Sebagai anak sulung, perangai biasa kebanyakan mak memang melekat ke saya.
Membebel itu satu kemestian. Terbawa2 ke alam rumahtangga.
Mujurlah suami seorang yang cool.
Segarang-garang saya, Hariz tu pasti cari saya juga kalau nak buat sesuatu. Si kecil Hayfa pun sama.
Minggu yang baru berlalu ni buat saya betul-betul flat.
Mula-mula Hayfa demam dulu. Disusuli Hariz lepas balik nikah sepupu.
Jangkit ke ayahnya pulak.
Si kecik tak banyak karenah. Tapi Masha-Allah...si ayahnya...
Menjaga suami waktu sakit sangat menguji kesabaran.
Dengan nak melayan Hariz. Dengan Hayfa yang tak boleh letak. Dengan cuti panjang...
At least masa suami sihat dapat la dia ambil alih jaga Hayfa masa saya di dapur.
And today I am back to work with terrible headache. Dengan badan seram sejuk...
Tu la...I can't complaint much. As a mother and wife..I have to be strong.
So you guys jangan muak dengar mama korang ni membebel.
I took a good care of all of you when you were unwell.
Tuesday, January 29, 2013
Thursday, January 10, 2013
Ping pong dan aku
Boleh dikatakan the only sport I'am good at..
Ceritanya bermula begini..
Sewaktu kecil, seawal usia aku lebih kurang 9 tahun la
Masa tu family aku pindah duduk kuarters lama dekat belakang klinik kesihatan Rembau.
Mak aku kan dental nurse. Pattern rumah ni standard pattern quarters lama. Rumah kembar tp rumah sebelah tu kosong sejak aku duduk situ. Lepas tu bahagian belakang rumah tu ada kawasan tertutup ada stor, jamban kat luar dan kawan lapang dengan tempat penyidai. Siap naik dinding cover area tu.
Abah aku seorang yang kreatif telah jadikan meja makan yg besar meja pingpong tu dia letak kat kawasan lapang tu jadi meja pingpong.
Sejak tu abah aku ajar main pingpong dengan beberapa tricks.
Kat sekolah rendah masa tu aku form kelab ping pong khusus untuk budak perempuan.
Adalah beberapa kawan aku yang aku drag masuk dan ditraining oleh aku..hehe..bajet pandai main je aku ni...
Aku tak ingat sgt wakil sekolah ke tak atau main dalam sekolah je.
Masuk SMKA aku form kelab ping pong perempuan lagi sebab yg ada kelab untuk lelaki je. Setakat main dalam seklah untuk riadah je kot.
Masuk MRSM pulak masa form 4, jumpa pulak my league..hehe..my girlfriend yg boleh main pingpong..
Training memang la dengan lelaki tp rekod juga sebab kitorang berdua je perempuan yang aktif ping pong.
Ada kejohanan sukan MRSM peringkat zon utara, off we went to MRSM Balik Pulau yang indah permai tu plus cafe cam cafe hotel. Aku dengan member aku nama Nana. Elok sangat la duo tu...Aku zana dia nana..sampai terconfuse orang nak sebut. Aku main hoki gak kat situ. Adhoc je. Main terabur la hoki sebab last main darjah enam kot tu pun main takat pukul je. Rules semua ke laut.
Dekat Uni aku tak main sebab tak jumpa league plus kampus besar. Malas nak join sebab malas aku nak aktif. Ajak roommates pun diorang tak aftif. Aku aktif sebagai ahli kelab kaunseling yang boleh tahan gak la aktif.
Masuk kerga gomen, 3rd year kerja ada tournament pulak. Regu pingpong. Bermula la balik kecintaan pada sukan ni. Lepas almost aku tamat SPM 2002. Sum up la sendiri. Almost 10 years aku tak pegang bat. But the spirit is still there. Tambah main lepas beranak anak kedua. Hahaha...sampai terberanak dua baru nak main balik.
Sebab apa aku suka ping pong? Sebab tak payah kena hujan panas semua kot. Court game. Aku suka. Aku main badminton gak. Tennis boleh la sikit tapi semput nak kejar bola. Aku suka game yang macam tu kot.
So korang boleh main ping pong kewww?
Subscribe to:
Posts (Atom)