Nuffnang ads

Wednesday, September 28, 2011

Saturday, September 24, 2011

ABC Seksyen 2 menggamit kenangan

Siapa budak UiTM mesti familiar dengan ABC special dekat seksyen 2.
Aku batch '03 masa tu dari depan 7E tu dia berpindah ke tapak semntara depan Wet World Shah Alam tu.
Fave drinks adalah ABC. Mana nak dapat ABC tinggi camtu dengan harga RM2.00 weh melainkan ko buat sendiri.

So sempena hari tu lepas menghantar adik aku balik ke Shah Alam, husband yang yang lama ter'penjara' tu suggest la ke tempat pertama kali kitorang jumpa untuk makan. Belum date lagi ok!

Tempat ni dah diupgrade. Aku sejak convo memang tak pernah jejak Shah Alam lagi.
So, kira ni macam mengenang kembali detik2 mula2 nak bercinta.

Tempat pertama dia bawa aku jumpa adalah pameran hantu kat Muzium Shah Alam. Romantik kan? Mengong! Bukan berdua tapi bertiga dengan kawan tiga suku dia. Huhu.

Oh back to ABC. Kali ni aku bawa si kecilku chak sekali untuk meraikan tempat perkenalan ibu bapa nya. Seronok la dia walaupun tengah batuk-batuk pun aku layankan dia jugak dengan ABC kenangan. TApi dah ramai sangat yang jual ABC camni. Dulu kedai abang tu jela.

Lupa snap masa mula-mula sampai. Dah ngap sangat sebab happy gile.  Mak memang moks sebab dia yang kurus meleding.

He looks happy kan?


Friday, September 23, 2011

iCITY mencekik!

Ni cerita lepas aku pekena ABC kat Shah Alam tu la.
Orang lain berzaman dah pergi. So alangkan aku dah sampai SA ni nak gak lah merasa apa yang bestnya.
First I heard orang cakap parkingnya mahal.
Masuk juga sebab tengok list dia RM1.
Tak baca habis abang oitt...weekdays only cayang!

Main games. Beli kad yang isi RM10. Satu games sampai 6 credits guna. Ish..tak berbaloi sungguh.
Aku ni golongan marhaen yang sesekali nak berseronok. Ada anak kan...sure want him to have fun.
Baik main kat JJ atau main PSP je la ek.

Yang lain2 ok la.
Hariz seemed very happy bila fake snows tu jatuh turun dari machine dia.
Takpelah nak...you will have a chance to touch real snows soon.

Happynya! Nak masuk dalam mak rasa tak berbaloi. Snowfalls luar ni pun layan!

Sejuk takde hal punyalah. Gua cold blood!



First Step



Ni bukan first time la dia solat.
But, yang ni almost ok la compared to before.
This video made my husband realized how rapidly he has growing.
Kids tends to imitate everything we do.
Good behave will lead them grow up as a good kid.
I don't mind what future he'll bring...
As long as he happy, and stable....
I will approve. Don't want him to stuck with my high demands. 
As long as I can caress him, can feel his love until the end of my life is enough.
I love you, son.

Friday, September 16, 2011

Tentang Perkahwinan

Haritu tengok cousin aku kahwin dengan mamat Afghanistan yang duduk Newcastle (kot?).
Cambest je. Baca terfaktab cakap pasal hantaran kahwin, CN tulis pasal kahwin.
Aku pun nak tulis gak.

Aku kahwin muda. 22 dah kahwin. Belum kerja. Semua ditanggung emak ayah aku. 
Husband pula berniaga kecil-kecilan. Hantaran siap diskaun lagi. Masa tu yang grad dah dekat RM8k dah. But aku hanyalah lebih kurang 5K. And aku harap dapat dikurangkan lagi adalah. But it was my parents yang tetapkan. 

Aku tak harapkan ada majlis. Cukuplah just between family kecil aku, family dia dan jiran tetangga mak aku dan beberapa kawan rapat aku. Tapi mak aku insisted to have a bigger feast than I request sebab alasannya aku anak sulung. I still think it's a waste. 

Daripada pengalaman aku yang 4 tahun kahwin ni ialah 5 tahun pertama adalah paling crucial. Tambah-tambah lagi bila ramai pasangan muda yang terlupa nak planning dapat anak tetiba bunting pelamin. Tau-tau lepas setahun dah anak. Some are not ready yet to have kids. So aku rasa tak salah planning supaya mentally and financially stable. Fizikal pun nak kena stable gak.

5 tahun  pertama gak adalah masa kita nak adapt dengan kehidupan baru. Duduk rumah sendiri, perangai tak serupa, time tu baru tau yang sorang tu suka campak jeans yang dipakai merata tempat, yang sorang tu suka memasak tapi tak suka kemas dishes, yang cerewet gila tentang toilet nampak kepam sanggup balik kerja malam-malam sanggup sental...dan masa ni juga kau nak adapt dengan family mertua, ipar duai  yang tak suka kat kau cakap kau macam sombong and perangai kau masa bujang yang clingy ngan family dah kahwin ni kena la berjauhan.

Lepas tu bertekak sebab rumah mertua and famaly dekat-dekat je pulak dengan sewa so argue pasal apa asyik selalu balik rumah mertua je. Rumah family aku jarang-jarang padahal satu negeri je pun tak sampai satu jam.

There are a lots of thing to consider in these first crucial years.

Tu belum yang hangen tengah-tengah malam dah ada anak tapi yang sorang tu dok merengek nak lepak ngan kawan jap kat mapley. We should be mentally ready to face all this difficulties.
Aku cakap berdasarkan apa yang aku rasa.

In the end, aku rasa aku patut terima dia seadanya. Just accept him for who he is...
Human tends to create trouble. Dan itulah yang memberi kita pengajaran.

Bagi aku apa yang penting dalam perkahwinan ialah mesti pandai memasak, tak pandai belajar dey sebelum kahwin, kemas sudah semestinya (aku akui part ni aku lemah sikit but aku tak leh biarkan bilik air dengan dapur aku kepam dengan daki,so tempat ni memang aku bersihkan, cuma yang lain asal nampak kemas dan teratur sudah), ni kalau time anak dara dah bersepah-sepah, wonder how can you live with this lady for your entire life? Ada orang yang boleh berubah...tapi ramai jugak yang stay macam tu.

Time bercinta memang nampak semua indah. Cuba try usha bilik tidur dia...How clean is your bedroom? Dari situ dah boleh buat penilaian. Don't judge a book by it's cover. Yes it's true. Jangan kau ingat yang cantik muka sentiasa bertepek bedak tu datang daripada premier package. Cantik je semua. Ramai juga yang tak reti memasak, yang malas kemas sebab yelah maybe sebab biasa bibik or mak yang kemas.
Budak U yang claims pandai dalam U pandai serba-serbi ke?

Kalau nilai hantaran menjadi indicator kepada maruah tau berapa tinggi nya kau belajar it's all craps kalau  bab bab ekonomi rumahtangga kau failed. It's craps! 

I may not good but at least, I can cook , I do house chores; cleaning, washing, babysitting and the triple x matters. Huhu...


Thursday, September 15, 2011

Tarabas | The Cave of the Golden Roses

Tetiba teringat cerita fantasi Itali ni....Tak pasti la kalau budak2 yang lahir tahun 90 ke atas tau  ke tak cite ni. Yang pasti aku suke cite ni sebab huhu...lame reason...Tarabas yang terbabooom...hensem sangat budget dapat jadi wife die...haha...itu dulu la...sampai kan kitorang gelar sorang senior aku kat sekolah dulu ngan Tarabas dan member aku minat dia...masa tu aku sekolah menengah. Form 2 kot dalam tahun  1999. Cite ni memang jadi bahan bualan kitorang tambah2 ramai yang budget jadi Fantaghiro..be it nama-nama secret admirer, alamat email sume pun guna Tarabas or Fantaghiro. Memang terkenan betulla cerita ni. Tapi aku rasa cerita dulu2 lagi best kot. Yang best bila time cuti sekolah TV2 dulu selalu tayang fable tapi pelakon dia manusia yang real bukan kartun atau 3D kartun. Cam cite Cinderella...Snow White...Aku ni memang suka hidup dalam fantasi. Maybe sebab realiti ni terlalu menakutkan ko...

Korang minat cerita apa?

Nicholas Rogers, the Tarabas
Oh my oh my...your look steals my heart...


P/S: Dapat tau dari mekchu TV9 dah bawa balik cerita ni setiap Ahad jam 10 malam .

Surprised Birthday Party

I hate it the most.
Siapa yang pernah buat surprised untuk aku memang faham.
Masa sekolah dulu bila tiba hari birthday aku, automatiknya aku akan tidur mati atau kuar dari dorm aku. Lepak bilik member lain yang tau birthday aku
Masa kan U pun ada member plan untuk aku tapi last aku merajuk sebab diorang tak nak bagitau aku apa plan diorang. Macam tetiba hari birthday aku tu bilik tu tetiba jadi sunyi macam bilik mayat lain daripada biasa yang hiruk pikuk cakap macam bilik sebatu jauhnya.
Dah tentu lah aku fikir lain yang kau plan for something.

Dengan husband aku pun kalau ada something yang out of ordinary aku akan korek sampai dia kantoikan plan dia. So sekarang dia hanya akan buat bila aku takde kat rumah and letak present kat tempat yang aku akan nampak dan aku menjerit wow...sumpah tak dapat detect!

Aku tau aku banyak kali annoyed people around me including parents aku.
Aku sedar dengan sikap aku macam ni aku banyak hilang kawan.
Tapi happy gak tahun ni punya birthday ramai je yang wish kat FB aku.
Kawan yang aku tak pernah bercakap kat MRSM dulu pun wish.
Kelakar kan? Dalam dunia maya ni kemain lagi bercakap macam rapat giler kutuk mengutuk ungkit mengungkit macam takde hal padahal cuba confront....sepatah pun susah nak dengar...harap senyum je melebar.

Tulah padah ada social networking ni.

Anyway kepada kawan2 yang wish tu thanks banyak2...
Member MRSM Lenggong
Bebudak Uress, Smkap...
Member Ofis
Member kat INTIM 2010....

I miss you all la! Ada gak yang aku tak kenal. Kawan adik aku pun wish...Ape kena ngena kan? But thanks again la

Panggilan Hangit #2

Secebis kertas tu aku rampas.

"Korang ni agak-agakla. Aku tuan dia kan. Aku belum sempat baca korang dah tarik kan." Bengang aku. Dahlah, projek tidur terganggu. Lepas Isyak nak pergi prep lagi. I hate school dowh!

Sampai port tadi aku buka kertas yang dah naik lunyai tu. Diam tak terkata aku. Tak sangka aku dalam diam ada peminat. Aku tak lawa. Tak semulus Ayong. Bibir tak pink cam dia. Susah nak senyum. Cultural shock kot. Masuk sekolah agama sumpah susah gila nak tengok aku nak cakap dengan lelaki. Masa sekolah rendah lagilah. Pengawas daripada darjah tiga sampai enam. Siapa yang berani nak kacau aku. Itupun ada juga yang mengejar aku naik basikal sama-sama semata-mata nak cakap dengan aku. Menyampah tahu!

'  Dear Intan,


I may be invisible to you. But I wanted you to know that you are so close to my heart.
Honestly, I want to make you as my girlfriend. Intan,  I would love  to see you smile a lot (' v')

Nor friend not yet a foe.
Farouk. '

Invisible kau cakap? You are just in front of my eyes ler! You've got no balls ke nak cakap sendiri.
Dia duduk depan aku je dalam kelas. Yang peliknya budak kiri kanan dia semua pernah cakap dengan aku tapi dia tak pernah nak toleh ke belakang sikit pun. Sekarang baru aku faham.

Malam itu kelas persediaan malam. Kelas malam memang tak campur dengan lelaki. Sekolah agama la katakan. Tapi malam tu memang aku tak boleh nak fokus belajar. Aku asyik terfikir macam mana aku nak berhadapan dengan dia esok pagi. Apa patut aku cakap pada dia? No? Dia marah tak? Kalau yes...takut dia melompat happy nanti. Aku yang malu...

Ish...peninglah! Belum masanya lagi. Tahun depan nak PMR. Tahun ni dah lah aku turun kelas ketiga.
Lagipun ni kan sekolah agama. It's strictly forbidden hal-hal bercinta nanti. Kantol dengan Ketua Pelajar takpe lagi. Dengan ustaz? Ustazah? Pening...pening

Tuesday, September 13, 2011

Angka 26

bersamaan jumlah tulang yang terdapat pada bahagian kaki (ankle and foot) bagi manusia normal.
bersamaan nombor atom bagi besi(iron)

bagi aku untuk tahun 2011 ni.
I am 26 already.
Teringat kata2 seorang seorang tua di kaca tv.
Jangan ditanya apa negara telah buat pada anda tetapi tanya apa yang anda buat untuk negara.

Tak payah sentuh negara la bai.
Tanya apa yang dah buat untuk diri sendiri sudah.
Apa benda yang aku buat yang boleh jadi kebanggaan aku?

Aku mungkin beruntung.
Dapat sekolah bagus macam MRSM Lenggong.
Completed my Diploma Sains Komputer from UiTM Shah Alam walaupun sangkut setahun
Tak berhutang dengan PTPTN sebab JPA taja.
Korang mesti pelik cammane aku ditaja padahal Calculus 2 pun sangkut sampai 2 sem.
Itupun nasib baik last chance tu aku lepas.
Statistik yang kacang tu pun kena repeat sekali but i managed to score 4.0 retake tu.

Aku rasa I am just a loser.
Still a loser sebab kerja pun still jadi kuli.
Ada dip pun tak guna.

Some might say we can't depend on luck.
But, I believe in luck.
Walaupun aku kantoi interview JPA untuk tajaan ke luar negara but aku still layak ditaja untuk belajar dalam negara. Tapi, aku akan lebih bangga kalau parents aku yang tanggung sebab I will appreciate more.
Tuduhlah apa korang nak cakap aku tak hargai duit kerajaan. Coz I believe korang pun sama macam aku.
You will appreciate more kalau parents yang fully support sebab diorang bertunggang langgang nak bayar duit pengajian yang puluhan ribu tu, kan?

And maybe it just my luck aku boleh completed dip tu.
I worked not so hard juga k.

26.
I have a small family with husband and son.
Maybe it just a number or a new start for me.
Who knows?



Tuesday, September 6, 2011

Panggilan Hangit #1

Malam Selasa macam biasa selepas solat Maghrib ada aktiviti berzikir.
Aktiviti paling aku suka. Port baik bunya. Belakang tiang surau sudut tepi sekali.
Bilik simpan telekung tak boleh. Banyak anjing. Itu yang digelar bagi Ketua-ketua Pelajar kat situ.

Waktu berzikir adalah paling sesuai untuk aku melelapkan mata. Bukan aku seorang. Adalah beberapa orang yang memang sekepala.

Sedang aku nak lelapkan mata, tetiba bahu aku ditepuk.
"Weh, Intan! Nama kau kena announce. Dia suruh pergi belakang bilik PA." Moon kejutkan aku.

Kenapa la pulak ni? Biasa hal kecemasan je dipanggil ke belakang tu.
Dah sudah. Jauh-jauhkanlah berita buruk tu daripada aku. Aku hanyalah budak berusia 14 tahun. Adik-adik aku kecil lagi. Apa patut aku buat bila mereka sudah tiada lagi! Tidak!

"Moon, jom teman aku." Aku ajak Moon. Bukan Moon je nak ikut. Berderet member aku yang kepochi nak tau juga. Adalah dalam lima orang yang ikut.

Aku jenguk tingkap luar bilik PA tu. Gelap je. Aku pergi dekat. Ketuk tingkap.

Nampak sesusuk tubuh masuk ke bilik tu daripada lampu samar-samar dari dalam surau sekolah aku tu.

Tingkap dibuka kecil. Farouk! Dia hulurkan  secebis kertas. Aku dah berdebar.

"Apa ni weh?" Menyirap gak darah aku. Panggil aku keluar siap announce lagi semata-mata nak bagi benda alah ni. Kat sekolah esok kan boleh bagi. Bikin panas malam aku je.

"Bacalah dulu." Terus dia tutup tingkap.

Belum sempat aku nak buka dan baca, Ayong dah rampas dulu. Ramai-ramai kerumun baca. Aku?
Lantak koranglah. Nyamuklah sini. Gelap pula tu.

"Intan! Surat cinta la weh!" Ayong jerit separuh berbisik pada aku.

Damn! Kantol!

Monday, September 5, 2011

Aktiviti Raya ke-5

Raya kali ni bertemakan duduk di rumah sajork.
Jalan raya pun ke rumah sepupu aku je sebab yang lain adalah mood tiada di rumah.
Plus, nenek aku yang sakit ada kat rumah...
So...end up...pool time!
Panas weh...nak buat pool kat rumah tak mampu kan so beli la inflatable pool ni...
Seswai untuk satu family. Dalam 4 orang boleh la kan.
Tahun ni aku memang malas nak ke mana. Maybe sebab ma vie takde.
Or maybe sebab bujang dulu dah puas habis masa kat luar dan berjauhan daripada family.


Excuse my big fat feet!
Air tak penuh lagi sebab nak isi air tu aku malas nak tarik dari pili depan lg...so santai la tunggu air seciput tu nak penuhkan sampai 1 ring pool tu

Dia ni bagi je ape kolam pun ok je. Sampai kolam takung najis dekat rumah aku pun ajak pi mandi.
Kena hati2 sebab tau2 dia hilang kebelakang cari kolam.
Very the noisy boy sebab dah boleh cakap kan. 

Layan je.




Imam Muda Rocks!



Tukang Masak Rendang




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...