Nuffnang ads

Monday, July 13, 2015

Belangsukawa

Allayarhamah Aliya Salsabila binti Hijas Halimi
(21 April 2015 - 8 Julai 2015)

Petang 21 Ramadhan 1436H bersaamaan 8 Julai 2015, seusai berbuka berpuasa suami menjerit kecil minta aku semak message dalam whatsaap group. Aku yang kebetulan di dapur sedang sibuk mengemas selepas berbuka.
Aku buka messages group family aku.
Message pertama daripada adik aku. 18:59 : mak abah, anak kami dah takde.
Mesage kedua daripada adik ipar aku suami adik 19:53: mak n abah...anak kami dah xde...

Allahu...
Aku terkedu.
Hampir satu jam baru perasan berita.
Aku call mak. Praying it wasn't true to my little niece.
Mak cakap mak on the way ke Az-zahra Bangi. It was all true....

I'm crying. Hurried kids to get ready. And off we went to Bangi.
Dengan pelbagai perasaan gundah. Kehilangan terbesar dalam keluarga aku setakat ni.
Anak buah pertama ku dalam keluarga. Hanya berusia 2 bulan lebih.

Setiba di Bangi, bergegas masuk ke tempat yang diletakkan arwah.
Kaku. Sepi. Atas katil terbujur kaku anak buah ku. Allahuakbar.
Adik didakap. Diharapkan tabah walaupun aku tau tak mudah.
Sebagai orang terdekat kehilangan ini amat terkesan.

Air mata tak henti berlinang.
Ku hampiri katil tu. Dengan anak kecil ku dalam dukungan.
Tenang. Sejuk. Wajah Aliya. Kesayangan semua.
Ku cukup dahinya. Tak mampu aku teruskan menahan sebak yang tertanggung.
Beratlah tanggungan adikku. Terlalu besar pengorbanannya tepaksa berpisah yang abadi dengan anak sulungnya. Allahu. Tak tertanggung rasanya kalau aku di tempat adikku itu.
Meninggal dunia di rumah pengasuh. Dikhuatiri tersedak susu/sesak nafas.
Wallahualam.

Malam tu selesai di Az-zahra, jenazah dibawa ke hospital Serdang.
Plan untuk post mortem keesokan harinya.
Terpaksa tinggalkan jenazah bermalam di hospital malam tersebut memandangkan masa tiba di forensik hampir jam 11.00 malam.

Keesokan harinya jam 9.00 pagi aku dan suami tiba di perkarangan forensik.
Mak, abah dan adik telah tiba awal setelah bertolak dari rumahku awal pagi selepas subuh.
Laporan polis yang asal ditarik semula selepas adik ku taknak meneruskan post mortem.
Redhalah adikku kalau itu keputusanmu.
Seorang ustaz dihubungi untuk proses memandikan jenazah.
Masa ini, aku betul-betul tak dapat mengawal perasaan.
Sekujur tubuh kecil di atas tempat pemandian.
Apatah lagi perasaan adik dan suaminya.
Memandikan anak buat kali terakhir.
Sungguh, aku tak sanggup.
Selesai dikafankan terus seusai mandi.
Jenazah dibawa ke rumah abang kepada iparku.
Untuk disembahyangkan dan dikebumikan.
Selesai waktu zuhur, jenazah disembahyangkan dan dibawa ke tanah perkuburan islam Bandar Baru Bangi berhampiran UKM.
Hampir jam 3.15 petang, jenazah selamat dikebumikan.

Aliya Salsabila.
Walaupun kenangan dengan maklong hanya seketika cuma.
Sempatlah maklong mandikan awak, bersihkan awak, mendodoikan awak.
Rindu. Sangat rindu apatah lagi mommy dan daddymu.
Nantikanlah.
Mommy dan daddy mu di syurga kelak.
Kami di sini akan sentiasa merindui kenangan yang sedikit bersamamu sayang.
Maafkan kami wahai bidadari syurga.

Catatan
-Hari ke5 pasca peninggalanmu-

Wednesday, May 27, 2015

Rutin hari cuti

Biasanya sehari sebelum or seminggu sebelum cuti tu dah plan nak buat apa dekat rumah.
Spring clean almari baju, tukar cadar, basuh baju, masak makan best2, menjahit projek terbaru...
Tapi menjelang hari cuti yang biasanya apabila terpaksa cuti-cuti tersepit ni, semua tu hanyalah angan-angan belaka
Sebab kebanyakan masa hanyalah menggomol si bayi kecil yang memang attention seeker atau kipas-susah-mati aku.
Pantang nampak muka mama dia walhal perut dah kenyang patutnya hati senang la tapi tak boleh pakai idioms tu kat dia.
Pantang aku bangun,merengek...
Lagi parah kalau hari weekend tu dengan ayahnya pun takmau.
Kadang-kadang (ke biasanya aku agak stress sebab dua anak yang lagi besar pun memerlukan perhatian) tapi si kecik ni has taken full control on me.
One time I wish you grow fast when you are making fuss
But when I see you start standing I told you not to grow that fast
Kids, mom are like that
Most time they don't mean (or realize) what are they saying or wishing for.
All that I know, mom will always love their babies. No matter how fierce they are to you.

Sunday, March 1, 2015

Dilema seorang ibu yang bekerja

Emak mana yang sampai hati nak tinggalkan anaknya yang menangis bagai nak rak bila hantar ke rumah pengasuh atau tukar rumah pengasuh...
Mungkin ramai je yang sampai hati
Tapi segarang-garang aku bila anak melalak kt rumah pengasuh sebab resistant nak pergi aku tak sampai hati
Masuk kereta aku yang melalak balik blaming myself. Kenapa patut jadi macam tu? Kalau aku tak kerja sure anak tak terseksa macam tu.
Aku dibesarkan dengan keadaan macam tu.
Bertukar pengasuh adalah biasa kot.
Masa tu aku kecik dan mungkin tak faham sangat separation anxiety.
Yang tau melalak je la nak mak.
Sampai sekolah kot kat asrama macam tu.

Cuma masalah aku sekarang kes anak aku ni.
Aku dalam dilema. Antara dua pengasuh.
Yang lama memang oklah. Underpaid.
Senang sebab sebaya. Cuma anak die da besar2.
Yang 2nd sebab aku terpaksa cari masa 1st pengasuh tak dapat jaga sebab kecemasan keluarga yang aku expect lama.
Disebabkan aku baru naik kerja lepas berpantang, so aku agak reluctant dan terpaksa cari pengasuh lain yang end upnya dapat yang sejengkal dengan rumah aku dan akak tu pulak nak sangat jaga anak-anak aku.

Aku ni ada penyakit susah nak say no. Yang 1st pengasuh tu ingat aku hantar kat 2nd tu for temporary. Aku dah cakap yang aku nak terus hantar kat 2nd tu like selamanya. Tapi dia tak sanggup nak berpisah dengan anak 2nd aku tu yang dia jaga daripada aku habis pantang.

Pening mikir.  Aku tak sampai hati. Ada yang aku buat gilir-gilir nanti sebab nak menangkan dua2 pihak.

Shifting Caregiver

........ is giving the most nightmare to the working mom.
But I am thankful for having a new caregiver who is nearer to my house (just opposite to my block and within the walking range) BUT to deal with their anxiety AGAIN??!!! is the most thing I try to avoid.

Which mom has heart to see their kid's cannot-letting-mom-go face or crying?
I'm crying too baby. But of course I can't show it. Put a firm face and run to car, slammed the door and drove away. But I'm crying inside.

The first day drama, the baby starts crying when i passed her to the new mak which she is reluctant at first and there's her sister started to cry and put on slipper and down the stairs and walks through the car. I was like...girls..I'll be late sending your brother to school. Calmly, I picked her up kissed her and told her I'll be back at noon and you will be alright here. Just like your umi. I promised to bring you to park this evening if you stop crying.
It didn't work...
So, I put her back to their mak house, and dozed off.

I hit steering and asked why this has to be happen.
I hate to deal with their anger and anxiety, I feel bad.
Coz I understand their feeling. I have been brought up that way. Both parents are working.
But I have to.

I start engine, check them through rear mirror and WEEPs.
That's so me.

Wednesday, January 14, 2015

Kisah BBNU

*read BBNU as Budak Baru Nak Up

Aku rasa yang hidup sezaman aku dah melepasi fasa ni.
Kebanyakannya dah merasa zaman kipas-susah-mati terhadap artis-artis pujaan ni.
Hal budak KPop tu tak jauh beza dengan yang berlaku zaman aku baru nak up cuma masa tu tiada teknologi macam sekarang ni yang ada pun sekadar untuk pembelajaran. Social network tak sepantas sekarang. Yang ada cuma ruangan pen-pal di majalah-majalah je dan semuanya di atas kertas iaitu surat yang dikongsi bersama-sama fan club yang ada. Ada je gambar berpeluk-peluk dengan artis kesayangan.

Macam aku dulu zaman sekolah fan gile BSB, Spice Girls, Westlife, Kurt Cobain, Zamani Slam, Leonardo Di Caprio, F4 (artis Taiwan), Nicholas Tse, Nicky Wu, Owen, Gerrard, Salman Khan. Biasa aku beli Galaxy sorok-sorok masa sekolah asrama. Sebab mak aku takkan check. Kalau sekolah harian biasa memang haru sikit memikirkan poster dikoyak rabak. Setakat tampal poster kat locker biasa kot. Ni dalam diari asal nampak gambar diorang keluar paper pun lompong jadinya. Tahap aku giler minat tak dapat jumpa live F4 masa tu famous cerita Meteor Garden sampai lagu die pun dimelayukan aku boleh beli baju tido gambar diorang semua bajet masa tido ibarat tido dengan diorang. Masa ni aku dekat U. Lepas tu dok burn CD berbelas-belas keping sampai terbakar aku punya power supply CPU aku.

Tu belum jumpa. Kalau jumpa, aku rasa aku yang tarik peluk dulu kot. Star strucks kata orang. Itu adalah refleks biasa kot bila jumpa orang yang kita minat giler. Nasib aku jumpa Qi hari tu aku dengan anak-anak dan laki. Kalau tak mau jadi gosip the haters nanti.

Disebabkan yang menjadi isu adalah budak tu pakai tudung. Kalau tak pakai itu tak jadi hal sangat walaupun terang-terang kat IC beragama Islam.

Bagi aku cukuplah sindiran pedas korang tu sebab aku pasti korang pun pernah melalui fasa die hard core fan cuma korang tak berkesempatan nak get too intimate dengan yang korang minat. Cuba kalau Maher Zain hulur tangan nak salam or maybe give a hug? Would you allow him? Aku rasa ye kot. Minda separa sedar kau walaupun segan-segan mesti macam merelakan perbuatan tu. Hoi, this is once in a lifetime chance dowh dengan artis yang aku idol gilerrr. Kan? Memang korang takkan mengaku tapi tu lah benda yang korang akan buat.

The best thing to do is to stop bashing. And pray for the best for them. Mungkin masa korang nak up korang alim giler takde minat sampai macam tu tapi bakal-bakal anak korang belum tau 'ujian' dia macam mana.

Friday, January 2, 2015

10 things in 2015

1) The year I'll start working after 4 months on maternity leave.
2) No more 2 series!!! :-(
3) Will continue undergrad study after years leaving it.
4) A year before my son starts real school.
5) Raising 3 kids!!!! @_@
6) Welcome 3 series :-P
7) Will be aunty to my sis' kid.
8) Pray that Malaysia masih aman.
9) Funding! Funding!
10) Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...