Nuffnang ads

Sunday, September 28, 2014

Zaman surat

Aku rasa zaman sekolah bagi budak yang lahir tahun 80-an ni mesti biasa dengan kiriman kad, surat semua ni.
Aku pun tak terkecuali. Dari zaman sekolah rendah lagi.
Terutama bila dekat nak raya.
Zaman tu handphone belum wujud. Kalau wujud pun Motorola yang boleh baling anjing tu. Abah aku ada satu. Ericsson kalau tak silap aku.

Bila dekat nak raya tu, biasanyalah yang dapat kad ni stok-stok comel. Macam aku. Hahaha. Perasan? Ada aku kisah? Rekod kad raya paling banyak biasanya aku dapat masa sekolah petang. Time KAFA tu. Diorang tak berani nak bagi aku depan-depan sebab aku agak garang. So, apa yang diorang buat ialah time break tu diorang sumbat kad raya dalam beg aku. Tau2 bile subjek lepas tu aku bukak beg tengok ada la 2-3 kad dalam beg aku tu. Melilau gak mata cari kot-kot ada yang tengah stalk aku bukak beg. Zaman tu kan pakai beg kain kanvas ala-ala tote bag tu. Beg mengaji tu. Muka cam nak marah tapi dalam hati ade taman. Sengih-sengih sorang ada gak yang minat budak comot ni. Yang paling kelakar sekali, boleh dua orang sekali share satu card raya . And both admired me. Ingat balik memang guling-guling gelak. Dan aku tak taulah kalau jumpa diorang ni lagi. Which I hope not.

Lepas tu masuk sekolah menengah. Oleh sebab sekolah menengah aku ni sepelaung je dari rumah aku, so ramaila kawan-kawan yang dapat banyak A ni masuk ke sekolah menengah tu. Ada yang dapat masuk ke sekolah bijak pandai. Aku pun masuk gak cuma low sikit la sebab state boarding school. So bermula la bab mula berutus surat. Masa ni pun dah start remaja kan. Kakak-kakak angkat, boyfriend(aku tak mula dulu) dan antara kawan-kawan pun dah mula ada klik sendiri dan mula rasa macam klu kawan yang baik kita tak boleh baik dengan kawan dari geng lain. So masa tu perantaraannya adalah surat. Dengan cara lipatan istimewa guna exam paper tu. Dan masa tu juga aku mula berutus surat dengan kawan lelaki aku dari sekolah rendah. Ramai kata dia minat aku. Hahaha. Tapi tahap poyo dia disebabkan dia budak SDAR tu memang menjengkelkan ramai orang. Entah macam mana aku boleh tahan berkawan dengan baca isi surat dia yang mostly so full of himself tu pun aku tak tau la. Dan yang paling best tiap kali surat dia sampai aku kena ngadap warden dulu sebab surat kena tapis. Sekolah agama la katakan. Nasib bai la semuanya lepas sebab takde bukti yang mengaitkan unsur-unsur ke arah percintaan. Cuma kena spot check sampai kena accuse boyfriend ke ni. Tak boleh bla betul rasenya.

Paling indah (masa tu la) boleh pulak time berzikir dekat musolla(surau sekolah) nama aku kena announce semata-mata ada mamat ni nak propose aku jadi girlfriend dia. Dia bagi surat ikut tingkat belakang bilik pa dekat surau tu.

Masa surat daripada dia je boleh tahan. Dan boleh tahan jg surat aku kepada dia kantoi dengan warden asrama lelaki sampai aku kena bahan dengan ustaz aku dalam kelas time agama. Member-member memang maklum la. Cuma zaman tu belum terbuka nak dating ni. Lagipun aku ni boleh tahan garang dan muka tak pernah nak senyum dekat dia. As what he claimed la dlm surat dia tu.

Then i moved out to another school in Perak. Dari situ, episod berutus surat dengan member-member lama di sekolah lama bermula. And still dengan boyfriend aku tu. Budak SDAR tu pun masih lagi rajin hantar surat kat aku. Tonnes of letters, birthday cards, handmade's note dikirimkan dari Negeri Sembilan ke Perak. Tu je ubat homesick aku. Emak dan adik aku pun rajin gak tulis surat. Surat yang paling tak best aku dapat ialah surat putus cinta dari boyfriend aku tu. Siap hantar sekali birthday gift aku bagi kat dia yang da rosak. Baik tak payah pulangkan je. Finished SPM dan aku dapat tawaran ke U.

Masa kat U ni pun, handphone da ramai pakai. Aku pun dapatla mewarisi Nokia 3310 abah aku tu. So surat-surat ni dah berkurangan. Cuma mak aku dan few friends je yg masih berutusan surat. Itupun dah tak banyak reply. It had been replace by the technology.

So ni la sebahagian daripada koleksi down memory lane aku. I keep almost everything. Gift dari kawan-kawan pun banyak aku still simpan lagi. Lilin wangi mase tukar-tukar hadiah antara bebudak homeroom aku pun masih tak keluar dari kotak dia lagi. Sampai tahap tu sekali aku ni.

Surat-surat ni la yang akan jadi memori aku dengan kawan-kawan yang. Ada jugak surat daripada kawan aku yang dah meninggal. Sekurang-kurangnya aku asa kenangan dengan dia. Tahap aku ni zaman sms dulu, setiap sms dengan orang yg penting bagi aku, aku akan tulis balik dalam diari aku. Freak? Call me whatever you want coz I am just being me. Memories are the most thing I treasure.

Thanks for the memories we have shared.

Friends. Families.


Posted via Blogaway

1 comment:

Musliza Mohamad said...

Sekarang nak pos surat pun setem mahal. Baik sms & terbaik WA. FOC.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...