Nuffnang ads

Wednesday, December 12, 2012

Aku, dia...belum ke tong sampah lagi



Aku baru sempat tengok cerita ni tadi.
Mula-mula cerita ni aku dah tersimpul-simpul senyum baldi dah.
Aku ni macam Sharnaz.
Mungkin lagi teruk kot.
Apa yang sama?
Surat cinta tu.
Dah berzaman dah aku tak dengar berita dia lagi.
Aku pun dah beranak dua.
Suami aku pun tak tahu benda ni. 
Aku masih simpan sekotak surat cinta, diari waktu bercinta dulu.
Pernah dulu nak buang.
Dilonggokkan.
Tapi sayang. Simpan sebab terasa mungkin satu hari nanti akan terjalin kembali kisah yang terputus.
Nan hado.
Dia tah ke mana.
Dan aku pun dah bernikah. Anak dah dua.
Mungkin dah masanya aku lepaskan. 
Kenangan yang tak beerti tu.
Puiii!

Tuesday, November 6, 2012

Tummy Time



Some might not agree with me when I let my baby to have her " tummy-time".
I also did this to my first baby.
But this time i started late.
Read more about tummy-time here.


Monday, October 8, 2012

Not a good wife

Pagi tadi aku hantar my new baby ke rumah nanny dia whom she called herself ummi to Hayfa.
Bila aku sampai, nampak dia tgh bawakan beg suami dia nak hantar pegi keje.
Maybe she's a housewife. Tp tersentuh lak hati aku...I never did that to my husband. Carrying his bag to car/motor. I mean sending him to his vehicle.

I am not a good wife. I never stop complaining. Tak pernah cuba terima kelemahan dia as he can accept all my complaints.

Gosh...what have I done...
Dari beri putih('x')

Thursday, September 13, 2012

I am a mother of 2

After a long hiatus, I decided to update my blog.
I gave birth to a baby girl which I don't expected. Mostly said boys. 
I am thankful as I've been given a pair of children.
Start all over again like i did to my first baby.
Breastfeeding, less rest but thank to the lil girl, i sleep all through the night.
which is good for me once i return to work.

Tuesday, June 26, 2012

Durian? Gemuk? Kolesterol?

Hik hik...bukan durian yang menggemukkan. Tapi tabiat pemakanan yang tak betul. Kesian durian.


Artikel daripada kevinzahri.com

Ah yes, sekarang musim durian di Malaysia. Jadi semasa makan malam di rumah ayah saya di Ampang semalam, keluarga saya agak terkejut apabila “cikgu fitness” pun memakan seulas durian. Keluarlah kata-kata seperti “boleh ke makan durian?” atau “tak tinggi kolesterol ke?”.
terkejut semua apabila “cikgu fitness” makan durian semalam ….
Tak salah makan durian in moderation dan saya rasa buah durian itu mempunyai reputasi buruk padahal ia mempunyai banyak kebaikan.

10 Fakta Menarik Buah Durian

Jumlah kalori untuk 1 ulas Durian (cekodok.com)
  1. Tinggi Kalori? Ramai yang menganggap buah durian tinggi kalori dan menggemukkan. Tahukah anda bahawa seulas durian baru mempunyai 50kcal. Tidaklah tinggi sangat.
  2. Tigggi Kolesterol? Durian atau mana-mana buah pun tidak mengandungi kolesterol. Kolesterol cuma datang dari sumber haiwan, bukan tumbuhan.
  3. Tiada nilai nutrisi? Buah durian kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral seperti antioxidant vitamin-C (about 33% of RDA), B-complex dan potassium (penting untuk kawalan bendalir badan, mengawal denyutan jantung dan tekanan darah. Durian juga mengandungi calcium dan phosphorus
  4. Tinggi lemak? Satu ulas durian baru ada dalam 1-2g lemak dan tu pun bukanlah lemak tepu (saturated fat)
  5. Tinggi gula? Satu ulas durian ada dalam 10g gula. Tinggi? Itu bergantung kepada jumlah kuantiti pengambilan anda. Kalau 2-3 ulas masih kurang lagi daripada satu tin minuman soda.
  6. Panaskan badan? Memang. Buah durian mempunyai kualitit memanaskan badan jadi elak makan berlebihan, lagi-lagi kalau anda mempunyai diabetes atau tekanan darah tinggi.
  7. Tingkatkan nafsu seks? Betul! Itu berbalik kepada kualiti panaskan badan – peningkatan peredaran darah. Sekali lagi, hati-hati sekiranya anda hypertension dan elakkan bercium-cimuan :)
  8. Tidak sesuai untuk diabetes? Betul tapi itu bukan soal durian semata-mata tapi mereka yang ada diabetes atau kencing manis harus kawal pengambilan gula dan makanan/minuman yang tinggi glukosa.
  9. Kurangkan stress? Bergantunglah kot tetapi buah durian mengandungi amino asid bernama tryptophan yang bantu tingkatkan keluaran hormon serotonin (yang mengantukkan) jadi anda lebih senang tidur, rasa lebih “ringan” dan lebih tenang.
  10. Jangan makan berlebihan? Memang betul. Tapi sekali lagi, itu bukan untuk durian semata-mata tetapi untuk segala-galanya. 1-3 ulas sekali jalan tidaklah terus sangat.
Oklah enjoy musim durian dan makanlah dengan ilmu yang lebih baik.
Sekarang kalau ada orang yang cepat buka mulut dan berkata “boleh ke makan durian?” atau “tak tinggi kolesterol ke?”, anda boleh kongsi ilmu dengan mereka.



Wednesday, June 20, 2012

Perineal Massage For Pregnant Mom


From Wiki
" Perineal massage is the practice of massaging a pregnant woman's perineum around the vagina in preparation for childbirth. The intention is to attempt to prevent tearing of the perineum during birth, the need for an episiotomy or an instrument (forceps or vacuum extraction) delivery.
Randomized clinical trials of perineal massage have shown its effectiveness in reducing class two and three level tears to be on the order of 5 to 7 percent (over not doing the massage). "

I have this fear as the due date is just around the corner.
I pray a lot that the tears won't be hurt so much and I won't need lot's of stitches down there.
When I delivered my first baby, I was sure that the tears look pretty bad. I don't know...my husband did all the cleaning...and when I confirmed this second pregnancy...the fears come and haunted me...hahaha...silly me.
I don't really mind the labor pain but the after the not-so-mild-pain which worry me lots. Dasar penakut sakit. Who loves pain kan?

Then I read an article in Babycentre on how to avoid the episiotomy. Goood news to me...
Then I found this at Mengandung.com. 

Hope I share you pretty good info to all new mommies out there...Not to forget for the second, third, fourth aand so on time mommies juga...Hope it's not too late...I am 35weeks pregnant...have to practice it before we've been push to the labor room....

The Info

Berikut adalah salah satu cara bagaimana mengurangkan risiko luka permukaan faraj semasa bersalin anak pertama.

Kaedah yang dicadangkan ialah dengan melakukan urutan permukaan faraj sebelum bersalin @ "antenatal preneal massage"

Apakah 'perineum"?
Iaitu kawasan di antara faraj dan dubur.

Berapa kerapkah koyakan perineum itu berlaku?
Antara 40-80% dan 2/3 daripadanya memerlukan jahitan.

Bagaimana untuk mengelakkan ianya daripada berlaku?
  •  Lakukan "Perineal Massage"
  •  Menggunakan 1 atau 2 jari
  •  Dilakukan sendiri di rumah, 1-2 kali sehari sebelum 4-6 minggu sebelum tarikh jangka.

Bolehkah suami mendorong?
Sudah tentu!

Adakah apa-apa risiko kepada kandungan?
  • Tidak ada.
  • Senang dilakukan.
  • Tidak menyakitkan.
  • Tidak perlu bayaran.

Tatacara mengurut perineum
  1. Basuh tangan anda dan pastikan kuku sentiasa pendek, tenangkan diri anda ditempat yang selesa dengan cara mencangkung.
  2. Sapukan pelicin (minyak zaitun). Jangan gunakan minyak bayi, minyak galian atau petroleum jelly.
  3. Letakkan 1 atau 2 jari anda lebih kurang 1 - 1.5 inci ke dalam faraj. Tekankan ke bawah iaitu ke arah dubur dan ke sisi sehingga terasa sedikit regangan.
  4.  Tetapkan keadaan tersebut selama 1-2 minit.
  5. Urutan perlu dilakukan dalam bentuk gerakan 'U' berulangkali.
  6. Urutan perineum hendaklah dilakukan perlahan-lahan selama 10 minit setiap hari (sekurang-kurangnya 4 kali seminggu). Selepas 1-2 minggu anda akan terasa lebih regangan.

(Sekiranya suami anda yang melakukan urutan perineum, arahan yang sama hendaklah dilakukan)


Wednesday, June 13, 2012

I is hantu kacang

Aku memang pantang makan kacang.
Kalau ada depan mata, selagi tak habis satu pack tu memang tak sah.
Kebanyakan kacang aku makan kecuali kacang parang.
Ni la kerja aku harini.
Sambil ngadap pc sambil berkudap.
Kacang bijak namanya.
Too idiot to believe makan kacang ni automatik jadi bijak ;-p

Dari beri putih('x')

Hand Paper Soap

From Libresse
Haritu beli stok panty liner.
Jenis yang pantang nampak free gift.
Paper soap? Apekah itu?
Paper tu drop sikit air dia tukar jadi sabun.
Senang keje I. Nak cebok montot uchuk acham sorg tu. Tak payah carry sabun lg kalau pi jenjalan. Hehe. Memang dasar .......
Sila dapatkan di pasaran selagi stok masih ada.
Dari beri putih('x')

Wednesday, June 6, 2012

You'll Never Walk Alone

Tuesday, June 5, 2012

47 days to go!!!


Gulp!!!!
Ready or not...the time will come.
Maybe earlier...or pass EDD...
But still I have to push...
Hope the episotomy run smooth...
Or no need at all...
'Coz I can't bear the pain...
Hope the labor pain doesn't take long
So I can meet my little kicker soon
And Hariz can't wait...
To play and pamper and smooch the baby 
Ohhhh...
How I wish I am ready to the labor....



Salah ke bagi anak main game?


Aku suka main game.
Aku suka baca komik.
Dan aku rasa tak ada salahnya aku kongsi minat aku dengan anak aku.
Aku suka baca buku juga. So does anak aku.
Korang rasa macam mana?
Salah ke bagi anak main game?
Game yang macam mana? 
Dalam iPad, tablet semua tu...kan ada game yang bermanfaat. Learning ABC's, count 123....
Salah aku ke?

Thursday, May 17, 2012

Ungu Violet #2

Dapat tiket dia hulur satu pada aku.
"Jom."
"Ke mana?" Aku tanya.
" Heaven..." Dia pandang aku senyum. Ilusi lesung pipit belah pipi kanan jelas kelihatan. I am melted.

Tiba train, hari Sabtu tambah-tambah tengah hari padat dengan migrants dan tak kurang juga budak-budak IPT yang mencari keseronokan.
Dia tarik aku rapat dengannya sambil tangan kanannya yang sasa memegang tiang.
Bau Dunhill Red menusuk hidung. Nice. Macho.

Fikir balik, berbeza betul aku dengan dia. Aku hanyalah gadis comot yang tangkap muat je bab penampilan. Perfumes pun mana aku ada. Yang ada hanyalah bedak dengan bau apicot yang aku guna sejak kecil sebab mak aku jadi dealer Nutrimetics. Bukan tak berniat nak berperfume bagai tapi tengok harga...aku student maaa....Scholar yang aku dapat pun cukup untuk makan dan tampung yuran semester akan datang. Itupun sebulan mak aku bank in tak banyak. Adik-adik sekolah lagi. Ingat lagi masa sekolah dulu Hari Sabtu lepas prep masa tingkatan 3, dia tunggu kat luar kelas aku bagi duit makan. Walaupun RM2 dan duit mak ayah dia, aku rasa bahagia juga. Pernah satu masa aku tiba-tiba dapat satu kotak KFC masa aku tengah lepak dalam bilik persediaan di asrama. Kawan perempuan satu kelas dia yang tolong pass pada aku. Tersipu-sipu aku. Makan pun sorang-sorang sorok-sorok. Taknak share.

Masa tu, dia betul-betul sayangkan aku. Cinta monyet kan? Tapi bagi aku it's pure. Hahaha.
Katanya, love at first sight masa aku tiba-tiba masuk bilik seni masa turn kelas dia tengah belajar. Masa tingkatan 1 tu. Lepas tu dia selalu usha-usha aku masa aku nak ke ladies. Sebab dia duduk tepi pintu. Masa tu fokus aku hanya belajar. Budak baik kononnya.

Berbalik kepada cerita dalam train. We don't talk much. Aku pandang dia, dia senyum, aku pun senyum gak.
Tangan kiri dia genggam kuat tangan aku. Lagu Beatles I Wanna Hold Your Hand terbayang-bayang. Hari tu adalah kali pertama selama aku kenal dia sejak di bangku sekolah tu dia pegang tangan aku. Epik tak? Dulu aku sekolah agama. Dia pun sama. Pernah sekali keluar pun lepas PMR kalau tak silap aku. Itupun ramai-ramai. Nak elak terpegang tangan dia bawa komik. Dia pegang satu hujung tu aku pegang satu hujung lagi. Kelakar betul. Bahu dia rapat je aku tolak balik dengan bahu aku. Merajuk-rajuk dia.

What's an old memoria....

Friday, May 11, 2012

Ungu Violet


* Ni bukan cerita yang Dian berlakon tu ok. Cerita aku.


Hujan pula. Dari tingkap bas yang basah diluarnya, aku intai ke luar. Mencongak-congak sama ada lepas tak aku nak lari turun dari Pasar Seni ke Stesen Putra LRT. Beg sandang aku pegang kejap. Nasib pvc. Kalau canvas confirm basah lencun. Kemeja biru lembut aku betulkan. Tudung cotton selempang aku kemaskan. Berdebar pulak. Tangan sejuk tak ingat.

Berhenti je bas dekat bus stop Pasar Seni aku turun, ambil nafas dan berlari lintas jalan. Mujur trafik agak lancar. Berlari-lari anak aku mencari teduhan di Stesen Pasar Seni. Aku tunggu di bawah tangga. Melilau-lilau mata mencari kelibat. Belum sampai lagi agaknya. Raba kocek jeans Levi's turun temurun emak. Tiada pesanan. Tunggulah sekejap. Kedua tapak tangan aku rapatkan sambil digesel-geselkan mengharap haba.
Sejuk!

" Boleh saya tolong panaskan?" Aku toleh belakang. Dia! Berkemeja ungu. He knows my color and indeed he loves that color too. Aku tersenyum dan tertunduk malu.

" Lama tak jumpa. Awak dah ada isi sikit. " Memanglah. Tingkatan 4 aku pindah sekolah nun jauh di Hulu Perak. Break sekejap masa nak SPM. Ni dah masuk sem kedua di IPTA. Jauh di sudut hati aku lega. Sebab dia muncul. Sekolah dulu memang la kurus. Dengan tudung selubung macam cendawan. Bak kata kawan aku dulu.

" Shall we?" Dia menghulurkan tangan kanannya. Aku teragak-agak. Tapi sejuk ni weh. Malu-malu pun aku sambut juga huluran tangannya. Beku juga. Dia ambil tanganku dan dambil berjalan ke escalator digosok tanganku yang dipegang. Haba.

Aku menunggu dia beli tiket. Dalam hati Tuhan saja yang tahu. Walaupun tak pasti apa akan jadi esok hari, sekurang-kurangnya aku happy ini hari.

Thursday, May 3, 2012

Nebulized

Dari beri putih('x')

Wednesday, May 2, 2012

Aku dan basikal tua

Dari beri putih('x')

Monday, April 30, 2012

Post Bersih 3.0

Aku seperti yang diterjemahkan oleh seorang rakan sekerjaku seorang yang kurang bersimpati, kurang cakna dengan perihal sekeliling aku...
Mungkin ya...kalau tak melibatkan diri aku..
Mungkin tidak...bila ia melibatkan aku dan keluarga aku...

Even though my husband decided to join the authorities ( to provide me and my family food, shelter, money and etc..) but that doesn't mean he agrees with the current situation. We just want to live in a peaceful country. No war...no fight...just for the future of our kids.

We can't blame both parties. Kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga...kerana sikap segelintir individu, habis porak peranda satu negara.

Kalau ikut rasa tak puas hati, demdam...there will +-29 juta rasa yang kurang elok tu.
Some of us mesti ada rasa tak puas hati...
Tak puas hati dengan parents.
Marah dengan siblings.
Panas hati dengan anak.
Geram dengan cikgu.
Meluat dengan bos.
Fed up dapat saman.
Nak atasinya? Marah? Pukul? Belasah? Musnahkan harta benda orang terbabit?
We got brains and feelings.Then use them wisely.

As far as I concerned, Bersih is demanding a clean election process.
Biar aku tanya korang satu benda...
Pihak berkuasa or yang kita gelarkan anjing-anjing kerajaan ni tak mengundi ke?
Korang rasa mana-mana yang serve for the government ni tiada hak ke nak pilihanraya yang adil?

Because we work hard for the money and thus make us blind to determine the goods and bad.
Let us unite for a better future.

Wednesday, April 25, 2012

Kantoi Security Question

Tadi pagi aku pergi regular check up untuk second pregnancy ni dengan husband.
So far Alhamdulillah cuma baby slightly kecil sikit. Maybe due nanti berat baby lebih kurang 2.5kg je kot...
Apapun aku harap semuanya sihat including myself.

Then pergi EPF office sekejap.
Nak set balik I-pin.
Tanya kaunter camne nak aktifkan I-akaun aku yang aku dah lupa sama ada aku pernah aktifkan ke tak.
Check dekat kiosk katenye aku dah aktifkan.
Ada pc khas disediakan. So aku set la balik. Bila tang security question tu aku tak boleh blah betul bila soalan tu dipaparkan ialah....

" Siapa nama first boyfriend anda?" Oh shit....toleh belakang. Sengih2 kat husband sambil tutup2 monitor dengan penyata yang baru lepas print kat kiosk tu.
Nak taip cemane ni....bila aku taip bukan keluar asterisk tu tapi huruf yang aku taip la. Terang2 terpamer nama orang tu. Hahahaha...Husband aku dah perli2 sambil sengih2 kerang. Adoi...kantoi pulak.
Aku pun dah lupa bila masa aku setkan soalan tu ...hahahaha...




Wednesday, April 18, 2012

Sweet side of Hariz

Semalam, bawa Hariz ke office sebab pengasuh minta cuti.
I drove him to my office and we stayed sampai habis waktu kerja.
Penat tak usah cakap lah dengan melayan dia lagi.
Balik petang tu siap2 makan ringan2, mandi terus baring kat tilam. (We don't use katil sebab kes Hariz jatuh masa umur dia 6/8 bulan haritu)
Hariz masuk, pergi dekat dressing table ambil lotion.
Dia minta mama dia letak sikit kat tangan dia. Ingatkan nak sapu kat tangan dia.
Tapi dia selak baju mama dia sapu dekat perut mamanya. Nak bagi baby wangi katanya.
Dia minta lotion lagi. Mamanya press sikit, dia tanya mana lagi nak letak eh mama, dia tanya...
Terus dia sapu dekat kaki aku...Dua-dua kaki dengan tapak kaki...I felt so relieved dan terharu. Sayu pun ada.
Mama penat eh? Aku baring tu sambil baca buku yang aku beli daripada @lejenpress dengan kaki letak kat atas bolster. He will turns 3 this June. He already melts my heart.

Aku harap sangat dapat bermanja dengan dia walaupun dia dah besar nanti. I love hugging and kissing him. (and nagging at him too).Kadang-kadang aku rasa dia membesar terlalu cepat. Fikir pasal dia je sekarang ni buat aku rindu dengan Hariz. Bergenang dah air mata...seriuscengeng!


Tuesday, April 10, 2012

Cara-cara menjaga gigi


sumber : TTS- Group

Oleh Hamizah Badiran
hamizah@hmetro.com.my
sumber : HMetro




MEMILIKI kesihatan tubuh badan yang baik adalah satu anugerah tidak ternilai. Jika badan sihat, segala urusan terutama dalam mencari rezeki, melakukan ibadah dan beberapa perkara lain boleh dilakukan dengan sebaik mungkin menggunakan tulang empat kerat yang dikurniakan.
Seperti juga salah satu anggota badan yang perlu dijaga ini, tanpanya kita tidak akan kelihatan menarik dan malu untuk berhadapan dengan orang ramai. 
Gigi yang sihat dan kuat amat penting kerana ia berfungsi untuk membolehkan kita mengunyah dan menghancurkan makanan. Selain itu, gigi yang bersih dan tidak rosak menampilkan imej yang positif untuk individu.

Apakah definisi sebenar gigi yang sihat?

Menurut Presiden Persatuan Pergigian Malaysia (MDA) serta pensyarah kanan Jabatan Prostodontik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Mohd Muzafar Hamirudin, gigi yang sihat tidak semestinya berwarna putih bersih manakala gigi yang berwarna kekuningan itu pula diklasifikasikan gigi tidak sihat.


“Selagi gigi kita boleh berfungsi dengan elok, tidak mempunyai kerosakan yang mengakibatkan kesakitan gigi dan boleh mengunyah dengan baik, ia adalah definisi gigi sihat cuma ia juga perlu bersih. Maksud saya dengan bersih, ia harus digosok dan melakukan flos supaya bakteria hilang dan tiada plak gigi.

“Warna gigi itu bergantung kepada seseorang individu. Lain orang lain warna giginya kerana ia memang sebegitu walaupun tidak dinafikan faktor pemakanan ada mempengaruhi perubahan warna gigi. Tetapi jangan nilai kebersihan gigi individu itu berdasarkan warna gigi kerana kadang-kadang walaupun ia berwarna kuning, gigi itu juga sihat. Nasihat saya, jangan mudah salah sangka,” katanya.

Selain itu, Dr Muzafar turut memberitahu, tidak menjadi sebarang masalah untuk kita makan apa jua jenis makanan sama ada tinggi kandungan gulanya mahupun tidak asalkan ia harus disusuli dengan rutin menggosok gigi yang efektif.

Menggosok gigi dengan efektif bermaksud ia kena menggunakan teknik yang betul seperti pilih berus gigi yang kepalanya kecil, pastikan berusnya lembut dan guna pada kedudukan berus 45 darjah serta boleh mencapai sehingga ruang belakang gigi supaya memudahkan pergerakan semasa menggosok.

Penggunaan flos juga salah satu langkah yang bijak. Flos boleh diibaratkan seperti seutas tali yang dapat membersihkan sisa makanan yang terperangkap di celah gigi untuk menghalang pembentukan bakteria dalam mulut.

Selepas itu, anda juga boleh menggunakan bahan kumuran yang boleh membantu menghapuskan bakteria tersembunyi.

Jangan memberus dengan kuat kerana ini akan menyebabkan gigi anda boleh terhakis terutama pada leher gigi dan menyebabkan gigi menjadi sensitif. Plak yang anda bersihkan setiap hari pula adalah lembut saja jadi anda tidak memerlukan berus yang keras untuk menghilangkannya.

“Sebaik-baiknya, anda harus memberus gigi sebanyak dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam kerana kekerapan anda menggosok gigi tidak menentukan tahap kebersihan gigi jika caranya tidak betul.

“Terdapat pelbagai jenis ubat gigi yang berada di pasaran sekarang yang mempunyai pelbagai fungsi. Nasihat saya, anda boleh gunakan kebanyakan ubat gigi yang mempunyai fluorida bagi membantu memelihara ketahanan gigi.

“Ini kerana fluorida adalah sejenis bahan mineral menghalang kerosakan gigi dengan menguatkan lapisan enamel gigi dan menyebabkan ia lebih tahan kepada serangan asid yang dihasilkan oleh bakteria,” katanya.

Jika kita terlalu mengabaikan penjagaan kesihatan mulut, antara penyakit yang boleh dihidapi selain kerosakan gigi (karies gigi) adalah penyakit gusi, nafas berbau dan lebih buruk lagi, kanser mulut serta penyakit jantung.

Kerosakan gigi terjadi hasil tindak balas antara plak dan gula yang menghasilkan toksin. Akibat tindak balas berkenaan, permukaan luar gigi yang dikenali sebagai enamel akan retak dan menyebabkan gigi berlubang serta karies gigi.

Bakteria yang terdapat di dalam mulut pula akan menukarkan gula kepada kanji dalam makanan kepada asid yang akan menghakis gigi secara perlahan-lahan.

Bakteria dan plak terkumpul yang tidak dapat dibersihkan melalui amalan memberus gigi akan terperangkap. Faktor ini yang membuatkan seseorang itu berisiko untuk mendapat kanser mulut atau penyakit jantung kerana kesihatan tubuh badan saling berkait rapat daripada semua aspek.

Tabiat merokok dan minum minuman beralkohol turut tergolong antara punca yang menyumbang kepada kerosakan gigi.

Tidak dilupakan, anda perlu berjumpa doktor gigi untuk membuat pemeriksaan secara berkala. Ibu bapa juga boleh mula membawa anak-anak melakukan pemeriksaan seawal selepas anak mereka tumbuh gigi yang pertama. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada merawat.

Sementara itu, jenama peneraju produk pergigian yang diyakini, Colgate-Palmolive Marketing Sdn Bhd (Colgate), sering tampil dengan produk terbaik mereka seperti ubat gigi Colgate Sensitive Pro-Relief dan berus gigi 360 darjah antibakteria yang menitikberatkan keperluan pengguna.

Syarikat ini juga turut bekerjasama dengan MDA mengadakan Kempen Bulan Kesihatan Mulut 2012 yang sudah memasuki tahun kesembilan penganjurannya.

Tujuan kempen yang bertemakan ‘Misi Kami: Kaviti Sifar’ adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai terutama seisi keluarga mengenai kepentingan penjagaan kesihatan oral. Di samping itu, ia menggalakkan orang ramai yang tidak pernah membuat pemeriksaan gigi seumur hidup melawat sekali ke mana-mana klinik gigi yang ditetapkan dalam kempen itu.

Aktiviti kempen tahun ini juga selari dengan misi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu ‘Mulakan Awal, Mulut Sihat, Hidup Lebih Sihat’.

Menerusi kempen ini, ia membolehkan orang ramai membuat pemeriksaan gigi percuma di 772 klinik gigi yang terbabit di seluruh negara.

Dr Muzafar berkata, kempen pendidikan Bulan Kesihatan Mulut berguna untuk menanamkan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia terhadap pentingnya penjagaan dan kebersihan mulut.

P.S: Jangan risau kalau gigi kuning. Asalkan bersih dan tiada taik gigi melekat. Ewwww...

Wednesday, March 14, 2012

WW#7: Ikan Bergincu

Saturday, March 10, 2012

Bantulah aku...

Aku terima nikahmu
Bukan kerana hartamu kerana aku tahu kekuranganmu
Aku impikan hidup sederhana denganmu
Kerna ku tahu kesenangan bisa buatkan kita alpa
Susah senang hanya kita dan Tuhan tahu bagaimana rasa hati kita berdua menanggungnya...
Walaupun sarat dengan zuriat kita yang pertama
Aku gagahkan diri membantumu mencari rezeki...
Dalam hujan, kita redahi embun pagi dengan kenderaan beroda dua...
Menjadi hamba entah pada siapa tuannya...
Aku tak merungut..
Cuma ada ketika dalam keadaan berbadan dua dan sarat..
Aku harap kau mengerti
Susah payah aku membawa diri ini
Segala apa yang ku idamkan waktu itu...
Aku pendamkan kerana ku tahu kau belum mampu...
Apa yang disediakan dan terhidang aku telan...

Sedar tak sedar kini aku dengan zuriat kedua kita...
Mungkin agak senang sedikit kehidupan kita...
Tapi aku masih menjeruk rasa...
Bukan wang berjuta aku impikan dalam akaun bank ku...
Bukan kereta mewah dan rumah agam cita-cita ku...
Tapi hanyalah perhatianmu...
Belas ihsanmu...
Kasih sayangmu...
Saat ku menangis...pautlah bahuku agar hilang rasa piluku
Saat ku amarah...peluklah aku...
Agar aku tak melepaskan pada anak kita...
Bantulah aku...
Aku rindukan belaianmu...
Sedarkanlah aku...
Bahawa kau adalah teman hidupku...
Tolonglah aku...
Agar aku tak putus asa dengan hidupku ini...
Tolonglah...

Dari beri putih('x')

Monday, February 20, 2012

Anak bujang lipat baju sendiri

Aktiviti pagi Sabtu yang lepas.
Sonang den nanti.

Monday, February 13, 2012

Thursday, February 2, 2012

Hariz just said...#2

Di rumah pengasuh Hariz.

" Achik, nah toyong(tolong) tepon(telefon) mama " while handing handphone to his nanny.-Hariz (2012, 2y 6mo)  

Hariz just said...#1


...I have been inspired by this blog.

Hariz pun dah banyak bercakap. Dan semua yang dicakap adalah dapat difahami butirannya.
So, I decided to blog about it.

" Mama, Hariz nak alik (balik) rumah wan nek (naik) bas! " - Hariz (2012, 2y 7mo)

But you're just 2 and a half year dear. 

Wednesday, February 1, 2012

Aktiviti Hari Wilayah

Lift and weight budak ni.

Sunday, January 22, 2012

Gong Xi Fa Chai!

To all chinese friends, happy new year!

Friday, January 20, 2012

Masyarakat ke Masyakarat?

Tengah2 taip data..dengan laju...
Then bila baca balik MasyaKARAT???
It's supposed to be MasyaRAKAT...

Then teringat pulak situasi semasa sekarang
Di mana, kesedaran orang sekeliling terhadap apa yang berlaku disekitarnya kian pudar...

Should we name it MasyaKARAT?

Thursday, January 19, 2012

Don't censor the web




Imagine if you have to pay for something that you want to look up in wikipedia...
Don't tell me that the site is unreliable. You got some of the information for your paper works, info's, maybe your thesis from the wikipedia don't you?
If SOPA and PIPA implemented in States, all of us can't enjoy the freedom of the open internet.
You got to pay all the song that you download from the internet..you don't want that happen right?
Read more about PIPA  here and SOPA here.
It will give us so much worst..like an Internet Death penalty...as CNET reported in here.

Just want to be free as a waving flag.

Wednesday, January 18, 2012

Aku tak tahan

Tadi husband aku call...
Rupa-rupanya Hariz punya pasal
Orang yang jaga dia tu nak pergi check up hari ni.
Disebabkan aku dah cuti semalam, so aku minta husband masuk kerja lewat untuk hantar anak aku.
Aku tak boleh nak bawa anak ke office sebab tak larat nak drive jauh.
Tendency nak lelap masa drive tu sangat tinggi.

Jawab call je tadi dengar suara Hariz melalak menangis.
Rupa-rupanya dia lari dari rumah pengasuh tu balik rumah.
Rumah pengasuh dia tu berdepan rumah aku selang 3 rumah je.

Aku part dengar dia nangis tu memang aku tak boleh tahan la.
Sedih gila.
Susahla kerja jauh ni. Aku nak balik pun kena fikir banyak kali.
Nak ambil train lagi. Kang kena amik cab nak pick up kereta aku lagi. Sudahnya sama je kalau aku balik pukul 5 naik bas biasa tu.

Bila jadi masalah macam ni aku dalam dilema.
memang aku  tak pernah hantar dia ke rumah pengasuh bila hari dah cerah.
Selalu memang awal pagi pukul 6.00 pg aku dah hantar and biasanya dia tidur.

Bila hantar siang ni la jadinya.
Kesian husband aku kena handle.

Aku tak tahan nak menangis bila dengar Hariz menangis camtu.
Demmit!

Monday, January 16, 2012

EDD : Expected due date

Aku dalam kekeliruan sekarang ni.
Due date aku kalau ikut period cycle adalah 27/6 ini.
Tapi haritu scan @16 weeks (sepatutnya la), doktor kata baby still kecik lg.
And perut still lay flat when I lay down. Cuma bila bangun je perut nampak buncit. Heh!

So doc bagi tarikh baru which tak confirm lagi sebab on 25th ni aku kena pi scan balik.
It's on 2/8. Bulan pose beb. Masak nak mengganti.
Mungkinkah sebab aku tak lalu nak makan so baby adalah kecik?
Masa Hariz dulu untuk 5 bulan pertama berat aku adalah static. And d tummy still flat. Tak flat manela kalau berat asal sebelum pregnant dah sedia berat, kan.
Sebab kulit perut(atau lemak?) tebal, aku agak sukar nak rasa ketulan tu.
Dok la menelek perut aku ni kot2 rasa ada ketul pape ke....takdok laie.

Sebenarnya aku agak risau tentang kesihatan anak dalam kandungan aku ni.
Sedaya upaya aku cuba taknak dehydrate sebab kali ni sickness aku agak teruk.
Pergerakan aku juga rasenya baik sikit je daripada sloth.
Sebab aku mampu pergi kerja lagi. Itupun nak mencari/beli barang pun adalah malas. Baik aku terbaring kat sofa lagi baik.

Dan segala macam ubat aku macam ngelat nak makan. Itu yang buat aku rasa bersalah pada baby ni.
Please wish me well and good health.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...