Nuffnang ads

Wednesday, April 17, 2013

Hariz dan Hayfa


Penyeri hidup saya dan suami. Memang tak dijangka boleh dapat sepasang. Tiada formula tertentu diamalkan. Segala scan semua tak nampak bagi kedua-dua kelahiran. Segalanya kejutan bila tiba saat anak-anak keluar. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan.

Si abang dah memulakan sesi pra sekolah ketika umur 3 tahun setengah. Boys will always be boys. Kemahiran lebih ke arah nombor, arts dan constructing. More like his mom. Bab abjad susah sikit nak ingat dan kebanyakannya main-main. Mak ko ni sabar lagi nak. Jeles je tgk anak orang lain dah baca. No pressure sebab bagi aku ko akan belajar bila ko rasa ko perlu belajar. Pandai buat alasan macam pg tadi aku siap-siap nak pergi kerja tetiba bangun cakap demam. Mama tak payah kerja jaga dia. Aku rasa mane ada. Elok je. Alasan taknak ke taski. Aku cakap aku kerja. Biar ayah jaga eh. Lantak le ko ayah nak melayan dia nanti. Mulut banyak. Kadang-kadang rajin memuji maknya..kadang-kadang mencabar iman perkataan yang keluar tu. Diaper free completely.

Si adik pulak gigi nak masuk dua tumbuh. Boleh sit unaided dah. Da pegang kita dan bangkit berdiri. Kuat makan kurang susu. Rambut lebat dan kuat berpeluh. Pandai da gurau dengan kita. Nyanyi lagu tepuk amai-amai tu dia pun ikut tepuk sekali. Pandai lambai. Merangkak macam lipas kudung. Laju je.

Dua lebih baik. Nak menambah lagi? Idok ler buat mase ni. Tapi kalau dah diberi takkan nak menolak, ye dok?

Doa aku semoga keluarga aku sentiasa dilindungi Allah. Semoga kalian membesar sihat, beriman dan segala yang baik-baik lah untuk kalian. Mom loves you so much.

Dari beri putih('x')

3 comments:

Cik Eka said...

suka si kecik tu.. geram tengok.. orang perak kate, lemun ajee.. hehehe

Xana Razak said...

lemun tu ape?

Cik Eka said...

lemun tu macam gebu.. sedap dipeluk2...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...