Aku terbaca status sorang ni.
Katanya KERETA ini KEHENDAK. BUKAN KEPERLUAN.
Katanya lagi, kalau tak mampu tak perlu berkereta.
Orang yang cakap ni mungkin dah kaya sangat. So memperlekehkan orang yang berkemampuan.
Bagi tau aku macam mana aku yang duduk di Nilai nak pergi kerja di Putrajaya.
Bas? Wujud ke? Pukul berapa aku nak bangun kalau wujud pun. Anak aku nak hantar ke rumah pengasuh pukul berapa. 5 pagi? Common sense derrrr
Teksi? Satu km berapa rm eh? Aku agak-agak jarah rumah aku ke pejabat lebih kurang 38km. Darab tengok. Darab lagi dengan tambah tolak 20 hari aku bekerja. Berapa dah? Bentangkan kat aku. Berapa banya beza dengan sewa rumah aku dengan kos petrol aku pergi balik. Berapa aku jimat dengan bawak kereta sendiri tanpa perlu rushing awal pagi nak kejar bas yang tah wujud ke tak. Derr..math lu berapa derr masa sekolah dulu?
Kalau family aku emergency tengah-tengah malam nak kena ke hospital, aku kena merentas desa ke nak ke hospital yang terdekat iaitu Putrajaya tu? Ko mampu nak merentas desa angkut anak/laki ke sana dengan jarak 38km tu? Common sense sikit derr bila bercakap.
Jangan sempitkan pemikiran ko dengan kesenangan selama ko dah hidup aku rasa lebih kurang 30 tahun lebih tu. Terimalah hakikat negara kita masih fail dalam merancang bandar yang baik.
Buat masa ini, kereta merupakan satu keperluan. Lainlah ko duduk di Kuala Lumpur. Ada LRT, MRT, STAR, Monorail... Itu hanya di KL derr. Bajet negara kat Malaysia ni KL je ke? Ko tak kira yang keje di Putrajaya rumah di Seremban. Kerja di KL rumah di Kajang. Yang dok Banting kerja di KL. Ada komuter ke dari Banting ke KL?
Cakap siang, pandang pandang derrr... I rest my case.
Friday, May 3, 2013
PRU13
Kurang daripada 48 jam lagi kita akan mengundi kan.
pada waktu aku menaip ni ramai dah cha alip but ke kampung halaman masing-masing untuk mengundi.
Yang dok pung pang pung pang dok berkempen kat Putrajaya pun balik kampung untuk mengundi.
Apa poinnya dok berkempen kat putrajaya tapi balik mengundi parlimen dan dun yang lain.
Aku? P131 N26. Kerusi tak panans sangat. Calon je yang panas kot. Tak sepanas Telok Kemang la.
Aku sokong mana? Bagi aku undi adalah rahsia. Aku tak nampak dah iklan SPR yang katanya undi adalah rahsia tu. Bagi aku lebih baik begitu supaya tak perlulah ada penyokong fanatik.
Selamat mengundi korang. Otak aku tetiba macam kena big bang pulak ni. Berasap!
Wednesday, April 17, 2013
Hariz dan Hayfa
Penyeri hidup saya dan suami. Memang tak dijangka boleh dapat sepasang. Tiada formula tertentu diamalkan. Segala scan semua tak nampak bagi kedua-dua kelahiran. Segalanya kejutan bila tiba saat anak-anak keluar. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan.
Si abang dah memulakan sesi pra sekolah ketika umur 3 tahun setengah. Boys will always be boys. Kemahiran lebih ke arah nombor, arts dan constructing. More like his mom. Bab abjad susah sikit nak ingat dan kebanyakannya main-main. Mak ko ni sabar lagi nak. Jeles je tgk anak orang lain dah baca. No pressure sebab bagi aku ko akan belajar bila ko rasa ko perlu belajar. Pandai buat alasan macam pg tadi aku siap-siap nak pergi kerja tetiba bangun cakap demam. Mama tak payah kerja jaga dia. Aku rasa mane ada. Elok je. Alasan taknak ke taski. Aku cakap aku kerja. Biar ayah jaga eh. Lantak le ko ayah nak melayan dia nanti. Mulut banyak. Kadang-kadang rajin memuji maknya..kadang-kadang mencabar iman perkataan yang keluar tu. Diaper free completely.
Si adik pulak gigi nak masuk dua tumbuh. Boleh sit unaided dah. Da pegang kita dan bangkit berdiri. Kuat makan kurang susu. Rambut lebat dan kuat berpeluh. Pandai da gurau dengan kita. Nyanyi lagu tepuk amai-amai tu dia pun ikut tepuk sekali. Pandai lambai. Merangkak macam lipas kudung. Laju je.
Dua lebih baik. Nak menambah lagi? Idok ler buat mase ni. Tapi kalau dah diberi takkan nak menolak, ye dok?
Doa aku semoga keluarga aku sentiasa dilindungi Allah. Semoga kalian membesar sihat, beriman dan segala yang baik-baik lah untuk kalian. Mom loves you so much.
Dari beri putih('x')
Labels:
Journals
PRU13
Kali ni adalah kali kedua aku mengundi. Kali pertama tahun 2008. Aku mengundi di parlimen Rembau. Den kan waghieh. Dun Chembong. Walaupun tak duduk situ tapi aku malas nak pergi tukar alamat. Alang-alang balik mengundi singgah rumah mak pak aku nanti.
Bagi sesiapa yang mengundi untuk kali pertama diucapkan selamat mengundi. Buat pilihan yang dirasakan wajar dan sesuai untuk mewakili korang dan keluarga untuk lima tahun akan datang.
Bagi yang tak daftar mengundi korang tu, jangan banyak bunyi sebab itu pilihan korang taknak mengundi dan memberi hak kepada pengundi-pengundi lain untuk memilih siapa yang menjadi wakil mereka. Korang sebenarnya tiada hak nak mempertikaikan apa yang kurang apa yang lebih untuk sekurang-kurangnya 5 tahun akan datang.
Undi adalah rahsia. Aku biarlah nampak macam lalang. Pendirian aku biarlah aku luah dalam kertas undi nanti.

Tuesday, March 5, 2013
Losing a baby that we carry
Innalillah to a friend of mine.
She lost her baby while still in her tummy at her 8th month pregnancy.
Last another friend of mine was miscarriage.
In fact, it is hard to understand their loss because we are in their shoes.
But, as a mom of two...that kind of feeling is the scariest...
We feel so divine carrying them everywhere we go
Despite of all the sickness and pain we've gone through
While conceived, I was always think that 'what if' he don't like to see the world outside
'What if' he don't survive in my uterus? Was I eat healthily? Did I take enough supplement?
I am sure that most pregnant women will have this 'what if' question in their mine.
It's easier said that experience it yourself...
Some will move forward and stay positive...some will fear of another loss...so they might afraid of starting all over again
But, my wish for those woman it's okay to cry over your loss. But don't forget to move forward and learn how to walk again. The baby awaits you there. At least, you've got wings to heaven.

Subscribe to:
Posts (Atom)