Nuffnang ads

Thursday, October 17, 2013

Cara-cara mencegah karies awal gigi anak-anak

Mula-mula sekali aku nak cakap aku bukan doktor gigi apatah lagi doktor perubatan.
Tapi pengalaman aku dibesarkan oleh emak yang bertugas sebagai jururawat pergigian telah membuat aku sedikit berjaga-jaga dengan kesihatan mulut ni walaupun kadang-kadang mengelat gak nak gosok gigi.

Disebabkan anak misi gigi, benda pertama sekali aku tengok bila jumpa mana-mana orang adalah gigi. Ni mengikut mak aku la ni. Kitorang termasuk mak aku, adik beradik aku dan sekarang suami dan anak-anak aku suka gosip gigi orang walaupun gigi aku ade berlapis sikit. Berlapis ye bukan ada karies. Tapi kalau tak gosok betul celah gigi berlapis tu lah paling cepat nak rosak. Again, apa-apa yang aku kongsi di sini mohon rujuk pada klinik pergigian berdekatan.

Dan hasil soal balas tweet dengan @twt_kesihatan yang dicurate oleh doktor gigi semalam buatkan aku nak tulis pasal ni.

Ehsan gambar SINI

Apa perlu korang sebagai emak/ayah/penjaga/pengasuh/kakak/abang buat bagi mengelakkan karies di gigi anak-anak?

  1. Diet anak-anak. Kanak-kanak memang suka makanan bergula. Kita pun masa kecik-kecik dulu pun gitu juga tetapi kena ada batasan. Ingat, mencegah lebih baik daripada mengubati. Lagi lama kita dedahkan anak-anak dengan makanan/minuman berasid/ manis akan melembutkan struktur gigi tu. Hanya bila gosok gigi anak-anak dengan ubat gigi berfluorida boleh menguatkan struktur gigi tersebut. Advised me if I am wrong ye dentist. Langkah awal mencegah, beri diet yang seimbang mengikut piramid makanan. 
  2. Benda ni biasa orang buat. Bagi bottle feeding babies/ kids biasanya orang kita akan biar anak-anak tertidur dengan botol di mulut. Sebenarnya itulah cara karies awal gigi anak-anak terbentuk. Bila dah tertidur kita pun tak sampai hati nak kejut anak berus gigi kan? Bakteria dalam gigi kita biar semalaman. Sehari dua tahan lah lagi. Tapi kalau setiap malam, bayangkan kerosakan besar yang boleh jadi pada gigi anak-anak. The best way, pastikan anak minum susu sebelum masuk tidur. Beritahu anak-anak, botol susu dilarang bawa ke tempat tidur. Pastikan selepas memberus gigi mereka hanya dibenarkan minum air kosong. Easy rules tapi susah nak adaptasi. Practice make perfect. Gradually, anak-akan akan berubah ke habit baru.
  3. Bagi breastfeeding babies, walaupun kerosakan boleh dikatakan minimal cuma kalau boleh elakkan at-will consumption tu. Walaupun dua batang gigi, harus berus gigi tu. Jangan tunggu nak penuh baru nak start gosok. 
  4. Penjagaan gigi yang optimum adalah memastikan gigi anak-anak dibersihkan seusai waktu makan. Tu kalau terlebih rajin la. Kalau rasa tak mampu, peranan sebagai ibu bapa/ penjaga cukuplah 2x sehari. Bangun tidur dan sebelum tidur. Rajin-rajin selak bibir anak-anak  untuk periksa gigi mereka.
  5. Biasa kita dengar orang atau iklan di radio atau tv penggunaan ubat gigi berfluorida tak elok untuk anak-anak. Fyi, florida la yang membantu mengurangkan kerosakan gigi anak-anak akibat karies. Seboleh-bolehnya apabila anak telah dilatih untuk meludah sendiri atau dalam jangka umur 1 1/2 tahun gunalah ubat gigi berfluorida. Tak perlu banyak cukup sebesar saiz kacang hijau. Lagi satu tips kalau korang ibu bapa yang rajin check gigi anak-anak bila nampak tanda-tanda awal kerosakan gigi, walaupun di sebatang gigi, cuba apply sedikit ubat gigi dewasa/ berfluorida ke gigi tersebut bagi mengekang aktiviti karies tersebut. Maksudnya supaya taknak karies pada satu gigi tu merebak gigi lain. Sebab biasanya pengalaman aku la, kalau bawak pergi klinik dan kes tu tak kritikal sangat dental nurse/ dentist tak tampal. Diorang just sapu fluoride je. And advised kita suruh berus gigi betul-betul hingga bersih. Nak tau had bad the decay is, bring your kid to dental.
  6. Sila bawa anak-anak tuan/puan ke klinik gigi berdekatan bagi mendapatkan pemeriksaan tahap kesihatan mulut anak-anak tuan/ puan. Kesian sangat aku tengok budak-budak 2-3 tahun gigi dah jadi hitam. Nak tak nak gigi susu tu kena cabut. Memanglah gigi kekal akan tumbuh tapi kebiasaannya gigi kekal tumbuh sekitar umur 7 tahun. Kesian la anak-anak takde gigi dalam 4-5 tahun. 
Sekali lagi aku nak cakap apa yang aku tulis ni adalah berdasarkan pengalaman aku anak nurse gigi dan diskusi aku dengan 2-3 orang dentist malam tadi. Nak confirm semula sila bawa anak-anak korang ke klinik gigi. Lastly, pretty and cavity-free smiles start at home. Thanks to Dr. iB, dr. @addeyadelene and dr. @sydyvicious for sharing the infos.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...