Views from my hotel room |
Jumaat lepas.
Aku balik ke kampung halaman abah.
Di bandar penghujung benua asia. Lebih tepat lagi di Pontian Kechil.
Sepupu aku kahwin.
Aku pun tak ingat bila last time aku balik. Dua tahun lepas rasanya.
Kedai cina kat simpang nak masuk kampung aku tu pun wujud lagi.
Abah kata lebih 50 tahun dah kedai tu ada kat situ.
Tapi dah jadi tempat tinggal warga Myanmar/Vietnam.
Aku rasa kalau kedai tu takde aku pun tak sure dapat cari jalan ke rumah kampung aku ke tak lagi.
Aku tidur kat Hotel Garden Pontian . Tepi laut. Bawah ada Marrybrown.
Ehsan abah. Hehhee...aku tumpang je.
Jalan ke kampung aku memang tak banyak berubah. Cuma rumah makin besar.
Yang ketara kat bandar la. Tempat orang asli laut masih macam tu lagi. Aku suka.
Cuma ketara kat hotel aku tinggal sah-sah tempat tu ditambak.
Dikomersialkan sebagai Tanjung Piai. Most southest point kat Benua Asia. Walhal jauh lagi Tg. Piai tu.
Anak aku toksah cakap. He loves it to the max. Memang anak jati kampung. Kat rumah kampung tu pun macam dah biasa je dia.
Pasal wedding reception. Ok je. Hahahaha...cerita2 lain biar aku simpan.
Aku still rasa reception sebegitu tak perlu.
Tapi idea aku tu mak aku tak setuju masa aku kahwin dulu.
For me, it's pointless. Aku faham niat mak aku bukan nak menunjuk.
Sekadar tak mau orang mengata belakang. Aku faham niat suci mak aku. Dan aku berterima kasih pada mak abah aku sebab aku tak keluar duit satu sen pun untuk wedding aku (still aku consider berhutang dengan diorang).
I just asked for a small gathering. Just invite closest family members and closest neighbours. My idea was rejected. Coz I am the eldest. Yet the eldest in my father's side. So, that kind of ceremony was in need.
Aku lebih suka dalam bentuk minimal. So, untuk anak-anak saya, I'll stick to my point. Sukati korang la nak panggil aku cheapskate ke apa. It's my life.
No comments:
Post a Comment