Nuffnang ads

Thursday, August 12, 2010

Entri yang tidak berkata

Hari ini hari kedua berpuasa. Saya masih dapat bertahan. Pagi tadi sahur kebetukan Hariz ikut bangun sekali. Semoga tetapkanlah hatinya dengan didikan kami sebagai ibu bapanya agar dapat dia kekal menjadi insan yang bersikap.
Bersikap? Apakah? Saya pun masih mencari-cari makna bersikap itu. Tak cukup bersikapkah saya ini? (jika masih tertanya-tanya nampak benar yang saya masih belum ada sikap )


Kebelakangan ini, saya banyak menghabiskan masa di pejabat ( sangat bertentangan dengan etika kerja ) dengan membaca blog seorang penulis yang telah lama saya kenal ( melalui novel beliau ) dan saya meminati tulisannya.


Faisal Tehrani

BUku pertama beliaun yang saya baca ialah Detektif Indigo yang dihadiahkan kepada saya. Bila, di mana, kenapa langusng saya tak ingat. Tapi ceritanya berkenaan dengan sekumpulan budak-budak yang IQ nya genius dikumpulkan dan rilatih mengikut kemampuan masing-masing untuk membantu dalam kes-kes penyiasatan. Ada betul ke? Yang pasti ceritanya lebih kurang berunsur cerita penyiasatan dan fiksyen.
Rupa-rupanya saya berkongsi minat yang sama dengan adik saya yang ketiga, Pnut.

Novel beliau yang saya temui kembali ialah Advencer Si Peniup Ney.
Apabila usia saya makin meningkat, saya mula mual dengan novel-novel cinta yang dahulunya menjadi kegilaan saya di bangku sekolah rendah dan menengah.
Saya perlukan bacaan yang lebih berat.


Buku-buku beliau membuatkan saya asyik dan mengajak saya berimaginasi dalam masa yang sama membuatkan kita berfikir. 

Sebenarnya sebentar tadi saya terbuka satu entri beliau berkaitan Palestina . Lebih daripada itu sebenarnya. Cuma saya tak sanggup melihat anak-anak hilang anggota badan, terbakar...sangat meruntun hati saya seorang ibu.
Selalu terbayang-bayang, apakah akan berlaku sekiranya negara yang 'makmur' seperti Malaysia ini akan menjadi seperti di Palestin. Apakah saya rela melihat anak saya menjadi seperti itu? Setiap melihat gambar sebegitu, air mata saya pantas mengalir. Celakalah mereka-mereka itu.


Hampir setiap malam setelah menidurkan si kecil Hariz, terpangu sebentar saya melihat wajah mulus dan suci si anak kecil saya. Apakah aku sedia melepaskan dia sekiranya apa yang terjadi di Palestin terjadi di sini? Apakah dia mampu bersendirian tanpa ku? Mengingatkan itu sahaja cukup membuatkan aku sebak. Walaupun siangnya aku penuhi dengan memarahinya kerana sibuk membuat sepah. Ah, ibu apakah aku ini? Dan setiap malam juga aku menyesali apa yang aku lakukan padanya di dinihari tadi.


Anakku,
Seandainya kemaafan tidak lagi beerti
Sekiranya masa tidak lagi dapat diundur
Tak mampu lagi ku ubah sikapmu
Salahkanlah ibumu ini nanti
Kerana membesarkan dirimu 
dengan amarahnya...
Namun,
sebelum kau menginjak remaja
akan ibu pastikan yang ibu berubah sikap
demi masa depan mu nak


Nota kaki: Cubalah baca buku beliau.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...