Nuffnang ads

Friday, January 21, 2011

My MRSM memories

Keputusan permohonan kemasukan ke MRSM dah pun keluar.
Bagi adik-adik yang berjaya, tahniah diucapkan.
Bagi yang belum dapat keputusan takpe tunggu sampai bulan 4.

Cakap pasal MRSM, akak ( eh, akak la pulak kan ) adalah bekas pelajar MRSM jugak. MRSM Lenggong jauh nun di Hulu Perak antara Grik dan Kuala Kangsar. Tempat memang heaven. 

Oh, akak dan batch akak (kemasukan ke Tingkatan 4) adalah pelajar pioneer kat situ dulu. Sebenarnya masa tu, ada dua batch patutnya.  Satu memang postingnya di MRSM Lenggong. satu lagi batch sepatutnya posting di MRSM Kuala Kubu Bharu, Selangor tu tapi disebabkan kat Kuala Kubu Baru tu belum siap so batch akak yang rata-rata dari area Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan terpaksa la menumpang di Lenggong ni.

Asal dulu MRSM Chenderoh tapi ditukarkan nama pulak.
 Tempatnya Insya Allah terbaik. Siap ada dusun lagi. Musim durian je lepas preparation class masuk dusun. Dulu lah. Sekarang tak tau apa cerita sebab reunion hari tu tak dapat pergi.


 Masa dulu akak guna sistem pointer. Sekolah biasa pun dah guna kan sekarang ni? Ingat lagi masa tu exam mid term tak dapat amik paper sebab chicken pox, paper semua kena repeat balik siap kena masuk intensive class lagi.
Sebelum masuk MRSM ni akak adalah pelajar SMKA juga. Masa tu sepatutnya budak SMKA dah tak boleh apply ke MRSM lagi tetapi nasib akak baik kot. Terlepas la jugak. Masa tu akak dapat masuk dengan keputusan PMR hanyalah 6A. Sekarang ni minimum pun 7A kan? Itupun belum tentu dapat. Tapi tips masa ambil exam kemasukan ke MRSM tu (somebody told me this la) jawab semua soalan jangan tingal satu pun. Masa akak amik exam tu ada juga kawan akak yang dapat 9A apply ke MRSM tak dapat masuk. Ikut nasib juga lah kan.
Surroundings memang berbeza. Uniform sure lain. Dulu akak baju kaler cam peach kain coklat. Sekarang ni rasa cam kain warna cam hijau pucuk pisang cair cam tu dengan baju warna putih kan? Time pendidikan jasmani dulu kena buat semua cam orang gimnastik buat. Gila betul ingatkan masa tu sebab cikgu PJ memang kelulusan khas pendidikan jasmani lulusan U di Australia lagi kalau tak silapla. Kena buat monkey bar, rolling semua tu dan beberapa benda yang tak berapa ingat dah.

Walaubagaimanapun, tak kiralah dimana korang belajar pun sekolah yang bagus hanyalah sekadar pemangkin semangat untuk terus berjaya dan dapat masuk sekolah yang bagus just a good reward for your hard work during your PMR and you deserve the best for you. You'll learn something new in new school. Make new friends. And always remember this. Good schools are not necessarily promise a bright future. You still have to go through the phase of the university/higher education. 

But, the bright future always come from our own hard work no matter how high you have been studied, how many A's you've scored...how worst your result were...


Looky looky looky...semoga berjaya di mana jua korang belajar.


Gambar semua di googled.

2 comments:

latep said...

oowh ahli ansara la ni..

Xana said...

latep : tak join pun....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...