Nuffnang ads

Wednesday, November 13, 2013

Keluar darah

Macam biasa aku hari-hari balik kerja tung tang kat dapur. Lepas masak sap soi teus ajak keluarga makan. Masuk waktu Mahgrib pun baru nak sudah makan, suapkan anak-anak.

Usai makan, pesan dekat Hariz solat nak. Berhentilah main dulu. Lepas solat, belajar Iqra' sikit sambung lah main.

Masuk kali ketiga aku pesan suara dah nyaring sikit baru lah dia menjawab.
" Hariz keluar darah lah mama."
Aku yang kebetulan tengah basuh tangan gelak besar.
"Mama dah boleh solat belum? Keluar darah lagi tak?"
Aku yang belum habis gelak terkedu dengan soalan dia tu.
Oit, awak tu lelaki la nak. Mana ada keluar darah cam mama melainkan kalau awak buasir kronik.

Ada je alasan. Karang mama keluarkan senjata terakhir nanti baru tau.

Thursday, November 7, 2013

Wahai anak...

Sejak kebelakangan ini banyak perkara positif berlaku dalam keluarga kecil aku. Tak dinafikan walaupun dibesarkan dalam keluarga yang menitikberatkan soal pendidikan, soal adab, soal disiplin, soal masa ada sesuatu yang aku rasa kurang. Namun kekurangan tu tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Semacam lost soul aku rasa bila baca post-post daripada Warga Prihatin. Tak boleh nak salahkan kedua ibu bapa aku kerana mereka telah dididik dengan dasar sedia ada dan adat budaya yang disanjung tinggi oleh para nenek moyang kita itu. Mungkin tak keterlaluan bila aku cakap aku dibesarkan dengan ikutan daripada cara-cara lazim orang-orang tua dahulu yang kurang diberi penekanan dan pendidikan berasaskan Islam dan berlandaaskan Al-Quran.

Ya, aku bekas pelajar sekolah menengah kebangsaan AGAMA...namun macam yang aku cakap awal-awal tadi, dasar pendidikan yang sebegitu rupa hanya melahirkan aku...aku cakap AKU setelah menilai kondisi semasa aku..hanya melahirkan aku, seorang ROBOT yang mendambakan A semata semasa menduduki PMR. Seorang ustaz yang menempelak aku di dalam musolla hanya kerana suara aku tidak cukup merdu untuk melagukan ayat suci Al-Quran. Demi waktu itu, aku hanya merugikan diri aku kerana satu apa yang ditekankan sewaktu bersekolah agama hanyalah seperti mencurha air ke daun keladi. Bila kelaknya, aku bertukar sekolah ke Maktab Rendah Sains MARA, tuduh labuh

yang diwajibkan di SMKA itu ku tinggalkan. Sikit-sikit sehingga ke Universiti aku makin alpa, makin jauh daripadaNya.

Tak usahlah aku menuding jari kepada siapa yang harus dipersalahkan waktu-waktu yang telah berlalu. Perkongsian Warga Prihatin  yang aku follow, yang aku amati, yang aku baca...alangkah aku berdoa agar dapat diputarkan masa kembali akan aku kongsi ilmu yang ada dengan kedua orang tua ku. Namun begitu, yang berlalu biarlah berlalu. Hidup yang ibarat putaran roda meletakkan aku di tempat ibu bapa ku suatu masa dahulu. Ilmu yang aku dapat, yang aku baca buat aku tersentak, bimbang, takut dengan masa depan anak-anakku. Sekiranya aku kekal ego dengan takat ilmu seciput tak seberapa yang aku ada sekarang. Jauhlah aku daripada panduanNya nescaya aku akan dilupakanNya. Na'uzubillah. 

Ada benarnya pepatah melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Wahai anak-anak ku, demi menggalas tangunggjawab menjaga amanah Allah ini, akan ibumu ini berusaha sebaik mungkin. Memberi contoh terbaik untuk bekalkan anak-anak di masa hadapan nanti. Moga Allah restuilah perjuangan ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...