*read BBNU as Budak Baru Nak Up
Aku rasa yang hidup sezaman aku dah melepasi fasa ni.
Kebanyakannya dah merasa zaman kipas-susah-mati terhadap artis-artis pujaan ni.
Hal budak KPop tu tak jauh beza dengan yang berlaku zaman aku baru nak up cuma masa tu tiada teknologi macam sekarang ni yang ada pun sekadar untuk pembelajaran. Social network tak sepantas sekarang. Yang ada cuma ruangan pen-pal di majalah-majalah je dan semuanya di atas kertas iaitu surat yang dikongsi bersama-sama fan club yang ada. Ada je gambar berpeluk-peluk dengan artis kesayangan.
Macam aku dulu zaman sekolah fan gile BSB, Spice Girls, Westlife, Kurt Cobain, Zamani Slam, Leonardo Di Caprio, F4 (artis Taiwan), Nicholas Tse, Nicky Wu, Owen, Gerrard, Salman Khan. Biasa aku beli Galaxy sorok-sorok masa sekolah asrama. Sebab mak aku takkan check. Kalau sekolah harian biasa memang haru sikit memikirkan poster dikoyak rabak. Setakat tampal poster kat locker biasa kot. Ni dalam diari asal nampak gambar diorang keluar paper pun lompong jadinya. Tahap aku giler minat tak dapat jumpa live F4 masa tu famous cerita Meteor Garden sampai lagu die pun dimelayukan aku boleh beli baju tido gambar diorang semua bajet masa tido ibarat tido dengan diorang. Masa ni aku dekat U. Lepas tu dok burn CD berbelas-belas keping sampai terbakar aku punya power supply CPU aku.
Tu belum jumpa. Kalau jumpa, aku rasa aku yang tarik peluk dulu kot. Star strucks kata orang. Itu adalah refleks biasa kot bila jumpa orang yang kita minat giler. Nasib aku jumpa Qi hari tu aku dengan anak-anak dan laki. Kalau tak mau jadi gosip the haters nanti.
Disebabkan yang menjadi isu adalah budak tu pakai tudung. Kalau tak pakai itu tak jadi hal sangat walaupun terang-terang kat IC beragama Islam.
Bagi aku cukuplah sindiran pedas korang tu sebab aku pasti korang pun pernah melalui fasa die hard core fan cuma korang tak berkesempatan nak get too intimate dengan yang korang minat. Cuba kalau Maher Zain hulur tangan nak salam or maybe give a hug? Would you allow him? Aku rasa ye kot. Minda separa sedar kau walaupun segan-segan mesti macam merelakan perbuatan tu. Hoi, this is once in a lifetime chance dowh dengan artis yang aku idol gilerrr. Kan? Memang korang takkan mengaku tapi tu lah benda yang korang akan buat.
The best thing to do is to stop bashing. And pray for the best for them. Mungkin masa korang nak up korang alim giler takde minat sampai macam tu tapi bakal-bakal anak korang belum tau 'ujian' dia macam mana.