Nuffnang ads

Monday, August 30, 2010

I wish i'm a good cook

It's not that i can't cook AT ALL
but i just envy some moms out there who can prepare something good, look nice yet healthy for her kids(or maybe they are WAHM? i wish i'm one of them. mimpi sudaaah, my husband won't allow me resign)...
ok, i just meet this cool blog; Cooking With My Kid whilst blogwalking trough my GReader and Ohdeedoh.
It's something that i can't resist and keep thinking and planning how i love to try any of them with my boy. Is there any chances that it will turn out nice? HUrmm...he just turn 1 and i don't think he'll stop put stuff inside his mouth in the near future...what if i use flour? he'll be ok, wouldn't he? Or maybe i should wait till his 3rd birthday? Way too late? Then when should i start??? Help me....Can't stop thinking about all the cute food.

Thursday, August 26, 2010

Game pertama yang korang pernah main?


Ni la game computer yang pertama aku main versi DOS punya. Prince of Persia DOS. Pic yg atas skali tu ye.

Lama dah tu. Time tu aku ingat dala aku darjah 2 kot. Windows 3.1 kalau tak silap aku.

Poksu aku bawa balik dari UK dan dia duduk dengan family aku dapat la aku godek-godek sikit komputer dia.

Windows tu kena guna user prompt tu uuu…yang masuk c:\ orang panggil c-prompt ker pet ah…aku pun tak hingat sangat.

Game ni aku sangkut sampai level 4 je seingat aku. Time ni sape yang ade komputer confirm la beragak-agak main game ni.

Ingat lagi masa pindah quarters dekat klinik mak aku kije, ada abang kepada kawan aku ni..abang dia kembar dan hensem tapi sekarang da kawen k..

Berlumba-lumba sape dapat reached final dulu. Diorang la Berjaya…aku terkontang kanting kat level 4 tu sebab ngeri si prince tu dok jatuh dalam lubang ada pisau-pisau tajam tu lalu tikam dia sebab tak lepas lompat ke tebing satu lagi..blood is everywhere tu yg setiap kali dia terjatuh or tertikam aku jerit depan pc. Tu yang mak pak aku hangen skit tu kalau bab aku main game. Hahah…game-game lain aku tak minat cam Mario ke bricks ke..tak best..aku suka game yang ada strategi…

Maybe sekarang nak try main travians pulak…(tak sedar diri la tuh…ada mulut nak kena beri makan k, kot ko main game leh sekejap2 takpe, bab2 best or tetiba kalah mau menempek depan pc tu)

Tu la cerita first game aku. Korang lak cam mane?

I SPENT MY ENTIRE…

CHILDHOOD WISHING THAT I WAS OLDER.

NOW I'M OLDER, AND IT'S ALL SUCKS…

Mood Raya?

.....yilekkk

baju raya?
.....yilekkk...untuk hariz jer selambak..amma..appa...yilekkk

kuih raya?
......dah tempah 3 macam jer kuih kering. lain beli kat FS je..

langsir rumah raya(yg xpnah tukar sejak 3 tahun lepas itupun cilok dari collection lame mak den.langsir asal rumah den duduk ni)?
.........baru nak pi beli arini kot

sarung kusyen (den pakai yang antik nye sofa lagi eh)?
..........tahun lepas da beli. so tahun ni pakai yang tu lagi. da basuh tingal nak spray ngan febreze je pagi raya

planning raya?
...........umah PIL. iku giliran ok. kang ada yang tak puas hati diam-diam. ipar duai lak perasan asek balik umah mak den jew...hehe. walaupun dalam n9 lagi okeh...giliran tetap giliran...

kasut raya?
............yilekkkk.


Tahun ni memang mood raya sangat kureng ok...kemungkinan besar hanya duduk di rumah sahaja la

Wednesday, August 25, 2010

Sila bagi alamat rumah awak

...kerana saya rasa rajin nak hantar kad raya..maybe ada benda extra tapi extra tu tak janji ok. kad raya janji..ada

Maha Suci Allah

 Photo grabbed from gorgeousmuslimah

Subhanallah...indahnya pemandangan ini.
Terasa sejuk perut ni.
Semoga Hariz dapat dididik sebegini.

Dari jauh ku pohon maaf

Demmit...
Tengah layan lagu raya ni..huhu...sedih ni. Bagi Syakirah dengar ni sure meleleh tambah-tambah dia tengah nak  tunggu untuk deliver the twin.

Kepada semua ex-boyfriend kawan-kawan saya tersayang, pembaca blog saya (walaupun hanya ciput), my sista-sista, mom, dad, beloved husband and son, ku pohon ampun dan maaf andai banyak saya mengguris hati kalian. Sebarang hutang boleh lah dituntut dengan saya sekiranya saya wujud lagi di muka bumi ini. Kalau takde boleh tuntut pada waris-waris saya. Huh? Nak mati dah ker? Idak ler teman... Sekadar beringat. Maut di tangan Allah Yang Berkuasa kan?


Need help with melanoma...

Satu hari yang tenang, aku belek-belek kaki Hariz. Nak potong kuku kaki dia sebenarnya. But i noticed some black spot like the picture tapi gelap kat bahagian bawah sambungan antara kulit dengan kuku. Aku rasa sebelum ni potong kuku Hariz pun ada jugak. Rasa cam tak sedap hati. Kalau terkepit pada pintu ke bruises  tu akan jadi makin pulih kan? Tapi balck spot sikit pun tak kurang. Minggu lepas dalam hari selasa, sedang aku blog hop, check e-mail, check info in wiki, googling (made up a new word), terjumpa lah pasal melanoma ni. Aku dah cuak sangat tengok gambar-gambar seperti di bawah ni. Adakah Hariz salah seorang daripada mereka....No no no....berjujuranlah air mata aku depan pc ofis ni. Dey...


Sedikit sebanyak yang aku dapat  share tentang melanoma.
Tak pasti lagi Hari ada ke tidak sebab tarikh temujanji dengan pakar kulit pun hanyalah 2/9 ni.
Aku berdoa sangat-sangat supaya semua syak wasangka aku tidak berasas. Cuma bab-bab kesihatan aatu sebarang benda yang tak normal di mata pandangan aku, tersangat lah aku concerned. Kadang-kadang benda yang remeh ni lah buatkan kita terlepas pandang dan kemungkinan akan jadi lebih buruk.

Ok...disebabkan Hariz kena pada ibu jari kiri nya, (bukanlah , melanoma selagi pakar tak sahkan lagi ).
Just nak kongsi pasal melanoma. Biasanya jumpa pada kulit, kulit di bawah kuku tu atau pun kuku. Siapa-siapa yang pakai cat kuku warna gelap tu memang la tak perasan. Baik korang bersihkan cat tu dlu dan check tengok.
Good news is melanoma kuku boleh dihilangkan dengan small surgery to remove the tumor. TUMOR??? Iya, melanoma adalah sejenis kanser kulit. Surgeri tu memrlukan kuku dicabut dulu barula boleh dibuang tumor tersebut. It may take an hour for the small surgery.

The first symptom of this kind of skin cancer is a small dark spot resembling a mole. Oftentimes, a toenail melanoma is dark yellow, brown or black. Ha...yang ni biasanya lah orang kita salah ertikan dengan menganggap semua itu hanyalah lebam-lebam. Tersadung pada pintu ke, tunggul kayu ke. 
Tapi korang tak rase pelik ke biasa lebam-lebam macam tu kan akan hilang dan pulih? Bagi yang tak pulih-pulih tu baik refer terus dengan dermatologist.
In rare cases, the spot is colorless, making it more difficult to detect. These types are the riskier ones especially if they turn out to be malignant. They can keep growing with the person not even knowing he has it. Ni bagi yang nampak macam tahi lalat makin membesar not in gradually. cepat-cepat la rujuk pakar ok?

To differentiate between a regular mole and a toenail melanoma, you will have to observe the spot for a few days or even weeks. If the spot grows in size, there is a large chance that it is in fact a toenail melanoma.
Although most toenail melanomas are benign, this is not a certainty. You need to go in for a biopsy to determine the kind of toenail melanoma you have. Senang cerita mana-mana yang pelik dengan black spot pada badan tu cepat-cepatlah rujuk pakar k.

Sometimes a toenail melanoma starts not as a spot but a streak, similar to the white streaks that sometimes appear on the nail following trauma. If you notice these streaks on your nails without undergoing any kind of nail trauma, you should have your nail checked as this can be the beginning stages of a tumor.
Although this condition is generally called toenail melanoma, it can actually occur in any of your other nails as well. They do appear much more frequently on the toenails and thumbnails but you should regularly check your other nails as well. Check kuku masing-masing tengok ada tak garis-garis pelik yang wujud tanpa sebarang perlanggaran atau accident, pergi check up takut-takut ada tanda-tanda awal tumor ni. Bukan nak menakutkan tapi kita lebih tahu badan kita (jangan selalu berfikiran seperti ini sebab kita bukan pakar) kalau tak nanti pakar-pakar kita takde kerja. baik kita bagi kerja kan?

Once you begin to notice these changes in your nails, it is best to consult a doctor right away. Melanomas are still a kind of cancer, and just like other cancers, they are more easily treated if detected early. Also, since they are just like any other tumor, you will need to undergo chemotherapy and radiation in case the toenail melanoma turns out to be malignant. Ni kalau da masuk critical stage  kenalah buat macam jenis-jenis kanser yang lain bertujuan untuk menghapuskan sel-sel tumor tu.
 
Medical studies have shown that this particular kind of melanoma, also called acral lentiginous melanoma in the medical community, is more common in Asians and other people with darker skin. However, Caucasians are not totally risk-free as there have also been several cases of toenail melanoma in very fair-skinned people over the years. Konklusi nya, sebarang abnormaliti pada badan kita dan orang-orang yang kita sayang rujuk lah doktor kerana mereka lebih tahu. Tak salah untuk bertanya, paling kurang pun kena aa hulur duit sket bagi yang pergi klinik swasta.

Berbalik kepada cerita Hariz, Isnin baru ni kebetulan aku MC dan petang skit suami ajak pergi klinik kesihatan yang selalu Hariz check up. Aku cakap klinik ibu mengandung dan kanak-kanak nak jumpa doktor nak tanya sesuatu. Kebetulan doktor india sama yang check Hariz masa dia demam teruk semasa ketiadaan aku sebab berkurusus selama 10 hari di Terengganu. Aku bagitau doktor tu tentang suspicious aku lepas dapat tau dari internet. Doktor tu senyum jer. Dia cakap tak boleh nak ensure  betul ke melanoma tapi untuk melegakan hati aku dia buat surat rujuk pada pakar kulit. Dia cakap lagi 'it's slightly like melanoma but i can't ensure you yet until you see the dermatologist ok?But hopefully not. It's good for you to be a suspicious mom. You pandai yer cari di internet?' Hehe...kembang bontot den. Well, i try my best to be a good and concerned mom. It's my son.
Temujanji Hariz 2/9 ni. A bit nervous but hopefully not that what i've been thinking. He's too smal for all this.

source:ezinearticles

Hariz Randomness

 From top left clockwise : Imam Muda Hariz hisap botol bedak, somewhere in Econsave, topi baru, sebelum tido main-main dulu
 From top left clockwise : Dia yang masuk foam tu sendiri sambil menunjukkan bakat me'lukis', baru bangun tido, tido (cute kan ), main-main lagi di Econsave





Tadi check akaun friendster yang dah lapuk tu

Lepas tu buka la semua komen-komen dan testimonial rakan-rakan. Terjumpa la sesuatu yang menggamit memori...

"When you see a person, do you just concentrate on their looks? 
It's just a first impression. 
Then there's someone who doesn't catch your
eye immediately, but you talk to them and they become the most
beautiful thing in the world..."

Seorang kenalan sejak di Universiti hantar.Tak tau lah apa maksud dia masa tu. Dia kind of straightforward juga orangnya. Masa tu belum nikah lagi k. Kalau dia memang maksudkan apa yang ditulis tu, what a joy and blissful i will feel. Oit, Xana! Sedar la kamu! Da kawen dan ada anak da wey...Sesekali mengenang saat indah dolu-dolu tak salah kan? 

Kepada kawan yang menghantar, minta maaf saya mungkin menghampakan awak tapi kita kan kawan. Kawan never say goodbye once we've shake hand rite?. Saya doakan semoga awak dirahmati dan berbahagia sekarang. Saya tau awak dekat jugak dengan tempat kerja saya . Nge hehehe...Doakan saya bahagia juga k. 

Kawan lama datang rumah

Kawan lama datang ke rumah ahad lepas. Lama betul tak jumpa dia. Seingat aku kali terakhir jumpa ialah pada hari perkahwinan saya bulan 8 tahun 2007. 3 tahun dah tu. We are a good friend back at school. Actually, dia datang nak tengok Hariz. Dah setahun dah Hariz tapi tak pernah tengok. Masa gathering hari tu aku tak join. Sebab Hariz kecik lagi.  Masa wedding kawan-kawan lain, tak terserempak sebab biasa aku pergi sendiri dengan suami dan anak. Diorang bolehlah konvoi. Biasanya aku sampai awal. Ada anak kecil tak boleh lah duduk lama-lama kan...Terima kasih sangat sebab datang menjenguk aku , Fai. Dia bawak coklat bumblebee untuk Hariz. Cam kat bawah ni...Ummi Hariz pon rase satu.

Saturday, August 21, 2010

Dalam meniti ranjau kehidupan



Selama berpuluh tahun hidup ni kan
Biasa lah..ada kala kita diatas (bese memang lupa diri enjoy sakan sampai tak hengat .Dulu la...dapat biasiswa joli. Sebab fikir lepas abis belaja tak payah bayar. Kawan2 lain belajar meminjam. Sori terkasar. Tapi itulah hakikat. )

Namun biasalah jugak bila dah susah baru nak terkenang. Dulu tak berhengat. Tak bersikap. Rase cam hidup untuk hari tu saje. Kot panjang umur tu mungkin boleh cecah sampai seratus kot. Ha, time tu xkan nak nganga je tadah tangan dan mulut untuk orang suapkan???

Kini baru lah tersedar. setelah beranak pinak, betapa ruginya masa dahulu yang disiakan. Nak diundur balik perahu dah terbabas langgar tebing sungai. Nak reverse balik sure tenggelam. Alternatifnya, kena la masuk hutan redah onak dan belukar untuk cari kayu betulkan balik mana yang rosak di perahu tu. Tergendala la sudah perjalanan kita tu. Walaupun lambat akhirnya kita akan sampai gak ke destinasi dengan jayanya.

Benar rezeki itu Allah yang bagi. Saya teringat seseorang pernah berkata. Tak ingat siapakah gerangannya lagi. Faktor usia agaknya.
'Ajal memang di Tangan Allah, tetapi jodoh dan rezeki perlulah jugak dicari sendiri. Kalau betullah ditentukan dan kita tahu, tak payah buat apa pun mesti senang hidup kan?'

Pendek kata, peringatan untuk diri saya sendiri dan mungkin sekadar di angin lalu bagi kita semua,
berusalah untuk meningkatkan diri dengan pelbagai ilmu.

Jangan diingat bila dah jadi bos besar, kita tak pernah salah. Dan tak semestinya kalau kita kuli kita selalu salah. Ada masa, kita akan belajar sesuatu daripada orang bawahan mahupun orang atasan. Cubalah mendengar, melihat dan merasa keadaan sekeliling kita. 

Biarpun lewat kita tersedar, sekurang-kurangnya adalah sikit sekelumit perasaan nak sedar tu kan.


Friday, August 20, 2010

I turn 1 today



Dah genap setahun dah blog ni.
Dulu aku pernah berblog. Dari friendster.
Tapi didelete sebab ada yang tak puas hati ngan aku.
Cuma baru setahun lepas rasa rajin nak memblog balik. 
Hepi bday to me, hepi bday to me...(since xde orang wishkan. So wish la sendiri

Malas Melanda




photo credit : tumblr

1st Solid Food Full With Love Giveaway

ok..kak pija a.k.a akak yang saya pernah beli CD daripada dia dulu buat contest (klik sini atau banner di side bar untuk lebih lanjut).
rasa cambest dan sejak ada la pengalaman sikit-sikit (anak baru seorang la katakan). Cakap banyak tak guna...jom kite ke resipi pertama

1.Baby teething biscuit a.k.a biskut bayi tumbuh gigi

(gambar mmg tak lawa, ok..tapi rase best..kot? baby xleh cakap kan?)

Bahan-bahannya (paling senang dan simple. main campak-campak je dengan penuh kasih sayang. Kak Pija, sambil wat beskut raye leh la bakar beskut untuk Ahmadi sekali yer )
 
1 cawan tepung
1 cawan baby cereal
1 cawan jus/susu (kalau Ahmadi tak pakai susu formula boleh la cuba-cuba gantikan jus limau ke, susu kambing ke, soya tak bagus kan??)

Cara-caranya:

Gaulkan kesemua bahan-bahan tersebut dengan baik sekali.(sampai jadi doh). rollkan dia dan potong ikut suka. kalau boleh biarlah ngam-ngam saiz genggaman Ahmadi. Biasa saya buat bentuk petak ataupun bentuk  stick je. Kalau stick senang kak, time2 kite nak shopping or jalan-jalan, dia ek ek sikit kan bagi dia pegang biskut tu.


 *Doh akan jadi sedikit melekit. Jangan khuatir dan jangan panik. Boleh tambah tepung skit ataupun cereal .

2. Pumpkin puree a.k.a puri labu 
(biasa baby akan tertarik dengan rasa-rasa yang lemak manis terutama bayi yang minum susu ibu.Boleh gantikan dengan keledek yang kaler oren tu jugak)



Bahan-bahannya:

1 ulas bawang besar (cari saiz kecil) -racik halus-halus
1/4 labu-potong kiub
Sedikit minyak masak (boleh gantikan dengan butter)
Air(ikut suka hati. bergantung kepada kepekatan yang nak)



Cara-caranya:
Masukkan sedikit minyak dalam periuk . Gorengkan bawang sampai kekuningan. Masukkan air. Bila dah mendidih air tu, masukkan labu. Renehkan sampai labu tu jadi lembik. Boleh lecek kan atau blend halus. Bagi bayi yang nak tumbuh gigi ataupun yang jenis suka masukkan jari dalam mulut, mereka lebih suka makanan yang chunky. Hanya lecekkan bolehlah mereka rasa tekstur makan tersebut.


Sekian.

Thursday, August 19, 2010

Hoping, walking through my google reader

Tiba-tiba jumpa sesuatu yang menarik lepas explore di recommended items dalam google reader saya.
Nak kata saya berlatarbelakangkan engineering tak lah jugak. Cuma rasa ia sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama. Saya suka bila tengok macam mana mesin jahit saya bekerja. 

Sewing Machine




Untuk penerangan tentang mesin-mesin complicated yang lain sila klik sini

Wednesday, August 18, 2010

3rd Anniversary

Semalam adalah our 3rd anniversary.
Tak celebrate pak pong pak pong pon.
Kebetulan cuti sebab jaga Hariz.
Terlupa pada awalnya sampaikan masa tu dah nak asar dah...
Baru perasan tarikh semalam
Tarikh kami nikah pada 3 tahun lepas.
Hadiah pon yilekk. Sebab tak teringat.
Teruk sangat ke?
Biasa-biasa je.
Bulan Ogos menyimpan banyak kenangan kami.
First time declare sebagai pakwe makwe pun dalam bulan ni

Pencapaian selama 3 tahun berkahwin?
Alhamdulillah, dapat satu anugerah yang tak ternilai harganya.
HARIZ

Tuesday, August 17, 2010

Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan yang ke-3 Buat Saya dan Dia

Kepada Suami Saya,


Semoga berkekalan ke akhir hayat. Ucapan lain unspoken.

Friday, August 13, 2010

Apa yang saya tak suka makan

Hoh. Memang entri tangkap muat sahaja ni sebab pagi tadi tak berkesempatan bersahur dek kerana melayan karenah si anak kecil bermain lantas tersungkur hingga ke waktu syuruk. Ini sekadar mahu melayan jam-jam terakhir sebelum waktu berbuka dan balik kerja.
Makanan-makanan yang saya takkan ulang makan atau takkan sentuh :
1. Yang haram ( takkan sentuh apetah lagi makan la kan )
2. Kuih yang lembik-lembik ( Seakan spesies badak berendam dll. tapi ada juga yang saya makan macam tepung pelita, kuih gula melaka )
3. Kek Buah Campuran ( tak suka sebab terlampau manis walaupun manis buah )
4. Ikan terubuk masin ( hari itu adalah orang bagi. Minta maaf banyak saya forward kepada mak mertua saya sahaja )
5. Terung (sebab jadi lembik kot lepas masak)
6. Makanan laut yang bercangkerang selain kerang, lala dan siput ( kepah pun fikir banyak kali )
7. Kepala ikan, mata ikan dan apa-apa daripada bahagian kepala tu la
8. Tongkeng ayam ( tu pasal saya ni jenis pendiam...apa kaitan? )
9. Kacang parang
10. Biskut raya pun memilih ( selain bangkit, yang ada green peas/kekacang lain, ada cornflake/oats/nestum, semua saya tak ulang makan. Samperit? Memang tak pernah suka)
11. Apa-apa jenis masakan singgang ( bak kata abah lauk orang sakit. tapi bukan orang sakit patut bagi makan yang lagi sedap ke?)
12. Mee kuning ( kurang suka )

Thursday, August 12, 2010

Entri yang tidak berkata

Hari ini hari kedua berpuasa. Saya masih dapat bertahan. Pagi tadi sahur kebetukan Hariz ikut bangun sekali. Semoga tetapkanlah hatinya dengan didikan kami sebagai ibu bapanya agar dapat dia kekal menjadi insan yang bersikap.
Bersikap? Apakah? Saya pun masih mencari-cari makna bersikap itu. Tak cukup bersikapkah saya ini? (jika masih tertanya-tanya nampak benar yang saya masih belum ada sikap )


Kebelakangan ini, saya banyak menghabiskan masa di pejabat ( sangat bertentangan dengan etika kerja ) dengan membaca blog seorang penulis yang telah lama saya kenal ( melalui novel beliau ) dan saya meminati tulisannya.


Faisal Tehrani

BUku pertama beliaun yang saya baca ialah Detektif Indigo yang dihadiahkan kepada saya. Bila, di mana, kenapa langusng saya tak ingat. Tapi ceritanya berkenaan dengan sekumpulan budak-budak yang IQ nya genius dikumpulkan dan rilatih mengikut kemampuan masing-masing untuk membantu dalam kes-kes penyiasatan. Ada betul ke? Yang pasti ceritanya lebih kurang berunsur cerita penyiasatan dan fiksyen.
Rupa-rupanya saya berkongsi minat yang sama dengan adik saya yang ketiga, Pnut.

Novel beliau yang saya temui kembali ialah Advencer Si Peniup Ney.
Apabila usia saya makin meningkat, saya mula mual dengan novel-novel cinta yang dahulunya menjadi kegilaan saya di bangku sekolah rendah dan menengah.
Saya perlukan bacaan yang lebih berat.


Buku-buku beliau membuatkan saya asyik dan mengajak saya berimaginasi dalam masa yang sama membuatkan kita berfikir. 

Sebenarnya sebentar tadi saya terbuka satu entri beliau berkaitan Palestina . Lebih daripada itu sebenarnya. Cuma saya tak sanggup melihat anak-anak hilang anggota badan, terbakar...sangat meruntun hati saya seorang ibu.
Selalu terbayang-bayang, apakah akan berlaku sekiranya negara yang 'makmur' seperti Malaysia ini akan menjadi seperti di Palestin. Apakah saya rela melihat anak saya menjadi seperti itu? Setiap melihat gambar sebegitu, air mata saya pantas mengalir. Celakalah mereka-mereka itu.


Hampir setiap malam setelah menidurkan si kecil Hariz, terpangu sebentar saya melihat wajah mulus dan suci si anak kecil saya. Apakah aku sedia melepaskan dia sekiranya apa yang terjadi di Palestin terjadi di sini? Apakah dia mampu bersendirian tanpa ku? Mengingatkan itu sahaja cukup membuatkan aku sebak. Walaupun siangnya aku penuhi dengan memarahinya kerana sibuk membuat sepah. Ah, ibu apakah aku ini? Dan setiap malam juga aku menyesali apa yang aku lakukan padanya di dinihari tadi.


Anakku,
Seandainya kemaafan tidak lagi beerti
Sekiranya masa tidak lagi dapat diundur
Tak mampu lagi ku ubah sikapmu
Salahkanlah ibumu ini nanti
Kerana membesarkan dirimu 
dengan amarahnya...
Namun,
sebelum kau menginjak remaja
akan ibu pastikan yang ibu berubah sikap
demi masa depan mu nak


Nota kaki: Cubalah baca buku beliau.


Wednesday, August 11, 2010

Happy Ramadhan


Selamat berpuasa. Mohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata dan perbuatan saya.

Tuesday, August 3, 2010

Try to be an organize one but don't know how to start?

Okeh, pagi tadi maybe termimpi2 kot sebab minggu depan dah nak puasa..and aku sedikit pening macam mana nak organize my family meals sebab pergi kerja sudah pukul 6 pagi k (noted 6 pagi ) balik rumah dan sampai dalam lebih kurang 6.30 petang. Dalam masa satu jam tu sempat tak nak masak juadah berbuka sebab incik husband a.k.a my MIB sure malas nak bersesak2 dekat pasar ramadhan (lainlah kalau dia berniaga kat bazaar ramadhan tu. itupun belum tentu dia akan beli@tapau juadah untuk kami berbuka ). huhuhu..enufff la xana bebel tu...

Back on track...so pagi ni tetiba terlintas pulak idea kalau ada timetable (cam budak skolah la pulak kan) my life should be easier and smoother during this upcoming crucial month. So i can keep track what should i cook my Hariz to his nanny and what for buka puasa. Sampai office lepas breakfast and still got some time before the actual working hours, I googled it up. And to my victory I found this great info@downloadable excel templates for many events such as new baby checklist, project schedule, time sheet, budget, calendars and a lot more. Just by using excel and words app.


Have a sneak peak and u'll find it easier to use...



ok...yang ni my fave sebab kita boleh plan meal kita dan dia share gak format excel.Click jer download nanti dia akan dan save as excel format. dalam worksheet dia ada beberapa sheet yang lain. dekat dia punya drop down menu tu kita boleh tukar ikut apa yang resipi apa kita nak masak. Ok..download dulu kalau ada apa2 masalah or tak faham boleh tanya saya k..


GOOD LUCK AND SELAMAT MENJALANI BULAN RAMADHAN!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...