Anak aku sekarang ni ada satu habit lepas balik tengok husband aku passing out hari tu. It's irritating me actually tapi what to do. Aku jerit pun kejap je insaf dia. Lima minit lagi kang....
" Aris....arisssss sap!" Dengan suara yang maha lantang (baca:nyaring gilos!).
Dia nak cakap " Baris...baris sedia!"
Tapi nak wat acane pelat lagi. Perkembangan dia setakat ni oklah. Still banyak lagi baby language yang dia guna. Kecuali mengira in English tu tak pelat dah. Yang tak tahan tu bila kita dok counting 1,2, 3 go...dia pulak 2, 3, NINE.....!!!!aku dah tergelak-gelak dah. Sokmo taknak cakap ONE sebab dia confuse kot dengan WAN. Bila aku suruh cakap ONE dia tergelak maybe pelik nak mengira sebut WAN.
Still, he's so into Barney. Sebab daripada kecik itu je aku hadapkan kat dia. Kalau bagi buku kat dia he will read, but in his very own language la.
Ni la keje dia sekarang dok berbaris dan jerit baris baris sedia tu mau dekat berpuluh kali. Tak pun dah boring tu ajak aku main badminton pulak. Elok lah. Boleh la kamu ganti Chong Wei tu. Asyik dok kalah je. Ni ngan junior Lin Dan pun kalah. Kot kot anak mama seteru dengan Chen Long ke kan...Boleh tukar nama Hariz Long pulang...Kamu kan memang along pun kecuali belum rezeki ada adik je lagi.
Oh, pandai mengarah dan bila aku tak buat mulalah jeritan paling nyaring dia tu. Mama ko ni dah la memang pekak sejak azali...kamu jerit lagi la...belum 40 nanti dah pekak completely. Eh, 40? 30 pun I belum masuk k.
Kalau dia dah boring panggil mama dia panggil aku ayang...yangggg...yanggg sampai la aku menjawab. Mengikut bapaknya. Huhuhu...
Paling aku tak tahan...asal dengar lagu ...kat mana-mana...be it kat Mydin dengan lagu tamil, kat speedy lagu mat saleh boleh lak dia berjoget...malu mak ko ni aaaaa....aku dah tebal muka nak tarik dia dah la tu nak oi. Dalam kereta dengan rumah toksah cakap la....hobi!
Oh, lari tajuk la pulak. Takpelah nak kot nak jadi polis pun. Mak terima je. Asalkan Integriti Amalan Kita tu jadi amalanmu juga nak. Tak lupa juga pesanan itu khas buat yang tersayang yang sedang berkhidmat tu. Jaga-jaga ada mata yang memandang!!! Chill yo!