Kalau korang perasan gambar kat profile tu ada cam tak berapa tersusun sikit gigi tu. Belah kiri semua ok cuma tang belah kanan tu untuk upper/bahagian gigi atas aku punya lateral incisor ( dari dua gigi depan/central dan sebelum gigi canine/taring) tu cam ke dalam sikit. Problemnya maybe sebab baby teeth aku lambat cabut.
Lower problem same case belah gak, lateral incisor aku gak cam terkedepan. Canine aku cam terkedalam sikit, dan first premolar/first bicuspid cam tak align. Ketiga-tiga aku di bawah tu tak sama align dengan yang lain.
Alkisahnya, memang mak aku dah refer kat dentist ni untuk buat braces la masa aku form 1 kalau tak silap. But ended up doctor tu kata tak payah sebab gigi cam aku ni PEMANIS MUKA... He claimed that!!! Actually doctor tu pun dah arwah dah. Muda dalam 40an camtula tapi ada masalah jantung kot sebab dia 'pergi' selepas terjatuh daripada main bola sepak.
Disebabkan itu, gigi aku remains like that sebab doktor tersebut tak bagi aku pakai braces as i look cute with teeth like this. Aku sorang je gigi tak elok as my second sis gigi dia memang lawa semulajadi but ada stains sket sebab di suka minum milo, third sis baru lepas tanggal braces (dianya disorder gigi tu lagi teruk so kena buat sebab dagu dia jd senget) but lepas cabut braces pun dagu dia remains senget skit mungkin sebab habit dia dulu-dulu suka giggles kot...nak align balik kena buat jaw alignment...hehe..pandai2 je aku. Adik bongsu lelaki aku dia just cabut canine ke gigi molar die tah aku pun tak sure then dia pakai cam retainer masa umur dia 12 tahun kalau tak silap aku. Terus gigi tu cantik je tak payah pakai braces. Lagi muda korang refer lagi senang gigi tu nak align balik. Tah berapa banyak align daaa aku guna.
Gigihnya aku edit guna paint tahap nak tunjuk kat korang. |
1 comment:
ha.ha tampal je dgn gigi emas..bior rata dan berkilaat
Post a Comment