Nuffnang ads

Monday, July 13, 2015

Belangsukawa

Allayarhamah Aliya Salsabila binti Hijas Halimi
(21 April 2015 - 8 Julai 2015)

Petang 21 Ramadhan 1436H bersaamaan 8 Julai 2015, seusai berbuka berpuasa suami menjerit kecil minta aku semak message dalam whatsaap group. Aku yang kebetulan di dapur sedang sibuk mengemas selepas berbuka.
Aku buka messages group family aku.
Message pertama daripada adik aku. 18:59 : mak abah, anak kami dah takde.
Mesage kedua daripada adik ipar aku suami adik 19:53: mak n abah...anak kami dah xde...

Allahu...
Aku terkedu.
Hampir satu jam baru perasan berita.
Aku call mak. Praying it wasn't true to my little niece.
Mak cakap mak on the way ke Az-zahra Bangi. It was all true....

I'm crying. Hurried kids to get ready. And off we went to Bangi.
Dengan pelbagai perasaan gundah. Kehilangan terbesar dalam keluarga aku setakat ni.
Anak buah pertama ku dalam keluarga. Hanya berusia 2 bulan lebih.

Setiba di Bangi, bergegas masuk ke tempat yang diletakkan arwah.
Kaku. Sepi. Atas katil terbujur kaku anak buah ku. Allahuakbar.
Adik didakap. Diharapkan tabah walaupun aku tau tak mudah.
Sebagai orang terdekat kehilangan ini amat terkesan.

Air mata tak henti berlinang.
Ku hampiri katil tu. Dengan anak kecil ku dalam dukungan.
Tenang. Sejuk. Wajah Aliya. Kesayangan semua.
Ku cukup dahinya. Tak mampu aku teruskan menahan sebak yang tertanggung.
Beratlah tanggungan adikku. Terlalu besar pengorbanannya tepaksa berpisah yang abadi dengan anak sulungnya. Allahu. Tak tertanggung rasanya kalau aku di tempat adikku itu.
Meninggal dunia di rumah pengasuh. Dikhuatiri tersedak susu/sesak nafas.
Wallahualam.

Malam tu selesai di Az-zahra, jenazah dibawa ke hospital Serdang.
Plan untuk post mortem keesokan harinya.
Terpaksa tinggalkan jenazah bermalam di hospital malam tersebut memandangkan masa tiba di forensik hampir jam 11.00 malam.

Keesokan harinya jam 9.00 pagi aku dan suami tiba di perkarangan forensik.
Mak, abah dan adik telah tiba awal setelah bertolak dari rumahku awal pagi selepas subuh.
Laporan polis yang asal ditarik semula selepas adik ku taknak meneruskan post mortem.
Redhalah adikku kalau itu keputusanmu.
Seorang ustaz dihubungi untuk proses memandikan jenazah.
Masa ini, aku betul-betul tak dapat mengawal perasaan.
Sekujur tubuh kecil di atas tempat pemandian.
Apatah lagi perasaan adik dan suaminya.
Memandikan anak buat kali terakhir.
Sungguh, aku tak sanggup.
Selesai dikafankan terus seusai mandi.
Jenazah dibawa ke rumah abang kepada iparku.
Untuk disembahyangkan dan dikebumikan.
Selesai waktu zuhur, jenazah disembahyangkan dan dibawa ke tanah perkuburan islam Bandar Baru Bangi berhampiran UKM.
Hampir jam 3.15 petang, jenazah selamat dikebumikan.

Aliya Salsabila.
Walaupun kenangan dengan maklong hanya seketika cuma.
Sempatlah maklong mandikan awak, bersihkan awak, mendodoikan awak.
Rindu. Sangat rindu apatah lagi mommy dan daddymu.
Nantikanlah.
Mommy dan daddy mu di syurga kelak.
Kami di sini akan sentiasa merindui kenangan yang sedikit bersamamu sayang.
Maafkan kami wahai bidadari syurga.

Catatan
-Hari ke5 pasca peninggalanmu-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...