Nuffnang ads

Sunday, July 20, 2014

20 Julai

Aku tak tau la kenapa signifikan sangat tarikh ni dgn aku.
Sampai aku tak boleh lupa tarikh ni.
Walaupun dah lama sangat berlalu dan anak aku dah nak masuk tiga.
Mungkin benar kata orang yang pertama tu akan susah dilupakan.
Atau mungkin masa tu aku memang jenis ingat nombor.
Nombor telefon rumah dia, no kereta family dia...obses?
Entah.
It has been years duh!
Walau di mana pun kau berada, aku harap kau sihat-sihat sahaja.
Moga kau dan keluarga kau sentiasa dalam lindungan-Nya.
Selagi aku tak lupa, mungkin entri macam ni akan aku naikkan setiap tahun.
6 hari lagi menyusul hari ulangtahun kelahiran puteri ku.
Which I really hoped she was delivered on the same date as you.
Ridiculous me!!!
Anyway, happy 29th birthday to you. Wish you many more years to come.


Posted via Blogaway

Friday, July 18, 2014

Dunia yang kejam

33 minggu telah berlalu.
Aku dok menghitung hari nak melahirkan seorang lagi waris yang diamanahkan Allah.
Bulan puasa kali ni merupakan cabaran terbesar bagi aku.
Dengan awal-awal bulan Ramadhannya diuji dengan kesakitan.
Namun begitu tak sesakit, sepedih derita yang ditanggung kaum ibu di Gaza mahupun di Syria.
Anak-anak kecil, wanita menjadi sasaran.
Footage video, gambar-gambar sadis bertebaran di media sosial.
Dan setiap kali terlihat, air mata tumpah.
Aku tak kuat, namun memaksa diri untuk merasai kepedihan yang dirasai.
Membayangkan diri ini di tempat mereka.
Doa tak putus-putus. Untuk melindungi anak-anak kecil ini dan juga anak-anakku.
Dari tangan-tangan yang tidak berperikemanusiaan.
Dunia kian kejam.
Kerana dikuasai mereka yang berhati hitam.
Aku mohon...
Aku redha sekiranya aku dan keluarga ditakdirkan sebegitu.
Kerana aku sudah tak sanggup lagi hidup di dunia yang kejam.
Akan ku semat, akan ku tanamkan sifat berjuang mempertahankan agama pada anak-anakku.
Aku ku lepaskan andai diminta ingin berjuang mempertahankan apa yang hak.
Kerana itu jualah takdir kita di dunia sementara ini.

Aku mohon keselamatan, kesihatan pada bayi yang bakal dilahirkan ini.
Agar dapat aku sumbangkan menjadi pemelihara yang hak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...