Nuffnang ads

Monday, September 30, 2013

New header

Yeay...
Finally, I gave this blog a new touch.
For those who knew me, I am passionate in arts and designs.
But, over time...I am losing the magic touch.
I don't have a sketchbook anymore...which I always carry in school.
Now no longer cause I am carrying kids. Hehehe.
They are my current passion.
However, lil by lil...I'll start practising back what I have left.
Lets get designing!

I am sure many of you will notice I use that the same font. I just love that type of font. Bold and simple.








Peningkatan Jenayah : Punca dan Kesan

Kes-kes jenayah sekarang ni makin berleluasa. Memang la ikut statistik kejadian tu berkurangan tapi corak jenayah tu dah berbeza kalau nak dibandingkan 5 tahun sebelum ni. Kes rompak kemudian bunuh dah jadi biasa sebab hari-hari terpampang di berita. Tembak daripada jarak dekat pun hari-hari kedengaran. Nak salahkan enforcement yang longgar pun tak boleh jugak. Jenayah ni macam penyakit jugak. Kalau tak cegah daripada awal, tak tau daripada punca sakit tu, penyakit tu takkan dapat dirawat tak kira la berapa banyak pendekatan yang kau cuba untuk ubati skit tu. Dalam konteks yang aku tengah cakap ni adalah punca yang menjadikan jenayah tu satu benda yang norm didengari.

Ops tah berapa banyak ops yang dijalankan untuk mencegah jenayah. Tapi, punca sebenarnya? 
Kenaikan harga minyak memberi banyak kesan baik dari segi logistik, makanan tak ketinggalan juga servis. Sedar atau tidak, kos kita nak memenuhi keperluan dan kehendak kita adalah bergantung kepada harga gas semasa. 

Orang ramai makin terdesak. Nak memenuhi kehendak diri untuk bergaya mewah. Namun, mungkin jenayah yang berlaku adalah jenayah yang terpaksa dilakukan. Demi anak-anak yang kelaparan. Gaji yang ada hanya cukup untuk berulang alik ke tempat kerja. 

Atau mungkin berlakunya jenayah adalah disebabkan inginkan prihatian daripada pihak sepatutnya. Vendetta  rakyat mungkin. Kerana berita seperti itulah yang mendapat muka depan akhbar atau sisipan berita di siaan berita nasional. Atau mungkin nak memberi amaran secara langsung tak tahu sumber, oleh itu digunakan orang awam yang tak bersalah sebagai peringatan kepada orang yang berkenaan. Nah, tah siapa yang faham fikiran penjenayah itu melainkan mereka sendiri.

Namun, asas logiknya, jika tiada sesuatu pencetus mana mungkin tejadinya sesuatu perkara. Jika tiada kesempitan hidup, mana mungkin hati kecil manusia mahu bertindak kasar dalam mencari wang untuk sara diri dan keluarga. Jika tiada niat nak menakluki sesuatu negara mana mungkin wujudnya peperangan.


Innamal a’malu binniyat
"Action are dependent upon their intention"


Friday, September 27, 2013

Bisnes dan BMW

Baru-baru ini suami aku dilawati kawan lama dia. Yang peliknya dulu duduk berdekatan  jarang sangat nak berbual mesra. Sekarang suami aku dah duduk jauh, rajin pulak dia datang menjenguk. Dan, dia memandu kereta BMW. Kali terakhir nampak dia dengan kereta Toyota lama tu. Walaupun aku obses dengan kereta, BMW taklah menarik minat aku sangat. Setakat tengok di tv macam Top Gear tu dah cukup. 

Nak dijadikan cerita, dia ajak suami aku tengok bisnes dia. And I smell something fishy there. Sebabnya, itu adalah langkah-langkah awal orang-orang yang buat bisnes you-know-what tu. Aku cakap dengan suami aku untuk mengingatkan dia. Tak apalah, lama tak jumpa. Teringin juga nak tau apa bisnes yang dia buat dan beria-ia benar dia nak tunjuk apa yang dia buat. Sebab dia petik nama pak sedara aku. Pak sedara aku tu memang la aku tau dia buat real business. Dan dia mengeksport barang yang dia jual tu. 

Baliknya suami aku dari tempat yang dikatakan pejabat dia tu, suami aku cakap. Padanlah tak nak cakap bisnes apa yang dia buat. Memang sah la MLM. Dan orang jual MLM ni mana nak mengaku konsep perniagaan yang digunakan tu adalah MLM. Aku tak kisah kalau kau nak jual barang macam Tupperware, Nutrimetics, Avon, Coway, Herbalife, Shaklee and others to name it tapi just tell the truth abour your concept. Nak makan percent keuntungan pun agak-agak. Suku jualan produk aku rasa boleh la lagi kalau harga dia berpatutan. 

Dan suami aku cakap lagi, mostly yang datang yang kononnya ada title dalam so-called business diorang tu bawak kereta BMW. Macam BMW tu CAR TO IMPRESS pada newcomers dalam business tu. Lelaki-lelaki yang mudah tertarik dengan godaan dan janji-janji manis terutamanya 'abang confirm boleh pakai kereta idaman abang dalam tempoh 3 bulan' or 'nanti abang boleh bawa anak bini melancong oversea 2-3 kali setahun' dalam taknak join tu lama-lama mesti tergugat jugak. Akhirnya, mungkin emergeny funds mungkin digunakan atau last option personal loan semata-mata nak mencapai impian berkereta mewah dan melancong.

Nak kata aku berpengalaman dalam bisnes ni tak la sangat dalam 2-3 tahun tolong suami aku berniaga di pasar malam, bazaar ramadhan, kedai tepi jalan. Setakat tu je.Bagi aku, bisnes ni asasnya perlu lah bersusah payah dahulu untuk kumpulkan modal, plan nak berniaga apa...emergency back up kalau plan asal kau nak berniaga tu tak jadi atau tak jalan. You need all this. Kemahiran bukan setakat jual dengan air liur je. There's so much thing to consider to start a business. Tak la complicated kalau kau faham caranya. Just kaji supply and demand then kau akan tau what the people need in that area yang ko plan nak start business.

Setakat BMW, melancong berapa banyak negara bagi aku tak cukup impresskan aku dan mungkin suami aku. Bagi aku benda-benda yang impress aku adalah kau free daripada education loan dan kau mampu sara pendidikan anak-anak kau tanpa bantuan luar, duit kau dah banyak sangatkan, infaqlah pada yang lebih memerlukan.


Sunday, September 22, 2013

28

Dah seminggu berlalu usia baru.
Rasa macam baru lepas keluar U.
Rupa-rupanya dah nak masuk tahun baru.
Anak berdua dok merayu-rayu.
Pening kepala nak melayan yang mana satu.
Pagi-pagi pergi kerja mata kuyu.
Bila nak dapat tukar aku pun tak tau.
Dekat 6 tahun aku kerja kat situ.
Harap-harap dapatlah pengalaman baru.
Meningkat usia dengan harapan baru.
Ringankan tulang banyak membantu.
Kukuhkan amalan moga direstu.
Agar hidup diberkati selalu.


Terima kasih buat teman tidur, bergaduh, gelak ketawa, menangis, silence war, ayah kepada anak-anakku, driver waktu cuti, tukang basuh baju/ sidai baju/ cuci pinggan dan banyak lagi yang tak dapat diucap (ke tak ingat???)
Terima kasih untuk segalanya.
Setia di sisi walau saat gila ku menjelma.
Bukan emas ku dambakan.
Cukuplah dirimu sebagai peneman.

Selamat Ulangtahun ke 28 buat diri aku. 2 tahun lagi. Orang lain sibuk tanya diri diorang apa yang dah dicapai? Aku? Biarlah...rezeki aku Allah yang aturkan. Aku? Hanya berusaha untuk struggle di muka bumi yang sementara ini. Bukan untuk aku. Untuk anak-anak.

Raya 2013

Orang dah abis cerita pasal raya aku baru terhegeh-hegeh nak cerita. Nak masuk raya haji da kan. Better late than never la kan. Tahun ni istimewa sikit lepas 2 tahun lepas tak raya. 2011 laki training. Pagi raya aku drove anak aku dengan adik bongsu aku ke PULAPOL. Giler kentang. Hari pertama raya ke KL tu. Memang lancar je la jalan. 

Tahun lepas pulak aku dalam pantang. Anak kedua. Tapi tu pun dalam pantang hari ke-24 kalau tak silap aku first raya, menggatal jugak nak pergi beraya. Angkut si kecik sama. Raya rumah nenek. Slumber nenek je aku. 

So, this time raya ikut turn (betul-betul) jatuh rumah family aku walaupun 2 tahun sebelumnya aku raya memang kat rumah mak aku je. Haha..bab turn aku strict. Berkira. Bukanlah tak kesian, tapi setelah aku kira tolak tambah kekerapan menyinggah tu wajarlah aku beraya di rumah famili aku juga tahun ni. Tahun ni jugak sejarah aku langsung tak layan cerita raya kat tv. Tak macam tahun-tahun sebelum ni. Memang hari raya ngadap tv. Sebab tak kemana. Memang mengutip duit raya je keja. Hariz dah besar. So dia agak happy. Hayfa patutnya dah jalan kalau ikut milestone abangnya tapi lewat sikit sebulan. Takpe la dik. nanti kita repeat kebaya time raya haji. Mama kan cheapskate. Belum tahap extreme. Kita repeat je baju yang ada ok? Happy dapat gather dengan adik-adik aku yang mungkin tahun depan dah tak single lagi or maybe dah tak dapat kumpul cam tu lagi because you have to take turns spending raya pulak. Tahun ni abah tak mengayam ketupat. He's not fit to sit for long. Aku pulak asal nak raya kena belajar balik. Nyampah abah nak ngajar lagi. Half-blood johor je. Mano den ingat. 

Anyway, we have fun this raya and raya ni aku rasa paling banyak baju raya aku. 3 helai. Ko jangan gelak. Aku biasa raya pertama je baju kurung. Raya kedua dan so on uniform biasa. Tapi dah anak dua ni dan plus few sizes ni terpaksa berjinak-jinak berbaju kurung. Tu pun laki aku cakap so cliche nak berbaju kurung di hari raya dan kenduri. So abang...sila funding sikit beli baju yang you rasa you suka i pakai.

Last but not least, gambar raya we all...LAYANNNN....


Thursday, September 12, 2013

Published with Blogger-droid v2.0.10

Young and dangerous

She is 13 months old.
Able to walk freely without support.
Fierce but lovely and cute.
Can call mama, ayah, air, bang( her abang), nak (if she finds food)...
Loves books and 'em..
She loves eating...esp alphabets pasta

Published with Blogger-droid v2.0.10
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...