Nuffnang ads

Friday, April 29, 2011

What would you do when the love of your life is dead?

The love of life is dead.

In that moment, you lost every reason to live.

WHAT WOULD YOU DO? -Jodi Picoult (Second Glance)-

Peminat-peminat not so mystery # 1

Nak kata aku ni cun sangat dulu tak la...
Pakai tudung pun senget2 dulu. Tapi maybe sebab sekolah pagi aku still pakai pinafore masa sekolah pagi.
Pastu sekolah petang je sebab kelas KAFA (Kelas Asas Fardhu Ain) je yang kena pakai tudung.

Masa darjah 4, (bulan puasa lak tu), kat kelas KAFA lagi...cam bese aku akan pergi ke kelas kawan aku untuk bergosip.
Habis waktu rehat lepas solat semua, aku pun masuk kelas balik. Beg aku masa tu cam beg yang orang buat shopping sekarang ni tapi jenis kain punya. Nak ambik buku tetiba jatuh satu kad raya.
Huh? Siapa yang berani tengok beg aku ni. Nasib xde barang berharga. Bulan puasa kan. Mane la nak bawak duit.

Aku pun bacalah kad tu. Oh nak wish selamat hari raya dan jemput raya ke rumah. Signed by huhu...dua orang sekali gus. Relax nya korang main share-share eh. Pastu siap cakap nak datang rumah aku lagi. Muslim dan Fitri. Hahahah...Masa ni bukan tergelak besar tapi tersipu-sipu malu ada gak orang yang nak ushar budak comot yang kurus kering cam aku ni.

Pastu aku ada la peminat yang boleh katakan psiko. Dia suka mengekor aku. Baik sekolah pagi mahupun sekolah petang. Sekolah petang tu aku bawak basikal. Kadang2 aku sorang pastu terus pergi mengaji rumah ustazah pulak. Tau2 dia ikut je belakang aku. Takut aku.

Benda paling gila...masa hari raya...aku duduk kuarters masa tu. Belakang tu klinik tempat mak aku kerja. 1 day masa tu hari bekerja tapi raya kan, sekolah pun cuti lah lagi. Aku ngan adik-adikku still berbaju tidur lagi. Tetiba dengar orang bagi salam ramai2. Rumah aku jenis kuarters lama kan...Kan pintu tu ada macam peeping hole tp bukan hole lagi dah taraf window kecik da. Aku pun tengok la. Mak aih....segerombolan budak lelaki sekolah aku datang nak beraya!

Aku suruh adik aku jawab mak takde. Yang adik aku ni taknak sebab tu kawan2 aku. Tingkap lak jenis cam tingkap kampung lak tu. Pagi2 mak aku dah bukak. Nak cover cane. Takkan aku nak sambut derang dengan baju2 tidur ni. Aku nampak budak psiko tu ade sekali. Tersengih2....

Last2 dengan muka tak malu aku kuar dengan baju2 tidur.
" Woit korang. Mak ayah aku takde. Yang ada semua perempuan je dalam rumah ni. Korang nak datang datang petang aa tunggu mak ayah aku balik!" Aku jerit.
Diorang cakap...ala nak datang raya je. Boleh aaa...Ngada2 la diorang ni.
Aku tak layan. Tutup pintu pastu aku jerit..."Korang pergi aa raya rumah orang lain dulu. Petang karang datang aaa...Lagipun aku takde duit nak bagi korang duit raya"
Suara mana tah..."ala xana, kitorang nak makan kuih raya je lah. Nak teman si 'toot' ni raya rumah ko"
Malas aku nak jawab...aku senyap jer.

Petua hilangkan bau busuk pada kasut

     
Pic googled.


Sebagai isteri dan ibu kepada anak lelaki aku agak tension dengan bau kasut. Bukan kasut diorang je termasuk la kaki aku ni. Kerja kat ofis kan...Pakai kasut bertutup. Lagi aaa..aku lak jenis tak suka pakai stoking. End up, kadang2 aku sendiri terbau kaki aku yang kuat berpeluh ni.

Korang tau kan bau busuk pada kasut sebab bakteria yang keluar sekali dengan peluh, kkita pijak tah mana-mana tah pastu terus sarung kasut...hasil campuran semua bendasing tu terjadilah bau yang cukup 'harum' tu....

Cara-cara terbaik menghilangkan bau busuk pada kasut / mematikan bakteria pada kasut ialah :


  1. Kumpulkan mana-mana kasut yang berbau tu
  2. Cari zipper plastic bag. Yang buat bungkus sandwiches tu. Takpun pakai beg plastik korang gi shopping tu pun. Tapi pastikan plastik tu tak bocor, lepas tu ikat ketat2.
  3. Pastu masukkan dalam ruang freezer kat peti ais korang tu. SEMALAMAN! Yang bahagian atas sekali / bawah sekali kat peti ais tu la...tempat simpan aiskrim tu.
Esoknya cuba korang bukak, amik balik tu confirm dah takde bau hapak tu...yang ada hanyalah bau ikan/ayam kalau korang tak lock plastic bag tu betul2. Bakteria tu dah mati sebab kena freeze...mati kebekuan. Tu yang dah takde bau. Kasut kulit pun boleh buat gak.

Selamat mencuba!

As a result....
Pic googled.

Macam ayam dengan itik

Skop kerja aku kena deal dengan masyarakat satu Malaysia termasuk la Sabah Sarawak.
Aku ada masalah pendengaran sikit.

So whenever the Borneo people are calling me my reaction would be...' aaa...would you please speak louder', 'excuse me sir, i can't hear you'....thus why i hate dealing with people.
Tak dengar tu satu hal. Bahasa juga satu hal.

Kadang-kadang orang yang belah timur or utara call aku pun aku tak faham bila diorang gunakan accent diorang.
Huhuhu...nasib aku lah labu...aku sedar aku dealing with masyarakat majmuk dengan pelbagai bahasa.
Cuma aku rasa satu bahasa, satu accent tu perlu ada la ...semua ni takde kaitan dengan propa 1 Malaysia.
Aku cuma rasa sulit berdepan dengan pelanggan yang kurang memahami bahasa diorang.

Or should i work with the animals?

Thursday, April 28, 2011

Bercinta dengan bestfriend | Storge

Kesunyian biasanya buatkan kita teringat-ingat kenangan lama- Xana Eww


Mesti ramai yang setuju kalau bercinta dengan bestfriend confirm lah kekal ke akhir hayat.
Tapi kat sini aku nak share pengalaman aku ber'eww' dengan bestfriend.
Aku kenal dia sejak dia pindah masuk sekolah aku dari Shah Alam.
Sekolah rendah aku sekolah kampung je.
Aku pengawas. Skema nak mati. Nampak orang main lawan rubber aku rampas.
Nampak orang main kereta dash yonkuro tu aku rampas gak. Menganjeng je keje aku.
But, di sebalik muka budget garang tu, ada gak yang minat kat aku.
Ali Setan...aku tak tau tapi biasalah...kawan2 dia memang kuat menyakat aku.
Tapi weh baru darjah 6...so i played hard to catch ....
Pastu naik sekolah menengah, aku masuk sekolah asrama ber'agama'...yes...tudung labuh, berstoking setiap kali keluar asrama...even bertelekung ke surau pun kena kalau tak kena denda...hafal surah...aku ngan 2 orang kawan aku pernah kena denda hafal surah As-Sajjadah. Sorang satu muka. Huhuhu...
Tiap kali aku balik rumah, mesti dia call aku. Ali Setan ni sekolah kat SDAR. 
So tiap kali dia call mesti la dengan bangganya poyo ngan aku cite pasal sekolah dia. But most of his stories berkisar pasal dia je. He's so full of himself. I bet he never changed. 

Kat sekolah aku selalulah aku terima surat daripada dia. Semua cite pasal sekolah, aktiviti kat sekolah, markah test/exam, pelajaran. 

Camtu lah aku dengan dia sampailah habis form 5. Time raya dia datang rumah. Mak abah aku pun dah kenal la dia. Adik aku panggil Ali Poyo. Aku ingat lagi sebelum dia form 5 siap bagi aku badge T. Ketua Prefek SDAR kat  aku. Dia budget dia la bakal tercalon Ketua Prefek. Badge tu dah lupus tu yang bagi aku buat kenangan. Tapi siapa nak calonkan dia yang poyo tu. Huhu...Angan tak sudah ko kan Li?
Kitorang selalu gak bertekak dalam fon. Tak pernah la cakap dengan tone yang lembut. Yang aku pelik, ramai gak batch aku tak suka dia. Aku je yang tahan ngan kepoyoan dia.

After form 5 sementara tunggu result aku pergi kelas komputer kat Cosmopoint. Dia lak pergi kelas English. English dia teruk dari aku.

1 day, dia proposed aku to be his girlfriend. Masa ni aku tak tau sebab dia la aku broke off dengan bf aku. Huhu... Aku kata boleh ke? Dia kata give it a try la dulu.

1st day couple, dia tunggu aku dari bus station, nak walk me to Cosmo. 
Korang tau apa jadi? Kitorang dua senyap tak berkata. Sebelum ni memang sumpah seranah kuar la.
Tapi hari tu...dua2 jalan senyap. Kitorang tak main pegang2 ni k. Sampai satu simpang kitorang just say goodbye. Dia cakap balik dia tunggu. Kita jalan kat Terminal 1.

Dalam hati masa tu, pehal lak xleh cakap pape ni. Huhu..Hati berdebar je. Huhu...Seyes...tak boleh blah!
Balik tu nampak muka dia tercongok dah tunggu.
Kitorang jalan ke Terminal. Masuk dalam then jalan ke tempat wayang. Ada Popular masuk. Dua2 senyap.

Last2 aku tanya...
'Cane ni wak? (see da couple dari aku kau terus tukar wak-wak)'
'Boleh hidup ke senyap camni?'

Tengok la nanti cammane, dia jawab...huhuhu... Aku tak boleh aa camni....mati kutu aku.

A week later, dia call.
Aku rasa kita tak sesuai aa jadi pakwe makwe. 
dalam hati aku yess! yes!

aku tak tau kenapa jadi camtu. Sepatutnya dah kenal lama lagi senang nak menyulam eww eww tu kan. Tapi, serius maybe sebab aku dah set, he is just a friend. Not more nor less. Kesian gak kat dia sebab dia memang ada hati ngan aku sejak sekolah rendah (kew? Kew aku je yang perasan?)

But to this day, dia pun dah kawen. Baru je last year? Aku pun dah beranak da. Ada gak jumpa dia masa reunion gang2 aku. But still we avoided to talk to each other. Aku takde hal. Ok jer. Cuma dia...selalu elak daripada eye contact ngan aku..apa maksudnya eh? Huhuhu




For better for worst, till death do us part

The marriage vows...
Somehow make me wonder till this days
Are we together through thick and thin
Or is it just me or him who bear it all?

Every couple's dream to stay together till death
But what if the vow broken in the mid of the marriage?
Who shall be blame?

What I learn in marriage...


You know it's never fifty-fifty in a marriage. It's always seventy-thirty, or sixty-forty. Someone falls in love first. Someone puts someone else up on a pedestal. Someone works very hard to keep things rolling smoothly; someone else sails along for the ride.  -  Jodi Picoult( Mercy)

Makanan kegemaran di kantin sekolah

Sekarang kan tengah kecoh pelan makanan yang sedia ada kat sekolah sekarang tak sihat. Say who? Tengok la output gak kan...easy said dan menuding jari kepada penjual di kantin sekolah. Second big boss kat kementerian tu tengok la gak kan? Tu nak blame siapa? 

Pics googled.

Aku dulu masa sekolah rendah memang mak aku bekalkan makanan untuk aku la. Lagipun aku pergi sekolah yang dekat gak aa dengan rumah aku. Pagi abah hantar, balik kena aa merentas desa sikit. Rentas belakang rumah ustazah yang aku ngaji lepas balik sekolah petang. Siap kena kena kejar lg ngan mak ayam tu. Sian adik aku..hahaha..aku dah selamatkan diri dulu.

Time tu aku makcik kantin still jual benda yang sama. Nasi lemak, bihun goreng, mee  goreng. Kitorang obes? Tak de pun. Semua maintain je cute and slim. Tapi dulu maybe sebab sekolah kitorang sekerat hari je. Taklah sampai petang. Sebab petang tu aku ada kelas kafa. So kena kayuh basikal pergi sekolah tu. Adalah exercise sikit.

Dulu time PJ lebih kurang sejam. Walaupun takde cikgu yang qualified mengajar, tapi kitorang still main bola tampar, hockey, time ada hari sukan, mula lah aktiviti olahraga. Padang besar lagi time tu.

Sekarang ni no wonder budak makin obes. Sekolah rendah lama aku tu dah takde padang lagi. Semua dah naik bangunan baru untuk kelas. So cikgu yang ajar PJ pun tangkap muat je.

Sekolah menengah aku dok asrama so breakfast dah minum watpe nak minum pagi lagi kan? Tapi kadang-kadang temankan gak member2 minum. Favourite aku biasanya bihun goreng...dengan telur mata. Hehehe...

Apa makanan kegemaran korang masa kat kantin sekolah dulu?

Tuesday, April 26, 2011

Aku nak cari part timer

Kriteria yang dicari : -

  • Ada background IT / Sains Komputer / Electrical Engineering
  • Yang boleh / biasa buat website

Sila hubungi aku secepat mungkin. Job dah ada cuma nak cari orang. Nombor untuk di hubungi 0192317479 (Zana). Kalau korang ada kenal sesiapa yang boleh tolong aku, sila suruh diorang contact aku k.

Drama Juvana | I HEART Zahiril Adzim

Semalam, 8.30 pm cam biasa layan Bones dulu.
Tetiba teringat 'his show tonite!' Can't miss it! I miss watching him!
Huhuhuhu..buat pertama kalinya aku layan cite melayu.
Yang best ia adalah terbitan Filmscape. Which I am sure gambar confirm cun..angle mesti chantek
Aku mula tengok berlakon sejak dalam Ghost.
And the moment I saw him acting, oooh I think I'm in love...again with malay drama...(Itupun kalau cerita tu dia berlakon.) So sejak itu cerita melayu aku hanya tengok bila Fahrin Ahmad dan Zahiril Adzim je berlakon.
Memilih? Huhuhu....

Bila tengok dia berlakon, rasa cam I can feel his emotion...huhuhu..dah la kau Xana..sebab kau suka...semuanya can feel..but it's true...eyes cannot lie.

So reminder...setiap Isnin @ 9.00 pm...huhuhu...kena aa gilir2 ngan Bones sebab takleh tinggalkan my dear David Boreanaz jugak...I heart him sejal dari Angel lagi


Which part of 'OVER' that I don't understand?

Maybe aku ni boleh dikategorikan jenis setia tak kena tempat.
Ataupun aku ni memang jenis tak faham bahasa, tolol, bodoh semua lah.
Aku juga bukan jenis yang berprinsip. So memang jenis tak makan saman betullah...
But, in certain matters I put a limit jugak. But mostly, prinsip sangat longgar.

Aku still tak boleh lupakan dia. He's my first love or lagi tepat dia la yang kenalkan aku dunia cinta cintun ni.
So aku still put the blame on him kenapa aku jadi cam sekarang ni...
Sabtu lepas while expecting my officemate bawak balik barang aku dari office, entah terlintas tetiba nak melencong ke rumah dia...

Lalu je pun dah cukup..I saw his car..but I don't have the guts nak jumpa dia...
Bukan aku tak faham we were over but... secara verbally or apa2 cara sekalipun he never said we were over...
Kira dia tinggal aku cam tak bertali je la...aku dah cakap aku tak faham bahasa...macam mana aku nak faham kalau kau sendiri tak cakap " WE ARE OVER " atau "KITA DAH TAKDE APA-APA"
atau "I DUMPED YOU"...cane aku nak faham? You've got no balls ain't you?

Tau2 kau dah pergi tengok wayang ngan perempuan lain. Hari raya pulak tu.  Tiba2 kau senyap. Membisu. Frienster kau diam. There's no more panggilan manja.

Kalau aku ni dah mati confirmlah roh aku melayang2 kat mana je kau berada. I just want you to call it off...Almost plus minus 6 years been together...Kau budget aku senang2 boleh erase kau that easily....
Maybe sebab aku yang terpaksa move on...to unite back with you is almost impossible...I build my life...as for now..

You don't how many tears I've wasted, how hard I dealt with the pain, how bad I felt when I hit my sis when I caught she was chatting with you, how afraid I am to fall in love again, how many guys I dumped just because I can't believe we were over....to this date, you still got place in my heart...

Friday, April 22, 2011

Budak besar


Kurang dua bulan lagi dia akan genap dua tahun.
So far, senang diajar..
At least, diaper boleh buang sendiri...diaper free belum lagi la
Nak makan pinggan dah boleh ambil sendiri
Botol susu dah minum boleh campak masuk sink sendiri
Banyak mulut but most words unidentified
Pandai memujuk
Kuat buli atok dan wan dia ( smackdown )
Perasan hensem...pantang tengok cermin mesti tersengih2 tengok muka dia
All in all...he is a mommy's boy
Selalu gak aku tangankan dia
Geram kadang2 sebab nak berkepit je
Walaupun aku tau...13 jam masa aku adalah waktu bekerja
No wonder la jumpa aku nak berkepit je kan
 Boy, you light up my life
Without you...I'm not sure I'm still here
Kaulah madu kau lah racun
Kau lah gula kau lah hempedu
Kau lah bantal kau jua lah punch bag (huhu)
Kau lah jantung kaulah jua nyawaku
Without you, I'm just a body

Exam Mode


Dah lama tinggalkan dunia peperiksaan
Ingatkan dah tak perlu nak exam lagi
Tapi, rupanya ada lagi...
Apalah ada dengan markah di atas kertas berbanding pengalaman
Disebabkan pandangan aku seperti di atas tu lah aku tak pernah score gila2 dalam semua exam2 aku
Disebabkan Malaysia bepegang teguh dengan exam-based..nak taknak aku kenalah follow the flow walaupun hati aku meronta-ronta...
Nasib baik dengan SPM aku, still boleh cari makan lagi
Kalau takde pun, you still can make a living apa kan?
Dengan khudrat, kreativiti yang ada...people won't even ask pun berapa banyak degree kau hold
Tapi ada la persky bandwagon yang still pandang remeh pada yang takde kelulusan
It's ok la...hidup tak selamanya di atas...
Satu hari kau akan cium bau tanah jugak, kan?
bukan nak kata golongan cam aku ni lazy bum yang cuma mengaharap pada takdir je...no...
Pendidikan tu penting...tapi tak semua otak kita macam spongebob...boleh main serap je..
Kita buat apa yang kita...tapi mostly kita buat apa yang kita terpaksa buat sebab that's is the only choice
Kalau tak, ekonomi keluarga kita tak boleh support...
Takkan semua nak jadi doktor, engineer and etc kan...
Habis tu siapa nak kutip sampah2 kat rumah tu, siapa nak potong rumput rumah tu, siapa nak repair kereta tu, siapa nak tolong jagakan anak2 kita tu...
All in all...semuanya saling memerlukan. Tapi pembahagian hak asasi tu sekarang macam tak seimbang...golongan sokongan semakin hari semakin ditindas...there's no such balance thing...setakat cakap boleh la..semua orang boleh cakap...

Apa-apa pun...harap aku success...dapat lah naik pangkat. Semoga kenaikan tu dapat lah aku gunakan untuk memperbaiki isu-isu sosial. Tak dapat banyak...sikit pun jadi at least dalam territory aku. Huhu..korang doakanlah...

Thursday, April 21, 2011

Antara sosialis dan kapitalis...

Sounds heavy kan?
25 tahun -- hidup kat dunia ni, banyak gak buku yang aku baca tapi semuanya picisan. Wujudnya blog ni baru lah aku tau betapa aku dambakan bacaan-bacaan yang membina minda (?).
Membaca tulisan Nami , TT, TOMD dan adalah banyak lagi buatkan aku terfikir which group of phylosophy theory I'm in?

Berada, dilahirkan, dibesarkan oleh golongan pertengahan atau dalam dunia aku sekarang ni dikenali sebagai kumpulan sokongan buatkan aku lebih menyokong isu sosial lebih daripada isu kapital. Maybe sebab aku tak pernah rasa memegang capital yang besar-besar. Cakap mungkin senang. Impian setiap orang bila ada modal yang besar, harapan kononnya nak beri masyarakat kehidupan yang selesa...Easy said than done. End up kesemuanya kau laburkan untuk kesenangan keturunan kau sebab mindset bukan senang nak berada di puncak, once dah dapat, apa salahnya kekalkan selama mana yang boleh, kaut mana yang dapat untuk keluarga aku jugak. Kebanyakan daripada kita macam tu. Yang penting hanyalah kepentingan individu. Sebab tu dah di set oleh mereka2 kapitalis ni. Macam peer pressure la. Tak tahu nak ikut sapa. Ditelan mati mak, diluah mati bapak.   Take it or leave it or you'll end up dengan tak kau mengemis kau join lah mana-mana gang merompak. Easy money...

Kalau korang nak baca hujah-hujah yang pasal dua-dua teori ni boleh la baca dalam blog2 kat atas tu. They are superb. Thanks for your research and sharing them with me.

Aku belajar gak ekonomi walaupun aku budak science stream dulu. Belajar ekonomi pun bila aku dah masuk U. Aku rasa apsal la subjek ni tak diajar masa kecil lagi. Aku rasa memang down sangat masa tu sebab rasa bodoh gila dipermain2kan selama ini. Peringatan untuk aku agar dapat perkenalkan kepada anak aku, 'dunia patut jadi yang sebegini kalau kita buat begini' akan aku terapkan dari kecil.

Aku cuma berharap agar hak rakyat dipulangkan kembali pada rakyat. Korang boleh cakap apa korang nak discussing billion ringgit biz yang korang nak buat but please look down...

Sanggup ke korang tengok ibu sarat mengandung naik motor pagi2 buta nak pergi kerja sebab nak beli kereta tak mampu...mahal dowh...ngan bunga ngan tempoh masa yang lama...

Orang2 tua yang dok mengayuh basikal, bawa beg plastik besar nampak tong sampah berhenti korek-korek cari tin aluminium...orang2 ni mungkin pernah berkhidmat masa diorang muda2 dulu...tapi kenapa dinafikan hak mereka untuk mendapatkan kesenangan...at least keselesaan sedikit pun pada mereka dah cukup...

harga barangan yang semakin meningkat tak terkawal, kenapa? Jangan dok canang demands over supply thus the price risen. Aku rasa supply mencukupi malah melebihi je daripada permintaan...kenapa aku cakap cam tu sebab kat mana2 market baik pasar raya besar still boleh nampak diorang restock benda tu...means the supply meets the demand la kan. Tapi kenapa harga tak leh nak turun2...

Soal gas tu tu dah naik tu toksah cakap la bila nak turun...takkan punya...

K la...banyak da aku merapu...

Wednesday, April 20, 2011

Benda yang aku rindu nak buat

Aku rasa hidup aku sekarang flat je. Pagi-pagi buta pergi kerja then petang nak maghrib sampai rumah. Balik rumah siapkan dinner sekali dengan makanan untuk anak esok. Siapkan diaper bag dia. Then 9.30 sharp aku masuk tido. TV aku hanya tengok hari Isnin @ntv7 cerita Bones. Selasa kadang2 kalau rajin. Hari lain kecuali hari minggu layan dvd Barney atau Elmo anak aku. Dull kan? I hate routine. Tapi apa nak buat. Sebab ini adalah dasar yang dah ada kat negara ni. Aku tak kerja aku tak leh nak support family. Nak buat kerja lain aku takut aku tak terlarat. Ye..aku agak takut nak keluar daripada comfort zone tapi sekarang aku try nak cari back up plan yang sesuai dengan sebab aku tak boleh bayangkan diri aku dengan buat kerja yang bosan ni selama hampir 30 tahun. Mau kematu punggung aku.

Aku rindu masa-masa dulu. Aku cukup happy. No wonder sekarang aku stress sampai rasa nak cut myself...How i wish aku berani cut myself into pieces. Ha ha ha. Mental disorder? Yup...

  1. Aku rindu nak melukis/menconteng. Dulu aku pantang jumpa kertas. Aku mesti nak doodling scribling. Pantang. Biasa kat kedai buku aku akan cari sketchbook/kertas lukisan yang cun2 cover dia. Aku tak ingat mane aku letak semua sketchbook aku sebab kemas rumah mak aku untuk kahwen pastu x pasti mane adik aku letakbox khazanah aku. Aku rasa sekarang tangan pun dah keras. Aku rindu nak lukis gambar2 tumbuh2tumbuhan. 
  2. Kumpul poems. Aku nak karang poems memang agak cranky skit. But I love reading and collecting poems, quotes wise words and nice lyrics.
  3. Write diary. Aku ada beberapa diaries. Start daripada aku sekolah menengah. Dan aku suka kumpul diari yang comel2. Dah nama perempuan kan...Last update diari aku 2009 kot
  4. I LOVE collecting POSTCARDS! Tapi sekarang susah nak cari postcard yang comel2. Dulu aku ada pen-pal kat Ireland. Dia suka kirimkan postcard yang comel gambar cartoon which is hard to get kat Msia ni. Sekarang ni..huhu..aku rasa nak try buat sendiri la postcard. Hehehe... 

 Those are the things that I love to do..dulu la. Cuma sekarang aku rasa longing sangat nak buat benda-benda tu semua. I need something to make me happy. I am so stressful these days.

Tuesday, April 19, 2011

I am The Lone Star

He stands in the sky among a thousand others.
You might even say they are sisters and brothers.
Yet, though he shines along the millions that lighten the dark
You might say he stands among many and yet in loneliness.
Alone he is far from the others he still shines brightly.
He makes his appointed appearance as dusk comes upon us nightly.
He doesn’t simply shine but twinkles with joy.
Millions of miles below, there sit a girl and a boy
Embraced within each other’s loving arms,
As they stare at the star, shining with all its charms.
This is love.

Bundle dan aku

Aku start pakai bundle sejak masuk U
Sebelum tu, sebab semua ditanggung mak ayah...
So aku tak la berkira sangat...duduk asrama start lepas UPSR kan...
Biasanya baju-baju aku dulu dibeli masa aku tak ikut diorang shopping

Call me cheapskate...
Bab baju, seluar, tudung ...
Aku hanya akan beli bawah RM10
Mak aku memang tak bagi aa aku beli bundle...
Dia kata nanti dapat penyakit yang tak tau asal usul/ nama dia daripada bekas pemakai
Bagi aku...setakat baju duduk rumah...RM10 per piece tu dah kira mahal
Tambah2 aku ni jenis dok dapur plus basuh tandas

Pernah dulu masa zaman2 aku dok tolong laki aku menjual di pasar malam
Bulan puasa...4 helai T-shirt for RM10. Mane nak dapat lagi kan...
Harga camtu ko beli kat kedai dapat tshirt kosong je takde printed pape

Sampai sekarang aku still beli bundle...
Aku suka tengok kemeja bundle gak...design kadang2 classic
corak pun classic....kat kedai tak dapat la sehelai kemeja checkered tu harga RM10 kan
at least paling murah pun RM39.90.

So untuk anak aku...
aku wariskan sikap cheapskate aku ni
jeans dan tshirt yang printed2 best...
aku beli bundle je...
seluar jeans kids je lg mahal dr seluar jeans aku
jeans aku pun aku beli kat tesco/cr4 je yang harga tak lebih dr RM10
ni kan pulak aku nak beli seluar untuk anak aku yg harganya 5 kali ganda daripada seluar aku
maafkan mama la sgt2 eh...mmg xkan ku beli

I love bundle..and it's smells goood...ho ho ho

Monday, April 18, 2011

Sakit Mental

The only antidote to mental suffering is physical pain.  -Karl Marx-


Semalam tiba di rumah lepas habiskan hari minggu kat rumah mertua, tetiba bukak pintu aku rasa sayu sangat.
Tak pasal-pasal aku nangis tak henti2. Turunkan anak daripada kereta. Angkat baju kat jemuran yang dah tiga hari tersidai. Last day husband aku yang sidai. Tiba2 aku rasa fragile sangat. Sabtu hari tu hantar dia balik training. Then, I have to wait for another 3 months for him to return. Hari tu hantar memang aku steady je tak nangis. Budget tough tapi sekarang depan pintu rumah, sayu sangat.

2 minggu yang singkat. Dia balik nak bersama denagn aku dan anak. Tapi ada juga onar aku buat. Sepatutnya aku gembirakan dia sebab dalam training dia berhempas pulas demi mencari nafkah untuk kami sekeluarga. Bukan aku tak merestui dia. Siapalah aku nak restui dia yang jadi ketua keluarga aku ni.

Jangan dibiarkan hati kekosongan nescaya akan ada unsur2 yang nak menyelinap masuk. Aku tak nafikan. Hampir aku mental disorder mangharungi kehidupan tanpa dia. Tanpa kawan2 rapat, tanpa keluarga...walaupun ada dan mereka bersedia membantu namun bukan jenis aku nak meminta pertolongan mereka selagi aku masih kudrat dan mampu buat sendiri. Be it sokongan dari segi fizikal ataupun mental. Tu kadang aku tend jadi buat sesuatu di luar fikiran bila dah naik gila simpan perasaan. Great manipulator? Liar? Jangan cakap...samai aku sendiri tak tau sama ada apa yang aku cakap tu jujur ke atau sekadar nak jaga perasaan.

All I need is just a physical pain. Beranak sekali lagi? Huhuhu...Tu dah termasuk mental suffer sekali. Maybe I should try to cut myself?

Friday, April 15, 2011

Homemade Chocolate fresh from the fridge


Dalam perancangan. Please pray for me... Doakan saya cukup rajin untuk buat coklat ni. Mane tau I can give ya' all for FREE...Giveaway???? Hurm...

Ke mana menghilang?

Tak ke mana
Ada je kat bumi Allah ni lagi
Cuma kesibukan melayan suami yang bercuti huhuhu selama 2 minggu buatkan aku sibuk dan malas nak update.
Dan minggu ni pulak 3 hari aku amik cuti.
Semalam nak datang kerja tetiba kuar rumah tayar pancit pulak. Dol betullah!
Nasib ada husband. Buatnya dia dah masuk training...Mati kutu aku...
Last2 aku decide kena belajar tukar tayar sendiri...semalam aku amik EL..bos aku sure bengang giler. Dah Sinin Selasa cuti..Rabu keje then tetiba Khamis cuti lagi.
Kalau rumah aku sebelah ofis for sure la takleh nak elak. Ni perjalanan ke ofis hampir satu jam. dan kedai tayar mana yang bukak pukul 6 pagi kan? Baik lepak dulu kat rumah. Paling koman kol 10 baru derang bukak.

Aku pernah la tolong my ex bf dlu tukar tayar. Ni kan tayar CLV aku yang kecik molek. Tang nak pasang jack tu aku tak tau cane. Yang aku tau cane nak bukak nat tu jer. Harapkan laki ...laki makan tayar..hahahaha...Aku dah cakap salah arah dia pusing nat tu. Dia tak caya...maklumlah aku kan pompuan bese dok dapur..Oh, aku lupa yang dia bekas plumber. Dia kata kalau plumbing nak bukak ikut arah jam. Tu kalau paip bang...Most thing in the world nak bukak screw part tu lawan arah jam...kan?

Last2 nasib baik pakcik depan rumah tolong kebetulan pakcik tu pomen gak...heheheh.. Maceh Pakcik Z.

Sape pakai Cute Little Viva? Aku nak tanya la apsal tayar spare dia kecik semacam? Amoi yang tampal tayar aku semalam cakap aiyooo...manyak kicik ooo ini tayar....aku pun jawab aa...ye ke? Perodua bagi meh...ori lagi...tak boleh pigi jauh aa guna ini tayar...mati lu ooo kalau tengah hutan..eh???

Sape nak explain??????????????

Changing tyres is a simple task? They say la....amoi kedai tu buat tak sampai 10 minit. Kagum aku! With machine la...cube try guna tgn...luka2 tangan aku...

Okey klik [sini] untuk cara-caranak tukar tayar.

Wednesday, April 6, 2011

Monday, April 4, 2011

To whom I call The Smurf

Do you like this blue tiny character? I do...Hahaha...coz this blue creature reminds me of some people in my life.
You may read about this Smurf [here].


I remember back in my dull varsity year...me and my room mate/classmate had given a curse name to one of our classmate. We called him Smurf because his face reminds us about smurf character. Really! Short, irritating, rounded nose...hahaha..poyos gilos! We hate him. Smurf was our code name when we wanted to curse him...

And then I know this guy. Hahaha..This time, not because i hate him but his funny face reminds me of the cute smurf. Good on his own way. I rarely got to watch the cartoon now but the image is there. Maybe I used to watch  the smurf series a lot when i was little.  

But aren't they cute? I saw Bossini (if not mistaken) sells The Smurf tees but I don't think RM 69.90 for a tees is affordable...being a cheapskate me...it's too expensive for me who prefer bundle and most of my outfit i got from bundle store. Except for certain garments..

To The Smurfs I know...you got a special space in my heart...heheheheheh....

True love is love of no reason

I am in the middle of two roads diverged in a wood

I can't travel both but I know in the end I have to decide which road I should take...

To the left, I will lose almost everything I have now and I need to start all over again...especially the relationship
What I have on this road, is just someone I can rely on...

To the right, I will lose someone I believe who can make me happy in the end of my day, but all I got now will still remain...flashing the fake of smile...while mending the broken heart.

Friday, April 1, 2011

Anak dan Electronic Games

I'm not against games but I choose which game should my kid play. Aku memang gile game. Especially strategy games. Cuma, bile dah beranak ni interest tu dah hilang. Penat. Tumpuan dah ke lain. Cuma sekarang I enjoy games lumba kereta. Especially drift race. Hahaha..Gile mencabar dan sakit jari..Huhuhu I prefer ps2 daripada PSP. PS3..tak pernah try lagi. Time aku kecik dulu dah confirm la kena marah ngan mak ayah aku main games je sokmo kan. Tapi ada had masa la kena tetapkan pada anak. Lagi bagus kot bagi main games as rewards sebab his hardwork. Merasuah? I don't think so. It's a reward. The material is still mine. I just allowed him to play with it in a limited time. Tu je. Lain orang lain pandangan kan?

Comics, games sesuai la untuk peringkat umur kecik sebelum dia melangkah ke alam sekolah sebab benda2 tu lagi menarik perhatian. Colorful, not so stressful reading plus tulisan dia takdelah panjang berjela-jela kan?
Lagi satu aku dengar buku Peter & Jane pun bagus untuk membantu anak-anak dalam banyak segi. Esp reading, spelling...



Fokus beb!


Walaupun tak pandai main lagi tapi nampak objek tu move and when he press certain button ada bunyi kelakar yang keluar simply make him smile. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...