Malam Selasa macam biasa selepas solat Maghrib ada aktiviti berzikir.
Aktiviti paling aku suka. Port baik bunya. Belakang tiang surau sudut tepi sekali.
Bilik simpan telekung tak boleh. Banyak anjing. Itu yang digelar bagi Ketua-ketua Pelajar kat situ.
Waktu berzikir adalah paling sesuai untuk aku melelapkan mata. Bukan aku seorang. Adalah beberapa orang yang memang sekepala.
Sedang aku nak lelapkan mata, tetiba bahu aku ditepuk.
"Weh, Intan! Nama kau kena announce. Dia suruh pergi belakang bilik PA." Moon kejutkan aku.
Kenapa la pulak ni? Biasa hal kecemasan je dipanggil ke belakang tu.
Dah sudah. Jauh-jauhkanlah berita buruk tu daripada aku. Aku hanyalah budak berusia 14 tahun. Adik-adik aku kecil lagi. Apa patut aku buat bila mereka sudah tiada lagi! Tidak!
"Moon, jom teman aku." Aku ajak Moon. Bukan Moon je nak ikut. Berderet member aku yang kepochi nak tau juga. Adalah dalam lima orang yang ikut.
Aku jenguk tingkap luar bilik PA tu. Gelap je. Aku pergi dekat. Ketuk tingkap.
Nampak sesusuk tubuh masuk ke bilik tu daripada lampu samar-samar dari dalam surau sekolah aku tu.
Tingkap dibuka kecil. Farouk! Dia hulurkan secebis kertas. Aku dah berdebar.
"Apa ni weh?" Menyirap gak darah aku. Panggil aku keluar siap announce lagi semata-mata nak bagi benda alah ni. Kat sekolah esok kan boleh bagi. Bikin panas malam aku je.
"Bacalah dulu." Terus dia tutup tingkap.
Belum sempat aku nak buka dan baca, Ayong dah rampas dulu. Ramai-ramai kerumun baca. Aku?
Lantak koranglah. Nyamuklah sini. Gelap pula tu.
"Intan! Surat cinta la weh!" Ayong jerit separuh berbisik pada aku.
Damn! Kantol!
No comments:
Post a Comment