Nuffnang ads

Monday, October 31, 2011

Tahniah Jang....

Pialo Malaysio kito punyo...
Oklah...jauh lagi nak compare dengan Selangor yang dah 32 kali menang...
Agak-agak berapa tahun lagi diperlukan untuk samakan kemenangan tu dengan Selangor eh? 60? 100?






Thursday, October 27, 2011

The Adventures of Tintin

Poster from here

Is coming to our screen, yeay! Great to hear that my childhood favorite cartoon will be available on screen in Nov 10. I always love the adventure based story. As well as history. Nuffnang offers good deal such 50 pair of tickets for the luckiest Nuffnangers and other prizes too on the Tintin exclusive screening. Details HERE

For the unlucky, wait till it's coming to the nearest cinema to see Tintin, Snowy along with Captain Haddock and etc. 


Wednesday, October 26, 2011

WW #7:Meeting dalam tidur


My 444 post. Dedicated to this unquenchable curious yet cantankerous lil Hariz.  
I love you...no matter what.

Tuesday, October 25, 2011

Polis Sentri 1 2 Jaga




Anak aku sekarang ni ada satu habit lepas balik tengok husband aku passing out hari tu. It's irritating me actually tapi what to do. Aku jerit pun kejap je insaf dia. Lima minit lagi kang....

" Aris....arisssss sap!" Dengan suara yang maha lantang (baca:nyaring gilos!).
Dia nak cakap " Baris...baris sedia!"

Tapi nak wat acane pelat lagi. Perkembangan dia setakat ni oklah. Still banyak lagi baby language yang dia guna. Kecuali mengira in English tu tak pelat dah. Yang tak tahan tu bila kita dok counting 1,2, 3 go...dia pulak 2, 3, NINE.....!!!!aku dah tergelak-gelak dah. Sokmo taknak cakap ONE sebab dia confuse kot dengan WAN. Bila aku suruh cakap ONE dia tergelak maybe pelik nak mengira sebut WAN.

Still, he's so into Barney. Sebab daripada kecik itu je aku hadapkan kat dia. Kalau bagi buku kat dia he will read, but in his very own language la. 

Ni la keje dia sekarang dok berbaris dan jerit baris baris sedia tu mau dekat berpuluh kali. Tak pun dah boring tu ajak aku main badminton pulak. Elok lah. Boleh la kamu ganti Chong Wei tu. Asyik dok kalah je. Ni ngan junior Lin Dan pun kalah. Kot kot anak mama seteru dengan Chen Long ke kan...Boleh tukar nama Hariz Long pulang...Kamu kan memang along pun kecuali belum rezeki ada adik je lagi.

Oh, pandai mengarah dan bila aku tak buat mulalah jeritan paling nyaring dia tu. Mama ko ni dah la memang pekak sejak azali...kamu jerit lagi la...belum 40 nanti dah pekak completely. Eh, 40? 30 pun I belum masuk k.

Kalau dia dah boring panggil mama dia panggil aku ayang...yangggg...yanggg sampai la aku menjawab. Mengikut bapaknya. Huhuhu...

Paling aku tak tahan...asal dengar lagu ...kat mana-mana...be it kat Mydin dengan lagu tamil, kat speedy lagu mat saleh boleh lak dia berjoget...malu mak ko ni aaaaa....aku dah tebal muka nak tarik dia dah la tu nak oi. Dalam kereta dengan rumah toksah cakap la....hobi!

Oh, lari tajuk la pulak. Takpelah nak kot nak jadi polis pun. Mak terima je. Asalkan Integriti Amalan Kita tu jadi amalanmu juga nak. Tak lupa juga pesanan itu khas buat yang tersayang yang sedang berkhidmat tu. Jaga-jaga ada mata yang memandang!!! Chill yo!


Tips kulit licin : Makan timun

Saya suka makan timun.
Mungkin sebab tu mama kata muka saya licin.
Sehalus macam bontot bayi.
Tapi saya pun still bayi lagi kan?
Oh, maybe mama saya tak suka makan timun.
Tu sebab muka dia macam katak puru.
Ops! Mama saya alergik sangat dengan katak.
Kalau dia nampak katak melompat-lompat dari jauh pun confirm dia dah mencicit lari dulu.
Oh, pasal timun.
Mama kata timun boleh buat smoothie tapi rasa macam pelik je pulak kan.
Tapi saya ok je. Cuma mama tah bila nak buat tak. Resipi cilok daripada internet kemain banyak.
Tapi buatnya belum lagi. Banyak sangat benda dia nak cuba buat.
Oh, pasal timun.
Kalau aunties nak kulit licin macam bontot bayi...makanlah lah timun banyak-banyak.
Mama kata juga, timun juga boleh menghilangkan bau busuk mulut lepas makan.
Cubalah...belum cuba tak tau betul ke tak apa mama cakap tu atau dia pandai cakap/gugel je.

Makan timun macam saya, okey?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...