from the Greatest Allah.
I am conceived. Again. It is unplanned but with tiny soul growing up in your belly, how can you say no.
I may not ready mentally and physically but as a mom I'm trying my best to provide the kids.

Hariz will turns 5 soon. And this is his prayer too. After some of his solah. He asked what to dua'. Anything you want dear. Maybe..a baby, being a good boy, may mama and ayah live longer so both can take care of you. He always told me he wants another baby as Hayfa is growing up and very active. At first he prefer a boy for the third. But then after a visit to a newborn baby girl of my friend he changes his mind. He wants a girl even though he doesn't favor Hayfa so much.

Hayfa will turns 2 before the third baby being born. Just nice. But she is still breastfeeding and she takes formula too. I face trouble to get rid of her from the 'nenen'. A very cheeky girl. But a fast learner. She knows when and where shall she puts the dirty clothes, the thrash, her milk bottle even she take her own plate every meal time. I can hang on you dear girl. But deep down in me, I feel sad for her. Thinking I may neglect her a bit as the pregnancy will take control. Sometimes I just want to lay down but she wants to play with me, I get mad at a very simple thing she made sometimes...it's hard when I don't set a suitable gap between pregnancy.

But who am I to control the destiny. Accept it with an open heart and pray that it will be smooth just like before. Pray that I'll be fit enough to embrace this pregnancy and the children I already have. Thanks hub for your arms to cry on, to hang on...you are such a great dad. Hayfa is so daddy's girl. I thank you for that. I don't worry much about Hariz because he is big enough to understand the current situation, the changes of his mom mood. He even helps me with chores. Wash dishes, take care of Hayfa, he even prepares Hayfa's milk. The key is always have our kids around and asks them to help whenever we completing our chores. From the observation, they can do it on their own when the time really needs them too.

Pray for my safe pregnancy. Thanks in advance.

Here is the gift.

Wednesday, November 13, 2013

Keluar darah

Macam biasa aku hari-hari balik kerja tung tang kat dapur. Lepas masak sap soi teus ajak keluarga makan. Masuk waktu Mahgrib pun baru nak sudah makan, suapkan anak-anak.

Usai makan, pesan dekat Hariz solat nak. Berhentilah main dulu. Lepas solat, belajar Iqra' sikit sambung lah main.

Masuk kali ketiga aku pesan suara dah nyaring sikit baru lah dia menjawab.
" Hariz keluar darah lah mama."
Aku yang kebetulan tengah basuh tangan gelak besar.
"Mama dah boleh solat belum? Keluar darah lagi tak?"
Aku yang belum habis gelak terkedu dengan soalan dia tu.
Oit, awak tu lelaki la nak. Mana ada keluar darah cam mama melainkan kalau awak buasir kronik.

Ada je alasan. Karang mama keluarkan senjata terakhir nanti baru tau.

Thursday, November 7, 2013

Wahai anak...

Sejak kebelakangan ini banyak perkara positif berlaku dalam keluarga kecil aku. Tak dinafikan walaupun dibesarkan dalam keluarga yang menitikberatkan soal pendidikan, soal adab, soal disiplin, soal masa ada sesuatu yang aku rasa kurang. Namun kekurangan tu tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Semacam lost soul aku rasa bila baca post-post daripada Warga Prihatin. Tak boleh nak salahkan kedua ibu bapa aku kerana mereka telah dididik dengan dasar sedia ada dan adat budaya yang disanjung tinggi oleh para nenek moyang kita itu. Mungkin tak keterlaluan bila aku cakap aku dibesarkan dengan ikutan daripada cara-cara lazim orang-orang tua dahulu yang kurang diberi penekanan dan pendidikan berasaskan Islam dan berlandaaskan Al-Quran.

Ya, aku bekas pelajar sekolah menengah kebangsaan AGAMA...namun macam yang aku cakap awal-awal tadi, dasar pendidikan yang sebegitu rupa hanya melahirkan aku...aku cakap AKU setelah menilai kondisi semasa aku..hanya melahirkan aku, seorang ROBOT yang mendambakan A semata semasa menduduki PMR. Seorang ustaz yang menempelak aku di dalam musolla hanya kerana suara aku tidak cukup merdu untuk melagukan ayat suci Al-Quran. Demi waktu itu, aku hanya merugikan diri aku kerana satu apa yang ditekankan sewaktu bersekolah agama hanyalah seperti mencurha air ke daun keladi. Bila kelaknya, aku bertukar sekolah ke Maktab Rendah Sains MARA, tuduh labuh

yang diwajibkan di SMKA itu ku tinggalkan. Sikit-sikit sehingga ke Universiti aku makin alpa, makin jauh daripadaNya.

Tak usahlah aku menuding jari kepada siapa yang harus dipersalahkan waktu-waktu yang telah berlalu. Perkongsian Warga Prihatin  yang aku follow, yang aku amati, yang aku baca...alangkah aku berdoa agar dapat diputarkan masa kembali akan aku kongsi ilmu yang ada dengan kedua orang tua ku. Namun begitu, yang berlalu biarlah berlalu. Hidup yang ibarat putaran roda meletakkan aku di tempat ibu bapa ku suatu masa dahulu. Ilmu yang aku dapat, yang aku baca buat aku tersentak, bimbang, takut dengan masa depan anak-anakku. Sekiranya aku kekal ego dengan takat ilmu seciput tak seberapa yang aku ada sekarang. Jauhlah aku daripada panduanNya nescaya aku akan dilupakanNya. Na'uzubillah. 

Ada benarnya pepatah melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Wahai anak-anak ku, demi menggalas tangunggjawab menjaga amanah Allah ini, akan ibumu ini berusaha sebaik mungkin. Memberi contoh terbaik untuk bekalkan anak-anak di masa hadapan nanti. Moga Allah restuilah perjuangan ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...