Aku seperti yang diterjemahkan oleh seorang rakan sekerjaku seorang yang kurang bersimpati, kurang cakna dengan perihal sekeliling aku...
Mungkin ya...kalau tak melibatkan diri aku..
Mungkin tidak...bila ia melibatkan aku dan keluarga aku...
Even though my husband decided to join the authorities ( to provide me and my family food, shelter, money and etc..) but that doesn't mean he agrees with the current situation. We just want to live in a peaceful country. No war...no fight...just for the future of our kids.
We can't blame both parties. Kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga...kerana sikap segelintir individu, habis porak peranda satu negara.
Kalau ikut rasa tak puas hati, demdam...there will +-29 juta rasa yang kurang elok tu.
Some of us mesti ada rasa tak puas hati...
Tak puas hati dengan parents.
Marah dengan siblings.
Panas hati dengan anak.
Geram dengan cikgu.
Meluat dengan bos.
Fed up dapat saman.
Nak atasinya? Marah? Pukul? Belasah? Musnahkan harta benda orang terbabit?
We got brains and feelings.Then use them wisely.
As far as I concerned, Bersih is demanding a clean election process.
Biar aku tanya korang satu benda...
Pihak berkuasa or yang kita gelarkan anjing-anjing kerajaan ni tak mengundi ke?
Korang rasa mana-mana yang serve for the government ni tiada hak ke nak pilihanraya yang adil?
Because we work hard for the money and thus make us blind to determine the goods and bad.
Let us unite for a better future.
Monday, April 30, 2012
Wednesday, April 25, 2012
Kantoi Security Question
Tadi pagi aku pergi regular check up untuk second pregnancy ni dengan husband.
So far Alhamdulillah cuma baby slightly kecil sikit. Maybe due nanti berat baby lebih kurang 2.5kg je kot...
Apapun aku harap semuanya sihat including myself.
Then pergi EPF office sekejap.
Nak set balik I-pin.
Tanya kaunter camne nak aktifkan I-akaun aku yang aku dah lupa sama ada aku pernah aktifkan ke tak.
Check dekat kiosk katenye aku dah aktifkan.
Ada pc khas disediakan. So aku set la balik. Bila tang security question tu aku tak boleh blah betul bila soalan tu dipaparkan ialah....
" Siapa nama first boyfriend anda?" Oh shit....toleh belakang. Sengih2 kat husband sambil tutup2 monitor dengan penyata yang baru lepas print kat kiosk tu.
Nak taip cemane ni....bila aku taip bukan keluar asterisk tu tapi huruf yang aku taip la. Terang2 terpamer nama orang tu. Hahahaha...Husband aku dah perli2 sambil sengih2 kerang. Adoi...kantoi pulak.
Aku pun dah lupa bila masa aku setkan soalan tu ...hahahaha...

Wednesday, April 18, 2012
Sweet side of Hariz
Semalam, bawa Hariz ke office sebab pengasuh minta cuti.
I drove him to my office and we stayed sampai habis waktu kerja.
Penat tak usah cakap lah dengan melayan dia lagi.
Balik petang tu siap2 makan ringan2, mandi terus baring kat tilam. (We don't use katil sebab kes Hariz jatuh masa umur dia 6/8 bulan haritu)
Hariz masuk, pergi dekat dressing table ambil lotion.
Dia minta mama dia letak sikit kat tangan dia. Ingatkan nak sapu kat tangan dia.
Tapi dia selak baju mama dia sapu dekat perut mamanya. Nak bagi baby wangi katanya.
Dia minta lotion lagi. Mamanya press sikit, dia tanya mana lagi nak letak eh mama, dia tanya...
Terus dia sapu dekat kaki aku...Dua-dua kaki dengan tapak kaki...I felt so relieved dan terharu. Sayu pun ada.
Mama penat eh? Aku baring tu sambil baca buku yang aku beli daripada @lejenpress dengan kaki letak kat atas bolster. He will turns 3 this June. He already melts my heart.
Aku harap sangat dapat bermanja dengan dia walaupun dia dah besar nanti. I love hugging and kissing him. (and nagging at him too).Kadang-kadang aku rasa dia membesar terlalu cepat. Fikir pasal dia je sekarang ni buat aku rindu dengan Hariz. Bergenang dah air mata...seriuscengeng!

Tuesday, April 10, 2012
Cara-cara menjaga gigi
sumber : TTS- Group |
Oleh Hamizah Badiran
hamizah@hmetro.com.my
hamizah@hmetro.com.my
sumber : HMetro
MEMILIKI kesihatan tubuh badan yang baik adalah satu anugerah tidak ternilai. Jika badan sihat, segala urusan terutama dalam mencari rezeki, melakukan ibadah dan beberapa perkara lain boleh dilakukan dengan sebaik mungkin menggunakan tulang empat kerat yang dikurniakan.
Seperti juga salah satu anggota badan yang perlu dijaga ini, tanpanya kita tidak akan kelihatan menarik dan malu untuk berhadapan dengan orang ramai.
Gigi yang sihat dan kuat amat penting kerana ia berfungsi untuk membolehkan kita mengunyah dan menghancurkan makanan. Selain itu, gigi yang bersih dan tidak rosak menampilkan imej yang positif untuk individu.
Apakah definisi sebenar gigi yang sihat?
Apakah definisi sebenar gigi yang sihat?
Menurut Presiden Persatuan Pergigian Malaysia (MDA) serta pensyarah kanan Jabatan Prostodontik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Mohd Muzafar Hamirudin, gigi yang sihat tidak semestinya berwarna putih bersih manakala gigi yang berwarna kekuningan itu pula diklasifikasikan gigi tidak sihat.
“Selagi gigi kita boleh berfungsi dengan elok, tidak mempunyai kerosakan yang mengakibatkan kesakitan gigi dan boleh mengunyah dengan baik, ia adalah definisi gigi sihat cuma ia juga perlu bersih. Maksud saya dengan bersih, ia harus digosok dan melakukan flos supaya bakteria hilang dan tiada plak gigi.
“Warna gigi itu bergantung kepada seseorang individu. Lain orang lain warna giginya kerana ia memang sebegitu walaupun tidak dinafikan faktor pemakanan ada mempengaruhi perubahan warna gigi. Tetapi jangan nilai kebersihan gigi individu itu berdasarkan warna gigi kerana kadang-kadang walaupun ia berwarna kuning, gigi itu juga sihat. Nasihat saya, jangan mudah salah sangka,” katanya.
Selain itu, Dr Muzafar turut memberitahu, tidak menjadi sebarang masalah untuk kita makan apa jua jenis makanan sama ada tinggi kandungan gulanya mahupun tidak asalkan ia harus disusuli dengan rutin menggosok gigi yang efektif.
Menggosok gigi dengan efektif bermaksud ia kena menggunakan teknik yang betul seperti pilih berus gigi yang kepalanya kecil, pastikan berusnya lembut dan guna pada kedudukan berus 45 darjah serta boleh mencapai sehingga ruang belakang gigi supaya memudahkan pergerakan semasa menggosok.
Penggunaan flos juga salah satu langkah yang bijak. Flos boleh diibaratkan seperti seutas tali yang dapat membersihkan sisa makanan yang terperangkap di celah gigi untuk menghalang pembentukan bakteria dalam mulut.
Selepas itu, anda juga boleh menggunakan bahan kumuran yang boleh membantu menghapuskan bakteria tersembunyi.
Jangan memberus dengan kuat kerana ini akan menyebabkan gigi anda boleh terhakis terutama pada leher gigi dan menyebabkan gigi menjadi sensitif. Plak yang anda bersihkan setiap hari pula adalah lembut saja jadi anda tidak memerlukan berus yang keras untuk menghilangkannya.
“Sebaik-baiknya, anda harus memberus gigi sebanyak dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam kerana kekerapan anda menggosok gigi tidak menentukan tahap kebersihan gigi jika caranya tidak betul.
“Terdapat pelbagai jenis ubat gigi yang berada di pasaran sekarang yang mempunyai pelbagai fungsi. Nasihat saya, anda boleh gunakan kebanyakan ubat gigi yang mempunyai fluorida bagi membantu memelihara ketahanan gigi.
“Ini kerana fluorida adalah sejenis bahan mineral menghalang kerosakan gigi dengan menguatkan lapisan enamel gigi dan menyebabkan ia lebih tahan kepada serangan asid yang dihasilkan oleh bakteria,” katanya.
Jika kita terlalu mengabaikan penjagaan kesihatan mulut, antara penyakit yang boleh dihidapi selain kerosakan gigi (karies gigi) adalah penyakit gusi, nafas berbau dan lebih buruk lagi, kanser mulut serta penyakit jantung.
Kerosakan gigi terjadi hasil tindak balas antara plak dan gula yang menghasilkan toksin. Akibat tindak balas berkenaan, permukaan luar gigi yang dikenali sebagai enamel akan retak dan menyebabkan gigi berlubang serta karies gigi.
Bakteria yang terdapat di dalam mulut pula akan menukarkan gula kepada kanji dalam makanan kepada asid yang akan menghakis gigi secara perlahan-lahan.
Bakteria dan plak terkumpul yang tidak dapat dibersihkan melalui amalan memberus gigi akan terperangkap. Faktor ini yang membuatkan seseorang itu berisiko untuk mendapat kanser mulut atau penyakit jantung kerana kesihatan tubuh badan saling berkait rapat daripada semua aspek.
Tabiat merokok dan minum minuman beralkohol turut tergolong antara punca yang menyumbang kepada kerosakan gigi.
Tidak dilupakan, anda perlu berjumpa doktor gigi untuk membuat pemeriksaan secara berkala. Ibu bapa juga boleh mula membawa anak-anak melakukan pemeriksaan seawal selepas anak mereka tumbuh gigi yang pertama. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada merawat.
Sementara itu, jenama peneraju produk pergigian yang diyakini, Colgate-Palmolive Marketing Sdn Bhd (Colgate), sering tampil dengan produk terbaik mereka seperti ubat gigi Colgate Sensitive Pro-Relief dan berus gigi 360 darjah antibakteria yang menitikberatkan keperluan pengguna.
Syarikat ini juga turut bekerjasama dengan MDA mengadakan Kempen Bulan Kesihatan Mulut 2012 yang sudah memasuki tahun kesembilan penganjurannya.
Tujuan kempen yang bertemakan ‘Misi Kami: Kaviti Sifar’ adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai terutama seisi keluarga mengenai kepentingan penjagaan kesihatan oral. Di samping itu, ia menggalakkan orang ramai yang tidak pernah membuat pemeriksaan gigi seumur hidup melawat sekali ke mana-mana klinik gigi yang ditetapkan dalam kempen itu.
Aktiviti kempen tahun ini juga selari dengan misi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu ‘Mulakan Awal, Mulut Sihat, Hidup Lebih Sihat’.
Menerusi kempen ini, ia membolehkan orang ramai membuat pemeriksaan gigi percuma di 772 klinik gigi yang terbabit di seluruh negara.
Dr Muzafar berkata, kempen pendidikan Bulan Kesihatan Mulut berguna untuk menanamkan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia terhadap pentingnya penjagaan dan kebersihan mulut.
P.S: Jangan risau kalau gigi kuning. Asalkan bersih dan tiada taik gigi melekat. Ewwww...
Subscribe to:
Posts (Atom)