Nuffnang ads

Monday, September 30, 2013

Peningkatan Jenayah : Punca dan Kesan

Kes-kes jenayah sekarang ni makin berleluasa. Memang la ikut statistik kejadian tu berkurangan tapi corak jenayah tu dah berbeza kalau nak dibandingkan 5 tahun sebelum ni. Kes rompak kemudian bunuh dah jadi biasa sebab hari-hari terpampang di berita. Tembak daripada jarak dekat pun hari-hari kedengaran. Nak salahkan enforcement yang longgar pun tak boleh jugak. Jenayah ni macam penyakit jugak. Kalau tak cegah daripada awal, tak tau daripada punca sakit tu, penyakit tu takkan dapat dirawat tak kira la berapa banyak pendekatan yang kau cuba untuk ubati skit tu. Dalam konteks yang aku tengah cakap ni adalah punca yang menjadikan jenayah tu satu benda yang norm didengari.

Ops tah berapa banyak ops yang dijalankan untuk mencegah jenayah. Tapi, punca sebenarnya? 
Kenaikan harga minyak memberi banyak kesan baik dari segi logistik, makanan tak ketinggalan juga servis. Sedar atau tidak, kos kita nak memenuhi keperluan dan kehendak kita adalah bergantung kepada harga gas semasa. 

Orang ramai makin terdesak. Nak memenuhi kehendak diri untuk bergaya mewah. Namun, mungkin jenayah yang berlaku adalah jenayah yang terpaksa dilakukan. Demi anak-anak yang kelaparan. Gaji yang ada hanya cukup untuk berulang alik ke tempat kerja. 

Atau mungkin berlakunya jenayah adalah disebabkan inginkan prihatian daripada pihak sepatutnya. Vendetta  rakyat mungkin. Kerana berita seperti itulah yang mendapat muka depan akhbar atau sisipan berita di siaan berita nasional. Atau mungkin nak memberi amaran secara langsung tak tahu sumber, oleh itu digunakan orang awam yang tak bersalah sebagai peringatan kepada orang yang berkenaan. Nah, tah siapa yang faham fikiran penjenayah itu melainkan mereka sendiri.

Namun, asas logiknya, jika tiada sesuatu pencetus mana mungkin tejadinya sesuatu perkara. Jika tiada kesempitan hidup, mana mungkin hati kecil manusia mahu bertindak kasar dalam mencari wang untuk sara diri dan keluarga. Jika tiada niat nak menakluki sesuatu negara mana mungkin wujudnya peperangan.


Innamal a’malu binniyat
"Action are dependent upon their intention"


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...