Nuffnang ads

Showing posts with label Putus. Show all posts
Showing posts with label Putus. Show all posts

Thursday, September 15, 2011

Panggilan Hangit #2

Secebis kertas tu aku rampas.

"Korang ni agak-agakla. Aku tuan dia kan. Aku belum sempat baca korang dah tarik kan." Bengang aku. Dahlah, projek tidur terganggu. Lepas Isyak nak pergi prep lagi. I hate school dowh!

Sampai port tadi aku buka kertas yang dah naik lunyai tu. Diam tak terkata aku. Tak sangka aku dalam diam ada peminat. Aku tak lawa. Tak semulus Ayong. Bibir tak pink cam dia. Susah nak senyum. Cultural shock kot. Masuk sekolah agama sumpah susah gila nak tengok aku nak cakap dengan lelaki. Masa sekolah rendah lagilah. Pengawas daripada darjah tiga sampai enam. Siapa yang berani nak kacau aku. Itupun ada juga yang mengejar aku naik basikal sama-sama semata-mata nak cakap dengan aku. Menyampah tahu!

'  Dear Intan,


I may be invisible to you. But I wanted you to know that you are so close to my heart.
Honestly, I want to make you as my girlfriend. Intan,  I would love  to see you smile a lot (' v')

Nor friend not yet a foe.
Farouk. '

Invisible kau cakap? You are just in front of my eyes ler! You've got no balls ke nak cakap sendiri.
Dia duduk depan aku je dalam kelas. Yang peliknya budak kiri kanan dia semua pernah cakap dengan aku tapi dia tak pernah nak toleh ke belakang sikit pun. Sekarang baru aku faham.

Malam itu kelas persediaan malam. Kelas malam memang tak campur dengan lelaki. Sekolah agama la katakan. Tapi malam tu memang aku tak boleh nak fokus belajar. Aku asyik terfikir macam mana aku nak berhadapan dengan dia esok pagi. Apa patut aku cakap pada dia? No? Dia marah tak? Kalau yes...takut dia melompat happy nanti. Aku yang malu...

Ish...peninglah! Belum masanya lagi. Tahun depan nak PMR. Tahun ni dah lah aku turun kelas ketiga.
Lagipun ni kan sekolah agama. It's strictly forbidden hal-hal bercinta nanti. Kantol dengan Ketua Pelajar takpe lagi. Dengan ustaz? Ustazah? Pening...pening

Tuesday, September 6, 2011

Panggilan Hangit #1

Malam Selasa macam biasa selepas solat Maghrib ada aktiviti berzikir.
Aktiviti paling aku suka. Port baik bunya. Belakang tiang surau sudut tepi sekali.
Bilik simpan telekung tak boleh. Banyak anjing. Itu yang digelar bagi Ketua-ketua Pelajar kat situ.

Waktu berzikir adalah paling sesuai untuk aku melelapkan mata. Bukan aku seorang. Adalah beberapa orang yang memang sekepala.

Sedang aku nak lelapkan mata, tetiba bahu aku ditepuk.
"Weh, Intan! Nama kau kena announce. Dia suruh pergi belakang bilik PA." Moon kejutkan aku.

Kenapa la pulak ni? Biasa hal kecemasan je dipanggil ke belakang tu.
Dah sudah. Jauh-jauhkanlah berita buruk tu daripada aku. Aku hanyalah budak berusia 14 tahun. Adik-adik aku kecil lagi. Apa patut aku buat bila mereka sudah tiada lagi! Tidak!

"Moon, jom teman aku." Aku ajak Moon. Bukan Moon je nak ikut. Berderet member aku yang kepochi nak tau juga. Adalah dalam lima orang yang ikut.

Aku jenguk tingkap luar bilik PA tu. Gelap je. Aku pergi dekat. Ketuk tingkap.

Nampak sesusuk tubuh masuk ke bilik tu daripada lampu samar-samar dari dalam surau sekolah aku tu.

Tingkap dibuka kecil. Farouk! Dia hulurkan  secebis kertas. Aku dah berdebar.

"Apa ni weh?" Menyirap gak darah aku. Panggil aku keluar siap announce lagi semata-mata nak bagi benda alah ni. Kat sekolah esok kan boleh bagi. Bikin panas malam aku je.

"Bacalah dulu." Terus dia tutup tingkap.

Belum sempat aku nak buka dan baca, Ayong dah rampas dulu. Ramai-ramai kerumun baca. Aku?
Lantak koranglah. Nyamuklah sini. Gelap pula tu.

"Intan! Surat cinta la weh!" Ayong jerit separuh berbisik pada aku.

Damn! Kantol!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...