Nuffnang ads

Monday, February 25, 2013

Tip nak pancing anak ke sekolah

Tip ni guna pakai untuk aku la. Tapi tak tahu la anak-anak puan-puan macammana.
Anak aku yang sulung ni memang manja sesangat dengan maknya walaupun maknya banyak kali naik tangan. Bangun pagi tetap nak cari maknya juga. Tapi nak buat macam mana nak oi. Kalau ofis mak sebelah rumah je takpe mak boleh hantar ko nak pergi sekolah. Ni mak ko nak pergi keje pagi dekat 30km..balik 35 km. Ko kira la sendiri nak. Kalau nak mak hantar nanti sorang je ko kat sekolah nak...dengan gelap gelitanya lagi. So, drama pagi-pagi aku macam ni.

Biasa, sebelum azan subuh aku bangun, mandi. Tengah siap-siap, dia mesti la bangun.
Ayatnya dari mula sampai laa ni mesti macam ni, " Mama, tak payah la pergi kerja. Mama duduk rumah je."
Huhuhu..nak, mama ko ni bukan dilahirkan untuk duduk rumah je nak. Duduk rumah bertambah stress mama ko. Alasan dia lagi banyak. Tak suka ayah hantar la, mama hantar best la, tak suka mandi air sejuk lah, nak pergi rumah ummi la, nak balik kampung la....

Saya jawab, ok fine. Tak pergi sekolah, jangan kawan dengan mama, jangan cakap dengan mama sambil tolak sikit tepi tepi..sure la melolong jerit mama..jangan la macam ni. ok ok ayah hantar, petang mama amik awal...mama mandikan eh..tak suka ayah mandikan...huhuhu...tengok terpancing la pula cara tu. Dia tak boleh tahan sikit kalau mama dia buat tak tau dengan dia.

Mana tak manja. Dapat adik umur 3 tahun. Menyusu badan sampai 2 tahun setengah. Tido bawah ketiak. Manja bebenor...

1 comment:

Cik Eka said...

hehehehe comel je ayat dia.. heheheheheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...