Nuffnang ads

Wednesday, December 12, 2012

Aku, dia...belum ke tong sampah lagi



Aku baru sempat tengok cerita ni tadi.
Mula-mula cerita ni aku dah tersimpul-simpul senyum baldi dah.
Aku ni macam Sharnaz.
Mungkin lagi teruk kot.
Apa yang sama?
Surat cinta tu.
Dah berzaman dah aku tak dengar berita dia lagi.
Aku pun dah beranak dua.
Suami aku pun tak tahu benda ni. 
Aku masih simpan sekotak surat cinta, diari waktu bercinta dulu.
Pernah dulu nak buang.
Dilonggokkan.
Tapi sayang. Simpan sebab terasa mungkin satu hari nanti akan terjalin kembali kisah yang terputus.
Nan hado.
Dia tah ke mana.
Dan aku pun dah bernikah. Anak dah dua.
Mungkin dah masanya aku lepaskan. 
Kenangan yang tak beerti tu.
Puiii!

Tuesday, November 6, 2012

Tummy Time



Some might not agree with me when I let my baby to have her " tummy-time".
I also did this to my first baby.
But this time i started late.
Read more about tummy-time here.


Monday, October 8, 2012

Not a good wife

Pagi tadi aku hantar my new baby ke rumah nanny dia whom she called herself ummi to Hayfa.
Bila aku sampai, nampak dia tgh bawakan beg suami dia nak hantar pegi keje.
Maybe she's a housewife. Tp tersentuh lak hati aku...I never did that to my husband. Carrying his bag to car/motor. I mean sending him to his vehicle.

I am not a good wife. I never stop complaining. Tak pernah cuba terima kelemahan dia as he can accept all my complaints.

Gosh...what have I done...
Dari beri putih('x')

Thursday, September 13, 2012

I am a mother of 2

After a long hiatus, I decided to update my blog.
I gave birth to a baby girl which I don't expected. Mostly said boys. 
I am thankful as I've been given a pair of children.
Start all over again like i did to my first baby.
Breastfeeding, less rest but thank to the lil girl, i sleep all through the night.
which is good for me once i return to work.

Tuesday, June 26, 2012

Durian? Gemuk? Kolesterol?

Hik hik...bukan durian yang menggemukkan. Tapi tabiat pemakanan yang tak betul. Kesian durian.


Artikel daripada kevinzahri.com

Ah yes, sekarang musim durian di Malaysia. Jadi semasa makan malam di rumah ayah saya di Ampang semalam, keluarga saya agak terkejut apabila “cikgu fitness” pun memakan seulas durian. Keluarlah kata-kata seperti “boleh ke makan durian?” atau “tak tinggi kolesterol ke?”.
terkejut semua apabila “cikgu fitness” makan durian semalam ….
Tak salah makan durian in moderation dan saya rasa buah durian itu mempunyai reputasi buruk padahal ia mempunyai banyak kebaikan.

10 Fakta Menarik Buah Durian

Jumlah kalori untuk 1 ulas Durian (cekodok.com)
  1. Tinggi Kalori? Ramai yang menganggap buah durian tinggi kalori dan menggemukkan. Tahukah anda bahawa seulas durian baru mempunyai 50kcal. Tidaklah tinggi sangat.
  2. Tigggi Kolesterol? Durian atau mana-mana buah pun tidak mengandungi kolesterol. Kolesterol cuma datang dari sumber haiwan, bukan tumbuhan.
  3. Tiada nilai nutrisi? Buah durian kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral seperti antioxidant vitamin-C (about 33% of RDA), B-complex dan potassium (penting untuk kawalan bendalir badan, mengawal denyutan jantung dan tekanan darah. Durian juga mengandungi calcium dan phosphorus
  4. Tinggi lemak? Satu ulas durian baru ada dalam 1-2g lemak dan tu pun bukanlah lemak tepu (saturated fat)
  5. Tinggi gula? Satu ulas durian ada dalam 10g gula. Tinggi? Itu bergantung kepada jumlah kuantiti pengambilan anda. Kalau 2-3 ulas masih kurang lagi daripada satu tin minuman soda.
  6. Panaskan badan? Memang. Buah durian mempunyai kualitit memanaskan badan jadi elak makan berlebihan, lagi-lagi kalau anda mempunyai diabetes atau tekanan darah tinggi.
  7. Tingkatkan nafsu seks? Betul! Itu berbalik kepada kualiti panaskan badan – peningkatan peredaran darah. Sekali lagi, hati-hati sekiranya anda hypertension dan elakkan bercium-cimuan :)
  8. Tidak sesuai untuk diabetes? Betul tapi itu bukan soal durian semata-mata tapi mereka yang ada diabetes atau kencing manis harus kawal pengambilan gula dan makanan/minuman yang tinggi glukosa.
  9. Kurangkan stress? Bergantunglah kot tetapi buah durian mengandungi amino asid bernama tryptophan yang bantu tingkatkan keluaran hormon serotonin (yang mengantukkan) jadi anda lebih senang tidur, rasa lebih “ringan” dan lebih tenang.
  10. Jangan makan berlebihan? Memang betul. Tapi sekali lagi, itu bukan untuk durian semata-mata tetapi untuk segala-galanya. 1-3 ulas sekali jalan tidaklah terus sangat.
Oklah enjoy musim durian dan makanlah dengan ilmu yang lebih baik.
Sekarang kalau ada orang yang cepat buka mulut dan berkata “boleh ke makan durian?” atau “tak tinggi kolesterol ke?”, anda boleh kongsi ilmu dengan mereka.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...