Baru-baru ini suami aku dilawati kawan lama dia. Yang peliknya dulu duduk berdekatan jarang sangat nak berbual mesra. Sekarang suami aku dah duduk jauh, rajin pulak dia datang menjenguk. Dan, dia memandu kereta BMW. Kali terakhir nampak dia dengan kereta Toyota lama tu. Walaupun aku obses dengan kereta, BMW taklah menarik minat aku sangat. Setakat tengok di tv macam Top Gear tu dah cukup.
Nak dijadikan cerita, dia ajak suami aku tengok bisnes dia. And I smell something fishy there. Sebabnya, itu adalah langkah-langkah awal orang-orang yang buat bisnes you-know-what tu. Aku cakap dengan suami aku untuk mengingatkan dia. Tak apalah, lama tak jumpa. Teringin juga nak tau apa bisnes yang dia buat dan beria-ia benar dia nak tunjuk apa yang dia buat. Sebab dia petik nama pak sedara aku. Pak sedara aku tu memang la aku tau dia buat real business. Dan dia mengeksport barang yang dia jual tu.
Baliknya suami aku dari tempat yang dikatakan pejabat dia tu, suami aku cakap. Padanlah tak nak cakap bisnes apa yang dia buat. Memang sah la MLM. Dan orang jual MLM ni mana nak mengaku konsep perniagaan yang digunakan tu adalah MLM. Aku tak kisah kalau kau nak jual barang macam Tupperware, Nutrimetics, Avon, Coway, Herbalife, Shaklee and others to name it tapi just tell the truth abour your concept. Nak makan percent keuntungan pun agak-agak. Suku jualan produk aku rasa boleh la lagi kalau harga dia berpatutan.
Dan suami aku cakap lagi, mostly yang datang yang kononnya ada title dalam so-called business diorang tu bawak kereta BMW. Macam BMW tu CAR TO IMPRESS pada newcomers dalam business tu. Lelaki-lelaki yang mudah tertarik dengan godaan dan janji-janji manis terutamanya 'abang confirm boleh pakai kereta idaman abang dalam tempoh 3 bulan' or 'nanti abang boleh bawa anak bini melancong oversea 2-3 kali setahun' dalam taknak join tu lama-lama mesti tergugat jugak. Akhirnya, mungkin emergeny funds mungkin digunakan atau last option personal loan semata-mata nak mencapai impian berkereta mewah dan melancong.
Nak kata aku berpengalaman dalam bisnes ni tak la sangat dalam 2-3 tahun tolong suami aku berniaga di pasar malam, bazaar ramadhan, kedai tepi jalan. Setakat tu je.Bagi aku, bisnes ni asasnya perlu lah bersusah payah dahulu untuk kumpulkan modal, plan nak berniaga apa...emergency back up kalau plan asal kau nak berniaga tu tak jadi atau tak jalan. You need all this. Kemahiran bukan setakat jual dengan air liur je. There's so much thing to consider to start a business. Tak la complicated kalau kau faham caranya. Just kaji supply and demand then kau akan tau what the people need in that area yang ko plan nak start business.
Setakat BMW, melancong berapa banyak negara bagi aku tak cukup impresskan aku dan mungkin suami aku. Bagi aku benda-benda yang impress aku adalah kau free daripada education loan dan kau mampu sara pendidikan anak-anak kau tanpa bantuan luar, duit kau dah banyak sangatkan, infaqlah pada yang lebih memerlukan.
No comments:
Post a Comment