Sebagai pekerja awam mestilah apa yang aku harapkan adalah imbuhan.
Tapi kalau kerana imbuhan tak seberapa tu buatkan banyak benda yang meningkat naiknya sama juga macam tak dinaikkan.
Harapan mungkin tinggal harapan tapi harapan yang tidak terucap mungkin menyemakkan memori yang tinggal beberapa Gb je ni.
Untuk itu aku harap sangat, lepas ni perancangan bandar tu biarlah strategik.
Biarlah kawasan perumahan berdekatan dengan tempat kerja. Berulang selama 3 tahun daripada Senawang - KL/Putrajaya bukanlah sesuatu yang mudah. Tak kisah pasal bangun pagi tapi aku kasihankan anak aku.
Apa salahnya kalau rancang bandar tu biarlah semuanya berdekatan. Tak menyusahkan dan tak perlulah pekerja nak ambil cuti/mc banyak-banyak.
Cakap pasal public transport tu aku tak tahu lah sama ada boleh diperbaiki atau tak.
Budget memang sentiasa bertambah untuk tu tapi outputnya tak menepati kehendak rakyat.
Aku harap sangat kalau tempat bekerja difleksibelkan. I mean we can work from home asalkan kerja siap. Kerja kat pejabat buatkan aku cepat bosan. Sekali sekala je baru kerja luar. Tambahan ada anak...dulu ada dengar yang nak bagi fleksibiliti pasal tempat bekerja ni tapi entah senyap camtu je.
Aku tak pernah ke London lagi tapi aku dengar banyak benda baik pasal tempat tu daripada kawan aku yang belajar sana. Pengemis pun mampu beli roti dengan susu. Single parents dapat bantuan. Parents yang ada anak OKU pun dapat bantuan be it in medical support ataupun moral support, yang menganggur pun dapat bantuan. Tu baru betul negara maju kan?
Apa-apa pun harapan aku cuma Malaysia should be a better place to stay....
Tak semua orang kaya yang ramai jugak pendapatan tahunan tak melebihi115,000 pun. tapi rumah-rumah baru yang dijual semua macam pendapatan masyarakat kat Malaysia average RM5,000 ke atas.
Entahlah. Aku susah hidup kat sini.
2 comments:
yunk, apa yang susah tu.. mcm berat je tu..mari lah kita share...
mekchu....huhuu..nak migrate la..panas sgt cni..hehe
Post a Comment