Nuffnang ads

Friday, August 13, 2010

Apa yang saya tak suka makan

Hoh. Memang entri tangkap muat sahaja ni sebab pagi tadi tak berkesempatan bersahur dek kerana melayan karenah si anak kecil bermain lantas tersungkur hingga ke waktu syuruk. Ini sekadar mahu melayan jam-jam terakhir sebelum waktu berbuka dan balik kerja.
Makanan-makanan yang saya takkan ulang makan atau takkan sentuh :
1. Yang haram ( takkan sentuh apetah lagi makan la kan )
2. Kuih yang lembik-lembik ( Seakan spesies badak berendam dll. tapi ada juga yang saya makan macam tepung pelita, kuih gula melaka )
3. Kek Buah Campuran ( tak suka sebab terlampau manis walaupun manis buah )
4. Ikan terubuk masin ( hari itu adalah orang bagi. Minta maaf banyak saya forward kepada mak mertua saya sahaja )
5. Terung (sebab jadi lembik kot lepas masak)
6. Makanan laut yang bercangkerang selain kerang, lala dan siput ( kepah pun fikir banyak kali )
7. Kepala ikan, mata ikan dan apa-apa daripada bahagian kepala tu la
8. Tongkeng ayam ( tu pasal saya ni jenis pendiam...apa kaitan? )
9. Kacang parang
10. Biskut raya pun memilih ( selain bangkit, yang ada green peas/kekacang lain, ada cornflake/oats/nestum, semua saya tak ulang makan. Samperit? Memang tak pernah suka)
11. Apa-apa jenis masakan singgang ( bak kata abah lauk orang sakit. tapi bukan orang sakit patut bagi makan yang lagi sedap ke?)
12. Mee kuning ( kurang suka )

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...