Nuffnang ads

Sunday, September 22, 2013

Raya 2013

Orang dah abis cerita pasal raya aku baru terhegeh-hegeh nak cerita. Nak masuk raya haji da kan. Better late than never la kan. Tahun ni istimewa sikit lepas 2 tahun lepas tak raya. 2011 laki training. Pagi raya aku drove anak aku dengan adik bongsu aku ke PULAPOL. Giler kentang. Hari pertama raya ke KL tu. Memang lancar je la jalan. 

Tahun lepas pulak aku dalam pantang. Anak kedua. Tapi tu pun dalam pantang hari ke-24 kalau tak silap aku first raya, menggatal jugak nak pergi beraya. Angkut si kecik sama. Raya rumah nenek. Slumber nenek je aku. 

So, this time raya ikut turn (betul-betul) jatuh rumah family aku walaupun 2 tahun sebelumnya aku raya memang kat rumah mak aku je. Haha..bab turn aku strict. Berkira. Bukanlah tak kesian, tapi setelah aku kira tolak tambah kekerapan menyinggah tu wajarlah aku beraya di rumah famili aku juga tahun ni. Tahun ni jugak sejarah aku langsung tak layan cerita raya kat tv. Tak macam tahun-tahun sebelum ni. Memang hari raya ngadap tv. Sebab tak kemana. Memang mengutip duit raya je keja. Hariz dah besar. So dia agak happy. Hayfa patutnya dah jalan kalau ikut milestone abangnya tapi lewat sikit sebulan. Takpe la dik. nanti kita repeat kebaya time raya haji. Mama kan cheapskate. Belum tahap extreme. Kita repeat je baju yang ada ok? Happy dapat gather dengan adik-adik aku yang mungkin tahun depan dah tak single lagi or maybe dah tak dapat kumpul cam tu lagi because you have to take turns spending raya pulak. Tahun ni abah tak mengayam ketupat. He's not fit to sit for long. Aku pulak asal nak raya kena belajar balik. Nyampah abah nak ngajar lagi. Half-blood johor je. Mano den ingat. 

Anyway, we have fun this raya and raya ni aku rasa paling banyak baju raya aku. 3 helai. Ko jangan gelak. Aku biasa raya pertama je baju kurung. Raya kedua dan so on uniform biasa. Tapi dah anak dua ni dan plus few sizes ni terpaksa berjinak-jinak berbaju kurung. Tu pun laki aku cakap so cliche nak berbaju kurung di hari raya dan kenduri. So abang...sila funding sikit beli baju yang you rasa you suka i pakai.

Last but not least, gambar raya we all...LAYANNNN....


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...