Orang kata kita serupa
Bila tengok awak
Saya nampak diri saya
Macam biasan saya di waktu kecil
Saya cuba kutip balik memori itu
Waktu kecil seusia awak
Tapi mustahil lah sebab saya bukan genius
Kapasiti memori saya masa seusia awak kecil sangat
Namun mujur ada gambar
Cakap pasal gambar
Gambar awak dan abang awak belum lagi dicetak
Saya harap memori tu tak hilang
Sebab bila awak seusia saya nanti
Mungkin masa tu
Awak akan rasa apa yang saya rasa sekarang
Saya harap saya sempat cetak memori itu untuk awak
Agar nanti awak nampak persamaan antara kita
Darah yang mengalir antara kita
Berkongsi ciri-ciri yang sama
Moga pabila ia dicincang...
Masih kekal mengalir laju
Awaklah intan
Dan moga menjadi payung syurga saya.
No comments:
Post a Comment