Nuffnang ads

Wednesday, February 20, 2013

Pembantu Rumah

Sekarang ni kecoh hal yang pembantu rumah baling-anak baby 4 bulan tu kan. Dah la nama bunyi sama dengan nama anak aku. Mengucap panjang je tengok klip dekat berita. Aku pun kadang-kadang naik gila gak. Budak 3 tahun lebih kan. Dah pandai cakap, menjawab, menolak, melawan... Dengan aku nak melayan baby lagi...Kejap-kejap hok hek hok hek tak boleh nak lekang...tangan aku memang cepat la..banyak kali gak naik. Aku main ping pong kan..so refleknya sangat cepat...ye la nak sambut bola laju tu..camtu la jugak kadang-tangan tangan aku naik... Satu sebab lagi dulu maybe aku dibesarkan dengan cara macam tu. So sedikit sebanyak aku lupa diri. Tapi aku cuba nak berubah. Kurangkan sikit. Bagi denda yang tak sakitkan fizikal...walaupun tak berkesan tapi dalam hati...aisshhh...sedih pulak pikir aku selalu tangankan anak aku.

Berbalik pada tajuk, aku takde maid. Dan mak abah aku pun tah pernah hire maid tapi kitorang pernah ada pembantu yang datang rumah setiap hari bekerja petang tu dia balik la sebab nak jaga adik bongsu aku tu. Masa tu aku dah darjah lima/enam la cam tu. Pergi sekolah pagi abah hantar balik jalan kaki. Sorang-sorang takde hal masa tu ikut short cut lalu semak belakang rumah orang lagi. Sekarang ni kerja gila buat macam tu kalau ko budak perempuan ke lelaki ke darjah lima enam buat macam tu.

Nak jadi cerita, mak aku cakap milo kat rumah cepat je habis. Maybe mak aku tanya dengan dia kot. Dia boleh cakap aku adik beradik ratah milo. Huhu... Lauk-pauk mak aku masak siap-siap pagi tu asal nak makan malam x cukup. Biasa mak aku masak lebih cukup untuk sampai makan malam. Rupanya dia angkut anak-anak dia lunch sekali. Bab milo tu la...aku adik beradik pagi sekolah tengah hari balik, petang keluar balik pergi sekolah agama. Bila masa aku nak meratah milo weh. Tapi setakat tu je la...nak mendera takde langsung. Dera kena gomol ada la. Dengan makcik bobok adik aku tu. Bukan aku la tapi adik aku tu...

Isu ni bagi aku takkan berkesudahan kalau kos sara hidup makin tinggi tapi pendapatan masih di takat tu. Kebanyakan kita mesti rasa tertekan dengan desakan hidup. Sedangkan nak tanggung keperluan pun tak cukup...and because of that reasons buatkan ramai individu yag stress out. Jauh daripada anak, hutang keliling pinggang, dan macam-macam masalah berat yang lain. Buat orang yang tak kuat, mungkin hilang pertimbangan diri. Money is the root of most problems. But we still need it to survive.

Dah lari tajuk dah ni. Being me...

1 comment:

Humaira Salahudin said...

weyhh...den xtau pun cito nie...pdanlah den jadik pendek dan kecik..ghupenye xcukup zat...
mkanan diculek oghang...
hahaha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...