Nuffnang ads

Tuesday, February 19, 2013

Tip-tip penjimatan ( Bhgn.1)

Aku tengah melabur tadi. Melabur apa tak payah tau la. Sedang aku melabur tu tiba-tiba datang idea aku nak tulis tip pasal penjimatan ni. Tambah dah tengah bulan. Gaji minggu depan kan? Tentu ramai yang tengah kering. Hehehe...tak ngaku? eleh..diam sudah...aku le tu. Tip-tip ni sesuai gak untuk semua peringkat umur terutama bagi lepasan SPM, yang tengah belajar, bujang yang bekerja mahupun dah berkeluarga dan beranak-pinak. Tips ni jugak sebagai peringatan untuk aku jangan boros. Let's get back to basic!!!


  1. Antara kau perlu atau benda tu nak puaskan hati ko je. Aku ni bab material aku tak heran sangat tapi FOOD is my addiction. Pantang nampak offer makanan tu murah, discounted, sumbat je dalam trolley. End up, benda tu jadi rotten atau dah outdated. Penyakit ni menurun ke anak sulung aku.  Beli benda yang ko nak masak/ betul-betul nak makan je.
  2. Susu anak. Walaupun aku ni kuat makan tapi aku ni jenis cheapskate. Jenis compare harga sesuatu barang, daripada kedai yang berbeza. Susu anak mestilah aku pilih dari range yang mampu milik macam brand Dutch Lady ke, Fernleaf ke, Nespray ke. Aku sedar duit bulanan aku yang masuk. Lagipun untuk baby aku still pump. Cara aku, aku beli susu stok untuk sebulan. Aku beli daripada kawan aku yang ada kawan kerja dekat supermarket yang mana setiap pembeliannya aku dapat staff price. Hehe..nasihat aku berkawan tak payah memilih. Bukan nak mempergunakan tapi ringan sama dijunjung...susah aku jinjing sorang takpe..yang ni hal-hal berkaitan dairy produce ni depends baby. Kena check allergy dia gak. The best way beli pek kecik test dulu sesuai ke tak. Mana yang sesuai (dan murah untuk aku la) aku continue la stock kan.
  3. Dispo diapers. Yang ni aku beli antara yang murah. Tepi tengok juga la kalau anak korang jenis kulit allergy, first few months tu memang ada babies yang tak boleh pakai certain brands tapi makin diorang membesar tu most of allergic tu hilang. Cara aku, aku test beli yang murah dulu. Masing-masing hp ada calculator kan? Take time calculate sehelai diaper tu berapa sen. yang mana murah and berkualiti sikit aku beli lah. Biasa pilihan aku Huggies, Baby like, Fitti...adala beberapa jenama aku tak ingat. Aku ada gak CD(Cloth diaper). Tu modal sekali. Biasa aku pakaikan time cuti la. Jimatla sikit penggunaan.
  4. Lunch kat ofis. Orang kata packed lunch lagi menjimatkan. Ko bagitau aku berapa ramai la yang sanggup bangun siapkan packed lunch dengan nak layan baby lagi, anak yang besar meraung-raung taknak ke tadika? So end up, tengah-tengah bulan macam harini aku bawak kentang rebus campur mayonis, roti 3 keping untuk sarapan, tengah hari aku beli kat cafe cucur udang 3 ketul RM1.20. Harini aku belanja RM1.20 je. Kalau hari-hari aku maintain belanja camtu, sebulan perbelanjaan aku kurang daripada RM30. Tapi takkan nak hadap cucur udang hari-hari kan? Berjanggut cam udang tu plak nanti. So aku set bajet. Sehari belanja not more than RM5. Kalau boleh nak kurang jadikan RM3 je. Makan pagi ko pack la roti dr rumah. Lagi satu, kalau ofis ada meeting dan ada makan lebih, silalah jadi orang pertama yang amik lebihan tu. Siapkan plastik nak membungkus. Koman-koman, boleh tapau lauk untuk dinner sekali.
  5. Nanti aku sambung balik. Waktu rehat da watammat!


1 comment:

Cik Eka said...

kak lagi tips kak...

eka tgh berjimat gak nie.

makan tengahari nasi separuh,kuah kari,sambal belacan,timun,telur dadar RM 2.00

tapi takdelah hari2 nak ngadap bende tu je.rotate gak tukar2 ikan goreng.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...