Nuffnang ads

Thursday, January 27, 2011

Homemade baby wipes

I was hoping from one blog to another blog that I've been subscribe and then I found this great tip. Obviously, i'm not using baby wipes anymore since my son is almost one and a half year but it's useful when we're outing. Easy for me ( for sure ) in the middle of window shopping and the toilet does not include baby changing space (or most of my case were *smelly* baby changing space), I haste to my car and do change him in there and then back to shop.

Some might find the the baby wipes are expensive and money-drain (including me!). So, maybe this is a good tips for you to try out. 


IMG_0885IMG_0886 

 I found this [ tips ] from this lovely lady, Ann Marie from White house, Black shutters ( where I found her link in Thrifty Decor Chick ). Here is the printable copy in .pdf format [ link ]

Wednesday, January 26, 2011

Free shopping Voucher from Prudential

First of all, thank you so much, Prudential !
Semalam I dapat free shopping voucher daripada Prudential sebab join dia punya survey. Aku pun dah tak ingat apa yang aku jawab..nak trace balik  promosi tu pun da tamat kan.
Ok lah  dapat RM30 voucher Jusco...hehehe...daripada nak tunggu Nuffnang kan...traffic bukan tinggi pun.
Ni yang rasa nak sign up satu polisi nagn prudential ni..Pandai U bodek I eh Prudential...Maybe amik untuk anak ke kan...
Korang boleh lah ke laman web Prudential. Ada calculator lagi nak kira berapa yang korang budget boleh dapat masa tempoh matang, boleh calculate berapa patut korang savings untuk dapatkan figure tertentu...dan banyak lagi lah.

Apa-apa pun, terima kasih sekali lagi untuk voucher ni. Korang pun kalau ada survey-survey online yang boleh dipercayai make sure not a scam one boleh jer join. Mana tau salah satu mengena. I like survey-survey ni sebab cepat je leh layan...Thanks again!
I antara yang Top 10 eh?

Heheheheh...masyuk tak? Ala...RM30 je...but Syukur la

Tuesday, January 25, 2011

Kontezz Cik Eka : Jom Munchung2

Saje abiskan masa sebelum pulang, tengok gambar menepati citarasa contest pulak. so...apa kata kalau join Kontezz Cik Eka yang suka muncung2 tu... 
Let get started!

1. Akak antara follower terawal kan?

2. Banner? Tick...dah letak



3. Gambar ? Sat gi akak letak. Bagi eka baca dulu sume sume

4.Blog akak cer citer personal je. Kadang-kadang adalah informasi pasal baby, kesihatan, tips berguna hasil cilok daripada forwarded mail. Sebelum didelete mail tu baiklah akak share kat blog kan? Lagipun niat asal akak buat blog hanyalah untuk dokumentasi mileage Hariz ( anak akak je)...most of all..kenangan dulu, kini dan maybe impian di masa akan datang. Oh, ada jual jugak novel2 yang da bosan baca (tak laku pon) dan terbaru, projek jual flower brooch.
5.Blog da cun but akak rasa cam ada beberapa kerat bahasa tu tak berapa faham la. Akak kan orang dah berusia..hehehe...bahasa-bahasa short form remaja masa kini akak kurang faham la. But bila baca balik..ok..faham da...

6. Tag? Cam tak berapa rajin la
Jeng jeng jeng...
Gambar yang dipertaruhkan adalah
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
v

Okey..bagi besar punya....Muncung kan? Excuse my lil Hariz...Dia belum faham bahasa Melayu.

Monday, January 24, 2011

Apology Letter

Dear Bahiyah,

I apologize for not being able to attend your wedding day due to my poor child health has made me cancel my intention to attend your wedding. I was looking forward and have already set the date ( even made a special attire )to your wedding especially when the thought of  I'll meet some of my old friends (and of course meeting up with you my dear baby D*****, teasing you on your big day) but Allah knew better and I just set a plan.  Sorry again I couldn't make it dear.

I do hope that I'll see you some day. Last but not least, found a picture in your profile. You look gorgeous like you always did in school. I wish you happily ever after with your spouse. 

Since you are an English teacher, forgive me for my improper English. I always miss and love you.

P.S: I know you love kids sooo much. Then, make a lots of them. Chaiyo' chaiyo'.


Yours truly,
Syazana ('v')

Friday, January 21, 2011

My MRSM memories

Keputusan permohonan kemasukan ke MRSM dah pun keluar.
Bagi adik-adik yang berjaya, tahniah diucapkan.
Bagi yang belum dapat keputusan takpe tunggu sampai bulan 4.

Cakap pasal MRSM, akak ( eh, akak la pulak kan ) adalah bekas pelajar MRSM jugak. MRSM Lenggong jauh nun di Hulu Perak antara Grik dan Kuala Kangsar. Tempat memang heaven. 

Oh, akak dan batch akak (kemasukan ke Tingkatan 4) adalah pelajar pioneer kat situ dulu. Sebenarnya masa tu, ada dua batch patutnya.  Satu memang postingnya di MRSM Lenggong. satu lagi batch sepatutnya posting di MRSM Kuala Kubu Bharu, Selangor tu tapi disebabkan kat Kuala Kubu Baru tu belum siap so batch akak yang rata-rata dari area Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan terpaksa la menumpang di Lenggong ni.

Asal dulu MRSM Chenderoh tapi ditukarkan nama pulak.
 Tempatnya Insya Allah terbaik. Siap ada dusun lagi. Musim durian je lepas preparation class masuk dusun. Dulu lah. Sekarang tak tau apa cerita sebab reunion hari tu tak dapat pergi.


 Masa dulu akak guna sistem pointer. Sekolah biasa pun dah guna kan sekarang ni? Ingat lagi masa tu exam mid term tak dapat amik paper sebab chicken pox, paper semua kena repeat balik siap kena masuk intensive class lagi.
Sebelum masuk MRSM ni akak adalah pelajar SMKA juga. Masa tu sepatutnya budak SMKA dah tak boleh apply ke MRSM lagi tetapi nasib akak baik kot. Terlepas la jugak. Masa tu akak dapat masuk dengan keputusan PMR hanyalah 6A. Sekarang ni minimum pun 7A kan? Itupun belum tentu dapat. Tapi tips masa ambil exam kemasukan ke MRSM tu (somebody told me this la) jawab semua soalan jangan tingal satu pun. Masa akak amik exam tu ada juga kawan akak yang dapat 9A apply ke MRSM tak dapat masuk. Ikut nasib juga lah kan.
Surroundings memang berbeza. Uniform sure lain. Dulu akak baju kaler cam peach kain coklat. Sekarang ni rasa cam kain warna cam hijau pucuk pisang cair cam tu dengan baju warna putih kan? Time pendidikan jasmani dulu kena buat semua cam orang gimnastik buat. Gila betul ingatkan masa tu sebab cikgu PJ memang kelulusan khas pendidikan jasmani lulusan U di Australia lagi kalau tak silapla. Kena buat monkey bar, rolling semua tu dan beberapa benda yang tak berapa ingat dah.

Walaubagaimanapun, tak kiralah dimana korang belajar pun sekolah yang bagus hanyalah sekadar pemangkin semangat untuk terus berjaya dan dapat masuk sekolah yang bagus just a good reward for your hard work during your PMR and you deserve the best for you. You'll learn something new in new school. Make new friends. And always remember this. Good schools are not necessarily promise a bright future. You still have to go through the phase of the university/higher education. 

But, the bright future always come from our own hard work no matter how high you have been studied, how many A's you've scored...how worst your result were...


Looky looky looky...semoga berjaya di mana jua korang belajar.


Gambar semua di googled.

Semakan kemasukan ke MRSM



Klik SINI untuk semakan permohonan kemasukan ke Tingkatan 1
Klik SINI untuk semakan kemasukan ke Tingkatan 4

Bagi yang berjaya tahniah. Bagi yang belum terima apa-apa keputusan tunggu sehingga April tahun ini.
Klik pada banner untuk pautan terus ke laman MRSM.

Wednesday, January 19, 2011

JOM GEGAR BLOG


Jom join segmen terbaru Encik Ben. [klik sini] untuk join.

Tuesday, January 18, 2011

When mom and son were boring


waiting for the Dad...all we did is CAM WHORING!


Play the Doctor
Kiss the patient...don't afraid with the Doc la...

Show your teeth! Excus my teeth...
Hey dude..show me your teeth la!

Oh...let get cool off...

Growing up and tall BUT still baby at heart

The toy showing in the picture below is not suitable for kid over 15kg.. 

BUT


My baby brother and my son....*speechless*

Hariz and Paksyu...hurmmm..

someone aged 14 still feel baby at heart...excuse him for during his baby age, this toy has yet to release...how lucky the kids are now

Young Rider@Biker

First time he managed to press the foot pedal that night. And he went like 'yuhuuu...i made it at last!'..

Overjoy...by an advertise on telly

Oh, how i love this pic. taken by my 3.2mp sony camera phone


Yeay! I did it..I dit it...I DID IT! Sorry for the quality...using my husband 2.0mp cameraphone

Boy AND Steering...

ARE INSEPARABLE.

No need coin. All he needs just A STEERING

Same with this...

And AGAIN!
Whenever Dad is out of the car...He takes charge for the steering

Cam whoring..also in front of it
I feel so blissful when I touch my favorite thing

I have proofs I tell ya'

Friday, January 14, 2011

Friday Joke

Why didn't skeleton go to the party?



Because he has no body to go with

Press [Ctrl+A] OR right-click  then SELECT ALL for the answer.

You can get this joke from learnenglishkids

Thursday, January 13, 2011

How to tie a tie?

To all guys out there...here I'm sharing with you this great info. (My dear husband please take note).
I'm sure some of you still need your wife to tie your tie. Just keep your wicked smile...

I prefer four in hand because it simple but my dad taught me ( in my preliminary school days) the half windsor style. So, what is yours?

The buried life

I managed to catch this show last night at 8tv. This reality show is about a group of four guys attempting to complete '100 things to do before they die'. Last night show were about their attempting to tell a joke on late night television. They went to David Letterman, and two other places ( I can't remember them)...Within the same time, they try to help a man who was blinded by a motorcycle accident re-live his favorite childhood pastime which is horse riding. This show give me idea...

The Buried Life logo.jpg
Series promotional logo. From left to right:
Duncan, Ben, Dave, and Jonnie.
 
Maybe I should go for 50 things to do before I reach 30??? 

Counting on the days

It will be more or less than two weeks he will be leaving us.
I have to be ready. Stop it la Xana. He's still around this peninsula la. Just around 78 km away from our lovely house. Eh? WTHeck?

Sakit kepala

...tengok figure banyak-banyak sampai 7 angka ni. Kadang-kadang terlebih-lebih sampai kalkulator pun tak muat nak kira.
Alangkah bagusnya kalau amaun itu yang ada dalam akaun bank aku..hehe. Oh, tiada unsur-unsur khianat di sini ye. Insha Allah aku janji tu masih aku ingat...

Wednesday, January 12, 2011

Gigi kau tak cantek pun walaupun mak kau nurse gigi!

Maybe itulah kebanyakan kawan2 aku cakap (dalam hati je kot) sebab tak pernah dengar derang sound direct (atau aku dah explain kenapa gigi aku tak berapa cantek?).

Kalau korang perasan gambar kat profile tu ada cam tak berapa tersusun sikit gigi tu. Belah kiri semua ok cuma tang belah kanan tu untuk upper/bahagian gigi atas aku punya lateral incisor ( dari dua gigi depan/central dan sebelum gigi canine/taring) tu cam ke dalam sikit. Problemnya maybe sebab baby teeth aku lambat cabut.
Lower problem same case belah gak,  lateral incisor aku gak cam terkedepan. Canine aku cam terkedalam sikit, dan first premolar/first bicuspid cam tak align. Ketiga-tiga aku di bawah tu tak sama align dengan yang lain.

Alkisahnya, memang mak aku dah refer kat dentist ni untuk buat braces la masa aku form 1 kalau tak silap. But ended up doctor tu kata tak payah sebab gigi cam aku ni PEMANIS MUKA... He claimed that!!! Actually doctor tu pun dah arwah dah. Muda dalam 40an camtula tapi ada masalah jantung kot sebab dia 'pergi' selepas terjatuh daripada main bola sepak.

Disebabkan itu, gigi aku remains like that sebab doktor tersebut tak bagi aku pakai braces as i look cute with teeth like this. Aku sorang je gigi tak elok as my second sis gigi dia memang lawa semulajadi but ada stains sket sebab di suka minum milo, third sis baru lepas tanggal braces (dianya disorder gigi tu lagi teruk so kena buat sebab dagu dia jd senget) but lepas cabut braces pun dagu dia remains senget skit mungkin sebab habit dia dulu-dulu suka giggles kot...nak align balik kena buat jaw alignment...hehe..pandai2 je aku. Adik bongsu lelaki aku dia just cabut canine ke gigi molar die tah aku pun tak sure then dia pakai cam retainer masa umur dia 12 tahun kalau tak silap aku. Terus gigi tu cantik je tak payah pakai braces. Lagi muda korang refer lagi senang gigi tu nak align balik. Tah berapa banyak align daaa aku guna.

Gigihnya aku edit guna paint tahap nak tunjuk kat korang.    

Pendek kata, sesiapa yang ada anak tu masa umur dia dalam 11/12 tahun rasa susunan gigi anak tak berapa cantik terus refer kat mana-mana klinik gigi. Kalau kerajaan boleh pakai gl, maybe tolak bulan2 atau time dapat duit graduiti tu..heheh...

Tuesday, January 11, 2011

The birds

http://farm4.static.flickr.com/3658/3362683790_f40f086222.jpg
pic : googled
 
I always envy the birds
They could fly freely 
Make beautiful chirping sounds
Birds also the first animal that Hariz, my son can tell
And his expression is like 'whoaaaa...birds!'
whenever he sees a flock of birds fly back to their nest when the dusk arise
It's like the freedom belong to them
I wish I am a bird
But, being a human is the most grateful thing ever

Monday, January 10, 2011

Bahaya Rawatan Fish Spa


http://4.bp.blogspot.com/_5R1ybpzs3n8/TRRaZUXMVfI/AAAAAAAAGKY/jiZLKju7__E/s400/fish.jpg

Kementerian Kesihatan UAE memberi amaran bahawa rawatan kaki/kulit alternatif/kosmetik yang menggunakan ikan seperti yang dipaparkan pada gambar di atas boleh menyebarkan penyakit bahaya.

Akhbar Al Khaleej yang memetik kata-kata Dr Amin Al Amiri, “Penggunaan ikan-ikan sebagai rawatan boleh mendatangkan mudarat kepada orang ramai kerana rawatan ini boleh menyebarkan penyakit termasuk hepatitis dan AIDS/HIV.”

Tambah Dr Amin, “Sesetengah orang mungkin mengalami penyakit berbahaya dan virus pada luka mereka akan mudah dipindahkan kepada orang lain melalui ikan dan air.”

Prosedur rawatan yang dibangunkan di Turki ini digunakan untuk merawat kulit termasuklah penyakit psoriasis.

Pesakit/orang ramai dikehendaki meletakkan kaki di dalam sebuah kolam kecil yang berisi ikan kecil (ikan garra rufa atau ikan chin chin). Ikan-ikan ini akan “memakan” sel-sel kulit yang telah mati pada kulit pesakit.

Untuk makluman, rawatan kaki menggunakan teknik ini diharamkan di 14 buah negeri di Amerika Syarikat

sumber : forwarded email

Tolong Ingatkan Aku...

Semalam tengok AJL. TAh..tak budget sesiapa pun menang. Banyak sangat gimik sampai tak tau tu rancangan pilih kasih ke pertandingan nyanyian. Apa-apapun , aku hanya nak tengok Zahiril Adzim masa lagu Tolong Ingatkan Aku. Hehehehe...*malu* Aku suka dia ;-) ....


Apa-apapun aku nak paste di sini cerpen pertama Faisal Tehrani untuk tahun 2011 yang keluar di Utusan pada hari Ahad lalu. Tampalan ini sekadar untuk ingatan dan rujukan aku di masa akan datang.

Wikifiqh

KAMI akan menceritakan kepada kalian satu persatu. Kata Saidina Abu Bakar, 'Pada setiap buku terdapat rahsia, dan pada tiap-tiap rahsia itu ada dalam al-Quran dan ia terkandung pada huruf-huruf pembukaan setiap surah.'
Kami akan menceritakan. Supaya kalian dapat pengajaran. Pada suatu malam yang gelita Tuan Presiden didatangi seorang lelaki yang tampak sungguh berwibawa. Ia mengenakan jubah putih santan, dengan serban hitam yang gelap ibarat malam tanpa bintang, di tengkuknya terlilit kain hijau daun pisang. Janggut lelaki tersebut lebat tetapi rapi. Matanya bening berkaca-kaca, menambah mendung pada wajah. Di tangan kanannya memegang al-Quran. Lelaki misteri itu menjelma dalam mimpi Tuan Presiden sambil memesan, "Himpunkan ilmu-ilmu yang ada di dalam kitab suci al-Quran untuk tatapan."
Maka Tuan Presiden pun memanggil sekian ramai bijak pandai, ilmuwan, ahli falsafah, ulama, sarjana, ahli akademik dan pujangga untuk melancarkan sebuah projek yang ia namai: Wikifiqh.
Dalam sidang akhbarnya selepas penubuhan Majlis Penggubalan Wikifiqh tersebut, Tuan Presiden memberitahu, "Kita hidup tidak lama. Kita perlu mewariskan sesuatu yang mega untuk generasi hadapan."
Projek Wikifiqh itu mendapat sambutan seantero dunia. Sungguh ramai ulama dari dunia Islam datang mencebur diri. Mufti al Azhar dan alim Universiti Madinah turut serta. Seluruh sarjana empat mazhab bergotong royong menjayakannya. Dana yang tiba juga mencurah melimpah sehingga setiap ahli Majlis Penggubalan Wikifiqh tersebut kekenyangan. Wikifiqh akan menjadi jawapan buat segala soalan. Sembilan puluh sembilan hari kemudian, Wikifiqh siap. Menanti dirasmikan.
Sekali lagi lelaki yang tampak sungguh berwibawa tampil dalam tidur Tuan Presiden. Kali ini ia mengenakan jubah hitam bukat, dengan serban hitam yang gelap arang, di tengkuknya terlilit kain merah warna darah. Janggut lelaki tersebut lebat dan kerusut. Matanya memerah saga menonjolkan kedukaan pada wajahnya yang berlumur debu. Di tangan kanannya memegang al-Quran. Lelaki misteri itu bersuara, 'Masih ada yang belum lengkap. Perhatikan pada Kaf, Ha, Ya, Ain, Shad di awal surah Maryam.'
Tuan Presiden tidak berani melancarkan projek ilmu Wikifiqh tersebut. Selagi ia tidak menemukan rahsia sebenar Kaf, Ha, Ya, Ain, Shad. Akan tetapi Pengarah Pilihan Raya Parti percaya Tuan Presiden mesti membuka laman tersebut kepada khalayak, kepada rakyat, kepada seluruh dunia. Menurut Pengarah Pilihan Raya, "Sudah tiba masanya dunia mengetahui kebenaran Islam. Bukankah Tuan Presiden mahu membantu barat menghapuskan Islamofobia?"
Tuan Presiden enggan. Akan tetapi Pengarah Pilihan Raya berjaya meyakinkan Tuan Presiden bahawa di tengah-tengah kancah inflasi, kenaikan harga barang, tiada lagi pemberian subsidi, dan kemelut siasah; hanya Wikifiqh sahaja yang akan menjamin Tuan Presiden menang pilihan raya dan terus memerintah. Projek Wikifiqh adalah mercu tanda pemerintahan Tuan Presiden.
Ensiklopedia
Maka demikianlah Wikifiqh dilancarkan. Pada ensiklopedia tersebut rahsia Kaf, Ha, Ya, Ain, Shad dijelaskan sebagai "huruf-huruf Muqaththa'ah". Adalah huruf muqaththa'ah tidak diucap sebagai bunyi huruf yang disyakali. Huruf muqaththa'ah dibaca dengan huruf yang merangkai. Ini kerana ia datang dalam bentuk huruf hijaiyah seperti alif, lam, mîm, shad, ra', kaf, ha', ya', ain, tha', sin, ha', qaf dan nûn dan jumlahnya empat belas yang bererti separuh dari seluruh huruf hijaiyah. Pada bahagian Wikifiqh di awal surah Maryam itu dihuraikan; bahawa huruf muqaththa'ah adalah potongan ayat yang termasuk dalam ayat mutasyabih yakni tidak ada seorang pun mengetahui ertinya. Huruf muqaththa'ah hadir dalam beberapa bentuk dan di banyak tempat pada al-Quran.
Mengapa lelaki misteri itu mesti menekankan lima huruf yang terdapat pada surah Maryam itu? Mengapa misalnya tidak disebutkan pada surah Shad, Qaf, dan al-Qalam. Kenapa tidak dipersoalkan huruf-huruf pembukaan pada surah-surah hawamim iaitu surah-surah yang dimulai dengan huruf ha' dan man iaitu pada surah Ghafir, Fushshilat, Al-Syura, Al-Zukhraf, Al-Dukhan, Al-Jatsiyah, dan Al-Ahqaf? Atau mungkin sahaja huruf Muqaththa'ah pada Al-Baqarah, Ali Imran, Al-'Ankabut, Al-Rum, Luqman, dan Al-Sajadah. Atau pada awal surah Al-A'raf dan surah Al-Ra'd.
Tuan Presiden mendapati lima huruf pada surah Maryam itu muncul pada surah yang menyinggung persoalan penganut agama Kristian. Adakah Kaf, Ha, Ya, Ain, Shad dapat menjadi formula penyelesaian pertembungan peradaban barat iaitu Kristian dan dunia Islam? Tuan Presiden pun mengambil masa satu malam menekuni perenggan Wikifiqh pada surah Maryam tersebut. Ia mendapati semua ahli tafsir menyerah kalah pada rahsia huruf-huruf muqaththa'ah itu. Misalnya kata Ibnu Qutaibah, tidak ada seorang juapun yang mengetahui takwilnya melainkan Allah. Ibnu Katsir mencuba-cuba menafsir, dengan mengatakan huruf-huruf tersebut merupakan nama-nama Allah. Misalnya alif lâm mîm itu bererti ana Allah a'lam (Aku Allah lebih Maha Mengetahui); alif lâm mîm râ yang bererti ana Allah a'lam wa ara (Aku Allah lebih Maha Mengetahui dan Melihat). Akhirnya, setelah sekian himpunan ahli tafsir itu dibaca, Tuan Presiden Wikifiqh merumuskan: Tiada siapa yang memahami Kaf, Ha, Ya, Ain, Shad. Allah yang lebih tahu apa erti huruf-huruf itu.
Suatu malam, lelaki berwibawa kembali tika tidurnya. Ia masih mengenakan jubah hitam, serban hitam seraya melilit kain merah di leher. Lelaki itu bersuara, "Mahukah kau aku dedahkan rahsia di sebalik Kaf, Ha, Ya, Ain, Shad di awal surah Maryam."
Tuan Presiden yang kelu lidahnya cuma berupaya mengangguk.
Lelaki berjambang lebat hebat itu bertanya lagi, "Sebagai muslim apakah sumber rujukanmu?"
Tuan Presiden menjawab yakin, "Al-Quran dan sunah Rasulullah SAW."
Lelaki tersebut masih mengasak, "Setelah ketiadaan Rasulullah SAW siapakah yang dapat menafsirkan al-Quran?"
Tuan Presiden terdiam. Kemudian ia menjawab ragu-ragu, "Para ulama. Mereka pewaris Nabi."
Lelaki tersebut menggeleng. "Sedangkan Kaf, Ha, Ya, Ain, Shad pun mereka gagal menafsirkannya. Pernahkah engkau membaca hadis sahih tentang Saidina Ali, selaku pintu ilmu? Dari Ibnu Abbas yang berkata Rasulullah SAW bersabda 'Aku adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya dan siapa yang hendak memasuki kota itu hendaklah melalui pintunya.' Nah tahukah engkau apa kata Saidina Ali tentang mereka yang mencuba-cuba menafsir al-Quran?"
Tuan Presiden tidak menyahut.
"Kata Saidina Ali, al Mushaf bayna daftay al-kitab la yanthiq, wa innama yantihiqu bihi al-rijal. Iaitu al-Quran itu bisu, ia diberi suara oleh penafsir."
"Jika begitu, jawapanku tadi benar?" Tuan Presiden memberanikan diri berhujah.
"Jawapanmu salah. Kerana itulah al-Quran ditafsir sesuka hati di zamanmu. Kerana itulah kerajaan pimpinanmu tidak dapat mengunggul. Kata engkau tadi, sumber ilmu umat Islam ialah al-Quran dan hadis. Saat aku bertanyakan siapakah yang dapat menafsir al-Quran sesudah ketiadaan Rasulullah SAW engkau tiada dapat menjawab. Ketahuilah al-Quran itu melekat bersama ahlul bait. Daripada Abu Sa'id al-Khudri bahawa Nabi saw telah bersabda pada Haji Wida': "Wahai manusia aku seakan dipanggil (oleh Allah) dan saatnya telah semakin hampir untukku menjawab panggilan, aku tinggalkan kepada kalian dua perkara berat (tsaqalain): Kitab Allah dan itrahku, Ahlul Bait. Sesungguhnya Allah Yang Maha Mengetahui telah memberitahu kepadaku bahawa kedua-duanya tidak akan berpisah sehinggalah menemuiku di telaga. Maka perhatikan apa yang kalian lakukan kepada mereka selepas peninggalanku.' Adakah engkau membuka pintu hatimu?"
Tukang sapu
Tuan Presiden tidak berkelip.
"Yang berhak menafsir al-Quran ialah ahlul bait sesudah ketiadaan Rasulullah SAW. Bukan yang lain. Merekalah yang mengetahui tiap rahsia al-Quran. Mereka pintu ilmu Jika engkau ingin mengetahui rahsia Kaf, Ha, Ya, Ain, Shad, esok siang engkau tanyakan kepada tukang sapu sampah di pejabatmu. Ia lelaki yang putih matanya kerana banyak menangis. Namanya Yaakub." Ujar lelaki berwibawa sebelum berlalu dari mimpi Tuan Presiden.
Keesokan hari, Tuan Presiden membatalkan semua acara yang diatur pembantunya. Ia masuk ke dalam kamar kerja dan memesankan, "Carikan kita seorang tukang sapu bernama Yaakub."
Tidak berapa lama kemudian, tukang sapu buta itu dihadirkan ke pejabat. Tuan Presiden menggeletar. Inilah lelaki yang muncul dalam mimpinya sekian lama. Cuma, cuma ia cacat penglihatan. Cuma, cuma pakaiannya compang-camping dengan tangan kanannya memegang penyapu.
"Apakah rahsia Kaf, Ha, Ya, Ain, Shad?" Soal Tuan Presiden menggigil kepala lutut.
"Ia adalah satu rahsia untuk satu kebenaran. Begini, saat Allah berfirman kepada nabinya Zakaria dari keturunan Yaakub. Bahawa Nabi Zakaria a.s. memohon Allah mengajarkan nama-nama yang dapat memadam kesedihannya ekoran ia tidak punya zuriat. Hadirlah Jibrail mengajarkan nama-nama; Muhammad, Ali, Fatimah, Hasan dan Husin. Setiap kali Zakaria menyebut-nyebut nama Muhammad, Ali, Fatimah, Hasan ia akan sentiasa berasa aman; akan tetapi saat ia menyebut nama Husin, hatinya kembali gundah gulana. Maka Zakaria pun bertanya kepada Tuhannya, 'Apakah sebabnya hatiku ini akan berasa sebak duka dan bertangisan-tangisan tatkala nama Husin disebutkan?' Maka Allah pun menyebutkan huruf-huruf muqaththa'ah Kaf, Ha, Ya, Ain, Shad. Adalah Kaf itu Karbala, Ha itu adalah Halakal 'ithrah iaitu terbantainya keluarga suci Nabi SAW, ia itu Yazid, adapun Ain itu adalah 'Athsyal Husin atau dahaganya al-Husin di Karbala sementara Shad bermaksud Shabruhu iaitu kesabarannya al-Husin. Sebaik mendengar kisah penuh yang menimpa Saidina Husin di Karbala, Nabi Zakaria a.s pun menangis dan meratap'.
'Nabi Zakaria berdoa mengenang musibah yang dihadapi keturunannya Nabi Muhammad SAW, "Ya Allah, apakah makhluk termulia-Mu dan kekasih-Mu, puteranya akan mengalami musibah seperti itu? Apakah musibah seperti ini yang bakal menimpa mereka? Apakah Ali dan Fatimah berduka cita seperti aku ini? Ya Allah, pohonku, kurniakan kepadaku seorang putera yang membahagiakan hatiku di masa tuaku, serta jadikan dia sebagai pewaris dan penggantiku. Setelah Engkau kurniakan anak itu kepadaku, timpakan kepadaku musibah sebagaimana yang dialami oleh kekasih-Mu Muhammad sehubungan dengan puteranya Husin. Maka Allah pun menganugerahinya anak, Nabi Yahya a.s. Duhai, duhai kita pun tahu musibah Yahya disembelih Hirodus. Bahawa kepala suci Yahya diarak dan dilempar-lempar untuk memuaskan hati Herodia. Duhai, duhai petaka menimpa. Demikianlah Zakaria menanggung derita kehilangan anaknya. Demikian ia merasai pedih Nabi Muhammad SAW menanggung pembunuhan Husin di Karbala.
Bercucuranlah, teresak-esak menangis Tuan Presiden mendengar kisah tukang sapu tersebut. Barulah ia mengerti hubungan Kaf, Ha, Ya, Ain, Shad dengan inti surah Maryam tersebut. Barulah serasi huruf-huruf terpenggal, huruf-huruf muqaththa'ah Kaf, Ha, Ya, Ain, Shad tersebut dengan ayat kedua surah Maryam:
'(Ini ialah) perihal limpahan rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad), kepada hambaNya Zakaria.' Dan ayat-ayat seterusnya: (Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Zakaria berdoa kepada tuhannya dengan doa permohonan secara perlahan. Ia merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang-tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan aku - wahai Tuhanku - tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepada-Mu. Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas agama sepeninggalanku; dan isteriku pula adalah seorang yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisi-Mu seorang anak lelaki. Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub; dan jadikanlah dia - wahai Tuhanku seorang yang diredai serta disukai. (Nabi Zakaria diseru setelah dikabulkan doanya): 'Wahai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberikan khabar yang menggembirakanmu dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya, yang kami tidak pernah jadikan sebelum itu, seorangpun yang senama dengannya".
Ketika itu fahamilah juga Tuan Presiden tali-temali Kaf, Ha, Ya, Ain, Shad tersebut dengan ayat 75 dan 76 surah Maryam juga, iaitu 'Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesiapa yang berada di dalam kesesatan, maka biarlah (Allah) Ar-Rahman melanjutkan baginya satu tempoh yang tertentu, hingga apabila mereka melihat apa yang dijanjikan kepada mereka, - sama ada azab sengsara dunia ataupun azab kiamat, maka (pada saat itu) mereka akan mengetahui siapakah orangnya yang lebih buruk kedudukannya dan lebih lemah penyokong-penyokongnya. Dan Allah akan menambahi hidayah petunjuk bagi orang-orang yang menurut jalan petunjuk; dan amal-amal yang baik yang tetap kekal faedah-faedahnya itu, lebih baik balasan pahalanya di sisi Tuhanmu dan lebih baik kesudahannya'.
Tahulah Tuan Presiden sekarang kebenaran berada dalam rahsia yang tersembunyi. Kebenaran mesti dicari dan dibongkar dengan hati terbuka. Dan kesesatan mungkin sahaja berpanjangan untuk satu tempoh yang entah berapa lama. Sehingga ada hidayah dan petunjuk datang daripada-Nya.
Begitulah, kami sudah menceritakan kepada kalian satu persatu. Tidakkah kalian perhatikan?
 

Beli minyak masak online

Sabtu lepas dengan sangat berbesar hati pergi lah beli barang-barang keperluan bersama dengan ibu mertuaku.
Fist hunting, susu Hariz kat Tesco murah. Off we went there...mak mertua aku survey minyak masak...licin licaoo wa cakap lu...
Pastu bawak lah dia ke Econsave sebab dia biasa beli barang-barang dapur kat sana. Aku pun nak membeli gak sebab sayur kat rumah lama dah tak makan sebab kurang rajin aku nak ke pasar seminggu dua yang lepas.
Alang-alang masuk ke Econsave, jom la kita budget2 save sekali...Aku cari sayur, bawang besar dan putih...dok berebut2 aku pun tak tau kenapa sampai mak mertua aku aku cakap bawang pun dah mahal. Nasib kat situ RM 3 lebih. Tu yang berebut2...rupa bawang nye tak la cam fresh from oven tu tapi boleh lah..buang la mana yang busuk2 tu...
Lagi, ke rak minyak masak lah kita. Licin gak untuk botol2 yang biasa aku beli tu. Hampa la mak mertua aku. Aku ok je sebab aritu baru beli. Nasib baik la ada yang peket punya tapi itupun lipit 2 peket sorang. Pakat2 ngan mak aku, dia amik dua, aku amik dua. Semua tu untu mak aku. Hehehe...Naseb tak suruh laki aku masuk beratur nak bayar sama.

Aku rasalah kan...sape2 yang buat jual minyak masak online confirm laku. Tak kisahlah tambah harga pos sekali pun. Saat2 genting ni...orang sure tak kisah berapa harga punya lah kan? Tambah2 yang berniaga sebab diorang pun boleh kasi up giler harga makanan diorang. Yang merana, kita2 yang gaji tak seberapa ni. Aku rasa purchasing power kita bab-bab keperluan ni memang tinggi tapi tak faham kenapa harga perlu naik unless kekurangan bahan tu..tapi kita kan produce minyak masak...so aku jangka minyak masak yang diproduce tu melebihi la keperluan pengguna di Malaysia ni kan? Entahlah..aku amik economy pun sepenggal kat U je...itupun dapat A-...

Apa kata korang? Sasape yang yang ada kebun sawit tu produce sendiri sudah minyak masak tu. Takpun buat brand sendiri jual online aje. Oh, mintak abah buat camtu lah..hehehe

Thursday, January 6, 2011

He will be away...again :(

Soon or sooner
He will be leaving us again
This time...longer than the previous one
Then he maybe comes back
For a day or two then back to the place that he has been posted
I don't know how will i cope this time
With kid...have to woke up very early in the weekdays
Spend the weekend with just two of us...
Can I be strong like i used to?
Can I be independent again?
To You, The Greatest
I seek the strength...to get through the days/months without him

Mood kerja, mana kau pergi?

Patutnya tahun baru dengan azam baru...nak kerja lagi gigih...tapi entah ke mana hilangnya Mood Kerja aku tah ni. Cakap ngan FSB aku nak self employed confirmlah ditolak mentah-mentah. Lainlah kalau dia tu hurmm CEO ke CFO ke COE multinational company ke kan....Boleh la mintak jadi sponsor aku kan...
Tapi takpelah...bersyukur lah dengan rezeki walaupun seciput. Kalau takde yang seciput takdelah yang bergunung-ganang tu kan.

Back to my Mood Kerja tu, maybe sebab aku dah bosan kot dengan surrounding yang langsung tak welcoming ni. I don't really mind with the rules and regulation but with some people. Yeah..that's normal la kan kat semua tempat kerja pun. Bukan aku kisah sangat dengan perangai buruk ko tu ke hape...
Susah sangat ke nak say THANK YOU when we did what have you asked for? Just say thanks...at least I know that someone appreciate my hard works...walaupun aku tau benda tu la yg kau guna untuk buat pembentangan nanti but kerja tu still la kerja yang aku buat...nak suruh naik gaji confirm la susah kan...

I want a THANK YOU je...pun susah? Mulut busuk sangat ke nak cakap???

Personal Notes untuk Hubby : Bang, serious ni..i dunno whether i can stay like this for the next 33 years...I can't even stand  for +- 3 years!

Wednesday, January 5, 2011

Nissan's New Teana


PETALING JAYA: Nissan’s newly launched Teana is poised to make a strong challenge in the local Japanese executive sedan segment that is now dominated by the likes of Honda Accord and Toyota Camry,
Featuring modern styling, improved ride comfort and thoughtful interior appointments, the Teana promises owners  a new dimension of hospitality, comfort, quietness and roomy interior.
But perhaps the biggest surprises at the Tuesday morning launch were the prices, which begin from RM138K.

The Teana’s name is coined from the Native American word meaning "dawn," denoting the beginning of an all-new modern luxury sedan.



The current generation Teana’s luxurious appeal has won over many customers and is currently the best-selling vehicle in its class in China.
For the Malaysian market, the Teana will be sold with three engine options - the 136bhp 2.0- and 182bhp V6 2.5-litre that are assembled in Tan Chong Motor’s Serendah factory and the 252bhpV6 3.5-litre that is fully imported from Japan.
These engines are mated to Nissan’s Xtronic continuously variable transmission with adaptive shift control (ASC) for seamless gearshifting.





Standard items across the variants include engine start/stop button, dual-zone auto air-conditioning system, six-CD changer with six speakers audio and AUX-in and MP3 support, interior mood lighting, triple meter cluster with integrated Multi Information Display and audio/cruise control buttons on steering wheel.
Among the items reserved for the higher-end versions include powered front seats, Intelligent Key (i-Key), ventilated driver and front passenger seats, Ottoman-style legrest support for the front passenger and panoramic sunroof.
Meanwhile, safety features for all variants include dual front airbags, active front headrests, anti-lock braking system, electronic brakeforce distribution and brake assist.



The V6 2.5- and V6 3.5 grades will get additional vehicle dynamics control with traction control and Xenon headlights with auto leveler.
Available in Deep Amethyst Grey, Tungsten Silver, Sapphire Black, Chardonnay Gold and Brilliant White, the Pearl White, Bordeaux Red and Luna Blue are exclusive for the 3.5-litre V6 only.
The 2.0-litre Comfort variant comes at RM138,000 (on-the-road with insurance), the 2.0-litre Luxury at RM142,000, the 2.5-litre V6 Premium at RM168,000 and the Japanese fully-imported 3.5-litre V6 Exquisite at just below RM250,000.
All variants are also offered with a three-year or 100,000 km (whichever comes first) warranty and Edaran Tan Chong Motor's confidence is reflected in the pre launch response.

"I am very happy to reveal that our showrooms across Malaysia have received bookings of more than 1,000 units for the all-new NIssan Teana," said Datuk Tan Heng CHew, executive deputy chairman of Tan Chong Motor Holdings Bhd at the launch.

Cabin-1-.JPG

Hukum berkaitan telur binatang

Saya bukanlah pakar dalam bidang hukum hakam agama ini. Tapi forwarded email yang saya terima terima semalam ingin saya kongsi bersama. Sebarang persoalan sila rujuk pada yang pakar.

Al-Imam Jamaluddin Muhammad bin Abd Rahman al-Ahdal rahimahullah (1277H- 1352H)menyebutkan di dalam kitabnya عمدة المفتي و المستفتي mukasurat 31 bahawa al-Imam Ibn Hajar al-Haitami rahimahullah telah menyebutkan di dalam kitabnya تحفة المحتاج berkenaan telur segala jenis binatang(sama ada binatang tersebut jenis yang halal dimakan atau tidak) adalah halal dimakan.

Tetapi jika telur tersebut beracun seperti telur ular maka hukumnya adalah haram dimakan kerana bahaya yang terdapat padanya.Ini seperti yang disebutkan oleh al-Imam Qalyubi rahimahullah.

Manakala permasalahan berkaitan telur ayam pula terdapat perbahasan yang terperinci dilakukan oleh al-Imam Nawawi rahimahullah (631H-676H)di dalam kitab Majmu’.Saya akan bahaskan perkara ini mengikut tajuk seperti berikut:


TELUR YANG TERDAPAT DALAM PERUT AYAM YANG TELAH MATI

Terdapat tiga pendapat para ulama bermazhab Syafie di dalam perkara ini:

1. Jika telur itu telah keras kulitnya di dalam perut ayam tersebut maka hukumnya adalah suci.Manakala jika ianya masih lembut @ lembik maka hukumnya adalah najis.Ini adalah pendapat yang dipegang oleh Jumhur ulama bermazhab Syafie seperti al-Imam Mawardi,al-Imam Ruwiyani ,al-Imam al-Syashi, al-Imam Syirazi, al-Imam Nawawi dan lain-lain rahimahumullah.

2. Pendapat kedua mengatakan bahawa apa sahaja keadaan telur tersebut maka ianya tetap dihukumkan bersih.

3. Pendapat ketiga mengatakan bahawa apa sahaja keadaan telur tersebut maka ianya tetap dihukumkan najis.

Menurut al-Imam Nawawi rahimahullah, kulit telur ayam tersebut(yang telah mati itu) dihukumkan najis tanpa sebarang perselisihan pendapat dikalangan para ulama.Ini bermakna kita perlu membasuhnya terlebih dahulu sebelum memakan telur yang diambil daripada perut ayam yang telah mati.


Manakala telur ayam yang keluar daripada ayam yang masih hidup ,adakah kulit telur tersebut dikira najis?


Menurut al-Imam Nawawi rahimahullah,terdapat dua pendapat di kalangan para ulama bermazhab Syafie di dalam masalah ini.

Pendapat pertama menyebutkan bahawa ianya adalah najis
dan pendapat kedua menyebutkan bahawa ianya adalah suci.

Jika kita berpegang dengan pendapat yang pertama di dalam masalah ini ,maka kulit telur tersebut perlu dibasuh terlebih dahulu.Manakala jika kita berpegang dengan pendapat yang kedua ,tidaklah perlu untuk kita membasuhnya.

Perlu diingat,ini adalah jika tiada sebarang najis yang kita nampak pada kulit telur tersebut(maka kita boleh mengikut mana-mana sahaja pendapat yang telah kita senaraikan sebelum ini).Tetapi jika terdapat najis pada kulit telur tersebut ,maka ianya perlu dibasuh terlebih dahulu ,kerana kita bimbang akan termasuk sedikit najis tersebut ke dalam telur yang kita ingin masak.

Sikap berjaga-jaga amatlah dituntut di dalam masalah ini.


Semoga semua sidang pembaca dapat mengamalkan dengan baik.

Rujukan:

1. Al-Majmu’ Syarah Muhazzab oleh al-Imam Abu Zakaria Muhyiddin al-Nawawi jilid 1 mukasurat 132 cetakan Darul A’lam al-Kutub.

2. Umdatul Mufti wal Mustafti oleh al-Imam Jamaluddin Muhammad bin Abd Rahman al-Ahdal jilid 1 cetakan Darul Hawi.


sumber : halaqah

Monday, January 3, 2011

How to make the prettiest ponytail

Ponytail should be great on me with kid at home BUT...i have no long enough hair...
I'd like to share this with you.
Clich [here] or Shakira image for the illustration. Let's ponytail-ed our hair!



Source: cosmopolitan.com

New resolution for year 2011

  1. Pagi tadi tempat duduk dalam bas pekerja sudah di shift ke depan. So, boleh turun awal la balik nanti. Sangat bagus untuk permulaan di tahun baru...
  2. FBS took leave jaga anak sebab his nanny cuti hantar anak ke sekolah. Good sign sebab lepas ni boleh suruh FBS amik leave lagi untuk handle the little soldier tu. I boleh simpan cuti untuk buat umrah. Hehehe. Berangan dulu nih.
  3. Kerja? Harap dapat finalkan permohonan untuk berpindah ke mana. Selagi masih diawang-awangan selagi tu aku kena bangun awal pagi sesangat...hehehe
  4. Amik peperiksaan awam. Cara cepat nak naik pangkat. Kira-kira akan berkhidmat selama 34 tahun takkan nak dok di takuk tu je kan. Kot dapat naik awal boleh lah bersara awal.
  5. Tambah anak? Perancangan sudah ada. Tapi tunggu the little soldier growing up a bit, boleh bercakap dan boleh di potty trained. Setakat ni suruh apa dah boleh harap dah..cuma sekali dua je mendengar arahan lepas tu manja berlebih...
  6. Maybe my first award tahun ni??? Oh, kena start cari cara bodek bos la pulak..hahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...