Nuffnang ads

Tuesday, August 17, 2010

Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan yang ke-3 Buat Saya dan Dia

Kepada Suami Saya,


Semoga berkekalan ke akhir hayat. Ucapan lain unspoken.

Friday, August 13, 2010

Apa yang saya tak suka makan

Hoh. Memang entri tangkap muat sahaja ni sebab pagi tadi tak berkesempatan bersahur dek kerana melayan karenah si anak kecil bermain lantas tersungkur hingga ke waktu syuruk. Ini sekadar mahu melayan jam-jam terakhir sebelum waktu berbuka dan balik kerja.
Makanan-makanan yang saya takkan ulang makan atau takkan sentuh :
1. Yang haram ( takkan sentuh apetah lagi makan la kan )
2. Kuih yang lembik-lembik ( Seakan spesies badak berendam dll. tapi ada juga yang saya makan macam tepung pelita, kuih gula melaka )
3. Kek Buah Campuran ( tak suka sebab terlampau manis walaupun manis buah )
4. Ikan terubuk masin ( hari itu adalah orang bagi. Minta maaf banyak saya forward kepada mak mertua saya sahaja )
5. Terung (sebab jadi lembik kot lepas masak)
6. Makanan laut yang bercangkerang selain kerang, lala dan siput ( kepah pun fikir banyak kali )
7. Kepala ikan, mata ikan dan apa-apa daripada bahagian kepala tu la
8. Tongkeng ayam ( tu pasal saya ni jenis pendiam...apa kaitan? )
9. Kacang parang
10. Biskut raya pun memilih ( selain bangkit, yang ada green peas/kekacang lain, ada cornflake/oats/nestum, semua saya tak ulang makan. Samperit? Memang tak pernah suka)
11. Apa-apa jenis masakan singgang ( bak kata abah lauk orang sakit. tapi bukan orang sakit patut bagi makan yang lagi sedap ke?)
12. Mee kuning ( kurang suka )

Thursday, August 12, 2010

Entri yang tidak berkata

Hari ini hari kedua berpuasa. Saya masih dapat bertahan. Pagi tadi sahur kebetukan Hariz ikut bangun sekali. Semoga tetapkanlah hatinya dengan didikan kami sebagai ibu bapanya agar dapat dia kekal menjadi insan yang bersikap.
Bersikap? Apakah? Saya pun masih mencari-cari makna bersikap itu. Tak cukup bersikapkah saya ini? (jika masih tertanya-tanya nampak benar yang saya masih belum ada sikap )


Kebelakangan ini, saya banyak menghabiskan masa di pejabat ( sangat bertentangan dengan etika kerja ) dengan membaca blog seorang penulis yang telah lama saya kenal ( melalui novel beliau ) dan saya meminati tulisannya.


Faisal Tehrani

BUku pertama beliaun yang saya baca ialah Detektif Indigo yang dihadiahkan kepada saya. Bila, di mana, kenapa langusng saya tak ingat. Tapi ceritanya berkenaan dengan sekumpulan budak-budak yang IQ nya genius dikumpulkan dan rilatih mengikut kemampuan masing-masing untuk membantu dalam kes-kes penyiasatan. Ada betul ke? Yang pasti ceritanya lebih kurang berunsur cerita penyiasatan dan fiksyen.
Rupa-rupanya saya berkongsi minat yang sama dengan adik saya yang ketiga, Pnut.

Novel beliau yang saya temui kembali ialah Advencer Si Peniup Ney.
Apabila usia saya makin meningkat, saya mula mual dengan novel-novel cinta yang dahulunya menjadi kegilaan saya di bangku sekolah rendah dan menengah.
Saya perlukan bacaan yang lebih berat.


Buku-buku beliau membuatkan saya asyik dan mengajak saya berimaginasi dalam masa yang sama membuatkan kita berfikir. 

Sebenarnya sebentar tadi saya terbuka satu entri beliau berkaitan Palestina . Lebih daripada itu sebenarnya. Cuma saya tak sanggup melihat anak-anak hilang anggota badan, terbakar...sangat meruntun hati saya seorang ibu.
Selalu terbayang-bayang, apakah akan berlaku sekiranya negara yang 'makmur' seperti Malaysia ini akan menjadi seperti di Palestin. Apakah saya rela melihat anak saya menjadi seperti itu? Setiap melihat gambar sebegitu, air mata saya pantas mengalir. Celakalah mereka-mereka itu.


Hampir setiap malam setelah menidurkan si kecil Hariz, terpangu sebentar saya melihat wajah mulus dan suci si anak kecil saya. Apakah aku sedia melepaskan dia sekiranya apa yang terjadi di Palestin terjadi di sini? Apakah dia mampu bersendirian tanpa ku? Mengingatkan itu sahaja cukup membuatkan aku sebak. Walaupun siangnya aku penuhi dengan memarahinya kerana sibuk membuat sepah. Ah, ibu apakah aku ini? Dan setiap malam juga aku menyesali apa yang aku lakukan padanya di dinihari tadi.


Anakku,
Seandainya kemaafan tidak lagi beerti
Sekiranya masa tidak lagi dapat diundur
Tak mampu lagi ku ubah sikapmu
Salahkanlah ibumu ini nanti
Kerana membesarkan dirimu 
dengan amarahnya...
Namun,
sebelum kau menginjak remaja
akan ibu pastikan yang ibu berubah sikap
demi masa depan mu nak


Nota kaki: Cubalah baca buku beliau.


Wednesday, August 11, 2010

Happy Ramadhan


Selamat berpuasa. Mohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata dan perbuatan saya.

Tuesday, August 3, 2010

Try to be an organize one but don't know how to start?

Okeh, pagi tadi maybe termimpi2 kot sebab minggu depan dah nak puasa..and aku sedikit pening macam mana nak organize my family meals sebab pergi kerja sudah pukul 6 pagi k (noted 6 pagi ) balik rumah dan sampai dalam lebih kurang 6.30 petang. Dalam masa satu jam tu sempat tak nak masak juadah berbuka sebab incik husband a.k.a my MIB sure malas nak bersesak2 dekat pasar ramadhan (lainlah kalau dia berniaga kat bazaar ramadhan tu. itupun belum tentu dia akan beli@tapau juadah untuk kami berbuka ). huhuhu..enufff la xana bebel tu...

Back on track...so pagi ni tetiba terlintas pulak idea kalau ada timetable (cam budak skolah la pulak kan) my life should be easier and smoother during this upcoming crucial month. So i can keep track what should i cook my Hariz to his nanny and what for buka puasa. Sampai office lepas breakfast and still got some time before the actual working hours, I googled it up. And to my victory I found this great info@downloadable excel templates for many events such as new baby checklist, project schedule, time sheet, budget, calendars and a lot more. Just by using excel and words app.


Have a sneak peak and u'll find it easier to use...



ok...yang ni my fave sebab kita boleh plan meal kita dan dia share gak format excel.Click jer download nanti dia akan dan save as excel format. dalam worksheet dia ada beberapa sheet yang lain. dekat dia punya drop down menu tu kita boleh tukar ikut apa yang resipi apa kita nak masak. Ok..download dulu kalau ada apa2 masalah or tak faham boleh tanya saya k..


GOOD LUCK AND SELAMAT MENJALANI BULAN RAMADHAN!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...