Nuffnang ads

Friday, May 3, 2013

Kereta keperluan ke kehendak?

Aku terbaca status sorang ni.
Katanya KERETA ini KEHENDAK. BUKAN KEPERLUAN.
Katanya lagi, kalau tak mampu tak perlu berkereta.
Orang yang cakap ni mungkin dah kaya sangat. So memperlekehkan orang yang berkemampuan.
Bagi tau aku macam mana aku yang duduk di Nilai nak pergi kerja di Putrajaya.
Bas? Wujud ke? Pukul berapa aku nak bangun kalau wujud pun. Anak aku nak hantar ke rumah pengasuh pukul berapa. 5 pagi? Common sense derrrr

Teksi? Satu km berapa rm eh? Aku agak-agak jarah rumah aku ke pejabat lebih kurang 38km. Darab tengok. Darab lagi dengan tambah tolak 20 hari aku bekerja. Berapa dah? Bentangkan kat aku. Berapa banya beza dengan sewa rumah aku dengan kos petrol aku pergi balik. Berapa aku jimat dengan bawak kereta sendiri tanpa perlu rushing awal pagi nak kejar bas yang tah wujud ke tak. Derr..math lu berapa derr masa sekolah dulu?

Kalau family aku emergency tengah-tengah malam nak kena ke hospital, aku kena merentas desa ke nak ke hospital yang terdekat iaitu Putrajaya tu? Ko mampu nak merentas desa angkut anak/laki ke sana dengan jarak 38km tu? Common sense sikit derr bila bercakap.

Jangan sempitkan pemikiran ko dengan kesenangan selama ko dah hidup aku rasa lebih kurang 30 tahun lebih tu. Terimalah hakikat negara kita masih fail dalam merancang bandar yang baik.

Buat masa ini, kereta merupakan satu keperluan. Lainlah ko duduk di Kuala Lumpur. Ada LRT, MRT, STAR, Monorail... Itu hanya di KL derr. Bajet negara kat Malaysia ni KL je ke? Ko tak kira yang keje di Putrajaya rumah di Seremban. Kerja di KL rumah di Kajang. Yang dok Banting kerja di KL. Ada komuter ke dari Banting ke KL?

Cakap siang, pandang pandang derrr... I rest my case.

2 comments:

Cik Eka said...

betul betul.....

Sheila said...

well said bebeh... kereta bukan lagi kehendak, tapi ia satu keperluan.. kos naik teksi lagi mahal kot dari ada keta... ohooo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...