33 minggu telah berlalu.
Aku dok menghitung hari nak melahirkan seorang lagi waris yang diamanahkan Allah.
Bulan puasa kali ni merupakan cabaran terbesar bagi aku.
Dengan awal-awal bulan Ramadhannya diuji dengan kesakitan.
Namun begitu tak sesakit, sepedih derita yang ditanggung kaum ibu di Gaza mahupun di Syria.
Anak-anak kecil, wanita menjadi sasaran.
Footage video, gambar-gambar sadis bertebaran di media sosial.
Dan setiap kali terlihat, air mata tumpah.
Aku tak kuat, namun memaksa diri untuk merasai kepedihan yang dirasai.
Membayangkan diri ini di tempat mereka.
Doa tak putus-putus. Untuk melindungi anak-anak kecil ini dan juga anak-anakku.
Dari tangan-tangan yang tidak berperikemanusiaan.
Dunia kian kejam.
Kerana dikuasai mereka yang berhati hitam.
Aku mohon...
Aku redha sekiranya aku dan keluarga ditakdirkan sebegitu.
Kerana aku sudah tak sanggup lagi hidup di dunia yang kejam.
Akan ku semat, akan ku tanamkan sifat berjuang mempertahankan agama pada anak-anakku.
Aku ku lepaskan andai diminta ingin berjuang mempertahankan apa yang hak.
Kerana itu jualah takdir kita di dunia sementara ini.
Aku mohon keselamatan, kesihatan pada bayi yang bakal dilahirkan ini.
Agar dapat aku sumbangkan menjadi pemelihara yang hak.
No comments:
Post a Comment