Nuffnang ads

Tuesday, February 19, 2013

Tip-tip penjimatan (Bhgn. 2)

...sambung entri lepas (Bhgn.1 )


6.            Mind your own pocket. Maksud aku tengok la duit bulanan yang masuk banyak mana dan berbelanjalah ikut kemampuan.  Katakan ngko teringin sangat nak makan coklat. Coklat yang sedap biasanya Cadbury, Beryl’s, FR dan beberapa brands yang pricey lagi. Setakat teringin je kan? Tak dapat pun tak mati lagi kan? So apa salahnya nak kurangkan keinginan tu, beli je la coklat yang murah-murah. Local brand pun ok je.  Macam antara M&M dengan Nips…ambik la Nips. Mungkin kurang rasa coklat tapi…as I said earlier…tak mati pun kalau tak dapat kan? Ko nak minum kopi…bulan2 masuk dalam RM1500. Tolak bil-bil, duit kereta, moto, emergency funds, duit minyak, belanja makan hari-hari, yang tinggal  tak sampai RM300. Takkan nak layan Starbucks, Coffee Bean seminggu sekali kan? Why don’t we just switch to kopi Aik Cheong ke…tak pun beli sendiri kopi yang da blend lambak dekat hypermarket tu. Buat la apa perasa ko nak.  Resipi? Cari kat internet.

7.            Ambil masa untuk survey.  Sekarang ni banyak kemudahan di hujung jari. Most of us spend time depan monitor kan. Flyers / Catalog pun selalu dihantar ke rumah bagi yang duduk dekat bandar la. Rumah mak aku yang letaknya dekat hilir tu pun flyer dihantar oleh mini market yang berdekatan. Takes time to browse apa yang dioffer. Bagi mak-mak macam aku, apa lagi, stok dispo diapers, susu anak, barang-barang basah macam ayam, ikan, sotong, udang, bawang, kentang…then banding-bandingkanlah harga. Market yang mana offer banyak barang offer, pergilah…kalau rajin nak pergi semua market untuk dapatkan barang yang dioffer tu pun boleh…kot rajin la kan…

8.            Sharing is not just about caring. Yang ni ko kena ada kawan/partner yang open minded. Tapi sharing ni bukan aku nak cakap pasal sharing laki/bini/pakwe/makwe/pakaian dalam atau apa-apa yang personal, sulit ni eh…aku nak cakap pasal sharing pembelian/makanan. Sebab mengikut survey yang aku buat sendiri kebanyakan kita habis duit untuk beli benda makan je kan??? Huk huk…bagi aku la kot mengikut saiz badan aku…korang yang kurus badan cantik tu aku tak tau la cane. Aku cakap ni bagi konteks aku…cara aku. Macam aku, pergi ke Carrefour kat Alamanda ni, biasa ada offer u buy a pack of 3 or 4 goods in a discounted price. So, aku discuss dgn kawan aku ni, kalau dia nak share, ok kita beli, bahagi dua.  Beli sayur yang seikat kadang-kadang banyak so aku bahagi dua dengan dia. Tapi kalau dapat pergi pasar borong, beli banyak lepas share duit dengan kawan-kawan lagi penjimatan besar kan? Aku? Beli yang dekat-dekat sudah…ni macam ko duduk rumah bujang la sewa rumah kan…tong-tong…tapi kes aku ni applicable untuk orang da kahwin dan nak jimat belanja barang dapur. Panjang dah ni…nanti aku sambung lagi..(padahal dah terlupa intipati ni)



1 comment:

Puan Eka said...

hehehehehehehe

eka ade guna pakai tips2 ni gak.
mind set dalam kepale hotak ni

'tak mati pun tak makan bende ni'

'gaji nanti boleh beli banyak2'

'beli yg kecik2 sudah'

hehe

kalau untuk barang umah,umah bujang an.Share2 la beli.kadang eka beli barang dapor,ape abes beli,pakai sesama.gitula.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...