Nuffnang ads

Tuesday, June 26, 2012

Durian? Gemuk? Kolesterol?

Hik hik...bukan durian yang menggemukkan. Tapi tabiat pemakanan yang tak betul. Kesian durian.


Artikel daripada kevinzahri.com

Ah yes, sekarang musim durian di Malaysia. Jadi semasa makan malam di rumah ayah saya di Ampang semalam, keluarga saya agak terkejut apabila “cikgu fitness” pun memakan seulas durian. Keluarlah kata-kata seperti “boleh ke makan durian?” atau “tak tinggi kolesterol ke?”.
terkejut semua apabila “cikgu fitness” makan durian semalam ….
Tak salah makan durian in moderation dan saya rasa buah durian itu mempunyai reputasi buruk padahal ia mempunyai banyak kebaikan.

10 Fakta Menarik Buah Durian

Jumlah kalori untuk 1 ulas Durian (cekodok.com)
  1. Tinggi Kalori? Ramai yang menganggap buah durian tinggi kalori dan menggemukkan. Tahukah anda bahawa seulas durian baru mempunyai 50kcal. Tidaklah tinggi sangat.
  2. Tigggi Kolesterol? Durian atau mana-mana buah pun tidak mengandungi kolesterol. Kolesterol cuma datang dari sumber haiwan, bukan tumbuhan.
  3. Tiada nilai nutrisi? Buah durian kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral seperti antioxidant vitamin-C (about 33% of RDA), B-complex dan potassium (penting untuk kawalan bendalir badan, mengawal denyutan jantung dan tekanan darah. Durian juga mengandungi calcium dan phosphorus
  4. Tinggi lemak? Satu ulas durian baru ada dalam 1-2g lemak dan tu pun bukanlah lemak tepu (saturated fat)
  5. Tinggi gula? Satu ulas durian ada dalam 10g gula. Tinggi? Itu bergantung kepada jumlah kuantiti pengambilan anda. Kalau 2-3 ulas masih kurang lagi daripada satu tin minuman soda.
  6. Panaskan badan? Memang. Buah durian mempunyai kualitit memanaskan badan jadi elak makan berlebihan, lagi-lagi kalau anda mempunyai diabetes atau tekanan darah tinggi.
  7. Tingkatkan nafsu seks? Betul! Itu berbalik kepada kualiti panaskan badan – peningkatan peredaran darah. Sekali lagi, hati-hati sekiranya anda hypertension dan elakkan bercium-cimuan :)
  8. Tidak sesuai untuk diabetes? Betul tapi itu bukan soal durian semata-mata tapi mereka yang ada diabetes atau kencing manis harus kawal pengambilan gula dan makanan/minuman yang tinggi glukosa.
  9. Kurangkan stress? Bergantunglah kot tetapi buah durian mengandungi amino asid bernama tryptophan yang bantu tingkatkan keluaran hormon serotonin (yang mengantukkan) jadi anda lebih senang tidur, rasa lebih “ringan” dan lebih tenang.
  10. Jangan makan berlebihan? Memang betul. Tapi sekali lagi, itu bukan untuk durian semata-mata tetapi untuk segala-galanya. 1-3 ulas sekali jalan tidaklah terus sangat.
Oklah enjoy musim durian dan makanlah dengan ilmu yang lebih baik.
Sekarang kalau ada orang yang cepat buka mulut dan berkata “boleh ke makan durian?” atau “tak tinggi kolesterol ke?”, anda boleh kongsi ilmu dengan mereka.



1 comment:

Puan Eka said...

sedapnya durian!

memang bagus durian ni,eka tak kisah,panas ke tak panas ke,makan jugak..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...