Nuffnang ads

Saturday, August 21, 2010

Dalam meniti ranjau kehidupan



Selama berpuluh tahun hidup ni kan
Biasa lah..ada kala kita diatas (bese memang lupa diri enjoy sakan sampai tak hengat .Dulu la...dapat biasiswa joli. Sebab fikir lepas abis belaja tak payah bayar. Kawan2 lain belajar meminjam. Sori terkasar. Tapi itulah hakikat. )

Namun biasalah jugak bila dah susah baru nak terkenang. Dulu tak berhengat. Tak bersikap. Rase cam hidup untuk hari tu saje. Kot panjang umur tu mungkin boleh cecah sampai seratus kot. Ha, time tu xkan nak nganga je tadah tangan dan mulut untuk orang suapkan???

Kini baru lah tersedar. setelah beranak pinak, betapa ruginya masa dahulu yang disiakan. Nak diundur balik perahu dah terbabas langgar tebing sungai. Nak reverse balik sure tenggelam. Alternatifnya, kena la masuk hutan redah onak dan belukar untuk cari kayu betulkan balik mana yang rosak di perahu tu. Tergendala la sudah perjalanan kita tu. Walaupun lambat akhirnya kita akan sampai gak ke destinasi dengan jayanya.

Benar rezeki itu Allah yang bagi. Saya teringat seseorang pernah berkata. Tak ingat siapakah gerangannya lagi. Faktor usia agaknya.
'Ajal memang di Tangan Allah, tetapi jodoh dan rezeki perlulah jugak dicari sendiri. Kalau betullah ditentukan dan kita tahu, tak payah buat apa pun mesti senang hidup kan?'

Pendek kata, peringatan untuk diri saya sendiri dan mungkin sekadar di angin lalu bagi kita semua,
berusalah untuk meningkatkan diri dengan pelbagai ilmu.

Jangan diingat bila dah jadi bos besar, kita tak pernah salah. Dan tak semestinya kalau kita kuli kita selalu salah. Ada masa, kita akan belajar sesuatu daripada orang bawahan mahupun orang atasan. Cubalah mendengar, melihat dan merasa keadaan sekeliling kita. 

Biarpun lewat kita tersedar, sekurang-kurangnya adalah sikit sekelumit perasaan nak sedar tu kan.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...