Nuffnang ads

Friday, August 20, 2010

1st Solid Food Full With Love Giveaway

ok..kak pija a.k.a akak yang saya pernah beli CD daripada dia dulu buat contest (klik sini atau banner di side bar untuk lebih lanjut).
rasa cambest dan sejak ada la pengalaman sikit-sikit (anak baru seorang la katakan). Cakap banyak tak guna...jom kite ke resipi pertama

1.Baby teething biscuit a.k.a biskut bayi tumbuh gigi

(gambar mmg tak lawa, ok..tapi rase best..kot? baby xleh cakap kan?)

Bahan-bahannya (paling senang dan simple. main campak-campak je dengan penuh kasih sayang. Kak Pija, sambil wat beskut raye leh la bakar beskut untuk Ahmadi sekali yer )
 
1 cawan tepung
1 cawan baby cereal
1 cawan jus/susu (kalau Ahmadi tak pakai susu formula boleh la cuba-cuba gantikan jus limau ke, susu kambing ke, soya tak bagus kan??)

Cara-caranya:

Gaulkan kesemua bahan-bahan tersebut dengan baik sekali.(sampai jadi doh). rollkan dia dan potong ikut suka. kalau boleh biarlah ngam-ngam saiz genggaman Ahmadi. Biasa saya buat bentuk petak ataupun bentuk  stick je. Kalau stick senang kak, time2 kite nak shopping or jalan-jalan, dia ek ek sikit kan bagi dia pegang biskut tu.


 *Doh akan jadi sedikit melekit. Jangan khuatir dan jangan panik. Boleh tambah tepung skit ataupun cereal .

2. Pumpkin puree a.k.a puri labu 
(biasa baby akan tertarik dengan rasa-rasa yang lemak manis terutama bayi yang minum susu ibu.Boleh gantikan dengan keledek yang kaler oren tu jugak)



Bahan-bahannya:

1 ulas bawang besar (cari saiz kecil) -racik halus-halus
1/4 labu-potong kiub
Sedikit minyak masak (boleh gantikan dengan butter)
Air(ikut suka hati. bergantung kepada kepekatan yang nak)



Cara-caranya:
Masukkan sedikit minyak dalam periuk . Gorengkan bawang sampai kekuningan. Masukkan air. Bila dah mendidih air tu, masukkan labu. Renehkan sampai labu tu jadi lembik. Boleh lecek kan atau blend halus. Bagi bayi yang nak tumbuh gigi ataupun yang jenis suka masukkan jari dalam mulut, mereka lebih suka makanan yang chunky. Hanya lecekkan bolehlah mereka rasa tekstur makan tersebut.


Sekian.

1 comment:

Sitisifir10 said...

OK Xana, sini ada tambahan 2 point lagik :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...