Nuffnang ads

Thursday, September 30, 2010

Aku dalam dilema

Pening pening...
lepas satu...satu hal menimpa...tapi hal yang baik-baik saja k
i have a few list of good things happen yang membuatkan aku fenin sangat sekarang

1-semalam dalam keadaan yang very last minute, i managed to find someone yang boleh tolong jaga anak aku. tambah best depan rumah aku jek...selang 3 rumah dari rumah depan rumah aku to be exact...

2-my husband will be joining this big oganization by next week. (but he has to go for a week course yang tempat dia hanya akan diberitahu bila dia melapor diri. adeh..ni yang sikit buat aku pening)

3-permohonan aku mohon rumah area kat sini sejak tahun lepas telah diluluskan baru je kejap tadi. so aku kena amik surat tawarannya dalam tempoh 30 hari dari hari ini.(ni yang bikin aku pusing sangettttt sebab aku baru lah nak hepi2 dapat nanny baru untuk anak aku and dekat je dengan rumah ni kena lagi memeningkan kepala mencari tempat untuk meletakkan anak aku kat mana pulak lepas ni wehhhhhh. solution, tunggu husband punya posting dulu. kang tak pasal2 dia dapat post kat aku dok pj ngan anak....adehhh)

Siapa nak pakai pembantu rumah?

...angkat tangan cepat...
i'm presenting to you...
the very own...

R2-D2 Vacuum Cleaner
Sgt bagus ooo if it's really exist...
Harga? wopucitau lorr.....tapi kalau ada memang husband saya la paling gumbira sebab tak payah la die susah2 nak vacuum rumah lg(oops! kantoi!) ye...husband saya sgt rajin. sape nak?? hepp hepp dia milik saya sorang saje ok

Wednesday, September 29, 2010

Masalah apa yang korang ada?

......
tak payah la kita kongsi masalah kita dengan orang SEBAB:

20% daripadanya memang takkan ambil kisah
dan lagi 80% akan bergumbira dengan masalah yang kita hadapi tu....

Kusut

Kusut pemikiranku sekarang ni. Memikirkan bebanan semakin bertambah. Tak pasti ada kesudahannya atau tidak. Pada siapa mampu ku luahkan rasa hati ini. Siapa lagi yang mampu aku percayai?
Biarlah ku tanggung sendiri, dan memakan diri ini. Yang penting tiada siapa yang tahu rajuk hati ini. Cukup sudah aku menyukarkan mereka. Biarlah ku sendiri... Itu pintaku...

Friday, September 24, 2010

Hariz demam pulak

Semuanya bermula pada rabu malam tu.
Tetiba rasa badan dia panas lain macam je.
Dah sudah. Betul firasat ku . Dia demam. Batuk takde. Selesema pun takde.
Buka baju dan mandikan dia jugak. Sebab panas sangat badannya.
Menggigil-gigil dia kena air. Ikut hati aku sendiri tak sanggup tengok bibir dia tergetap-getap(betul ke?) tahan sejuk. Tapi, aku mesti kuat. Takleh tunjuk aku ibu yang lemah. Pakaikan baju yang tebal sementara. Nak bagi dia ubat guna syringe. Memang dia menjerit taknak. But i can't say i'm sorry! Kalau tak nanti dia blame aku. So aku cakap hariz nak kuat kena makan ubat, ok. Adeh!!!Dalam hati siapalah yang tahu dengar anak yang manja menangis merintih-rintih. Tak sanggup mak!
Esoknya aku sms boss cakap aku EL. Anak lagi penting k. Boss pun reply ok je. Ghopenye die pon dok EL.
Seharian semalam Hariz dok clinging ngan aku xnak berenggang. Bila tido aku letak bawah kat tilam sekejap je dia bangun merengek cari aku. Pergilah angkat dia balik. Dodoikan dia. Satu je Hariz ni kalau sakit je, mesti taknak makan apa-apa. Nak susu badan je. Ok la tu. Merapatkan lagi hubungan aku dan dia. Mudah-mudahan.
Bawa pergi klinik check anak tekak sahih la kerisauan aku ni. Anak tekak dia bengkak. Tu yang suhu dia tiba-tiba naik mencanak tu.
Ok la tu cerita semalam. Harini aku kerja. Dia dah ok. Malam semalam dia tido kat lengan mak, berpeluh-peluh which was a good sign. Good thing about Hariz, dia takkan demam lebih daripada 3 hari. Satu hari je dah kebah kalau aku yang jaga.
Teringat doktor pakar cakap kat aku pasal ni.
Tak salah kalau kita rujuk internet kan? Yang penting perlu la buat rujukan lanjut dan jumpa yang pakar gak kan?

Randomness

love his smileeeeee...muah muah love you

jangan tertipu dengan saiz cilik ni. sekali dia tampar berpinar muka mak k

Pada hari raya

Tahun ni paling sikit snap gambar...semua gambar ni dari hp saya je. Dari camera belum diupload lagi...hanya ada dua keping gambar anak bujang saya ni ye
Pagi raya di rumah atok a.k.a ayah kepada ayah saya..lepak dulu tunggu ayah balik solat raya. nak ikot tak bagi takut saya hilang

Ni kat PD..rumah atok zul..ngehehehe

Satu hari sebelum raya

Malu weih...orang sibuk dah upload gambar-gambar raya. Aku terkedek-kedek la nak upload gambar sebelum raya..kecoh je and da basi weih xana...tapi suka hati aku la kan blog aku,,,,bila-bila aku nak upload pon kan...ada aku kesah???gambar sume disusun ikut kronologi sebenar k..no jump jump

Anak aku dok sibuk kacau atok nya yang sedang mengayam ketupat. Adek bongsu aku yang baju hijau tu tolong adjust kasi ketat je daun tu...bukan dia anyam pon. failed!

Firts attempt aku anyam. Setiap tahun time nak raya mesti aku dok suruh abah aku ajar balik cane nak anyam. Fail sungguh! Setahun sekali la katakan...Alasan!

Tu si kenit yang sibuk tu.

Ketupat tak jadi-jadi belakang kira. Yang penting daun mesti pegang. Baru nampak cam den yang anyam. Paksu pemalas!

Tengok ni la Ummi. Apa la...dari tadi tak jadi-jadi. Meh Hariz ajar...*Suka pic ni

Ok...den cubo laie yo....kali yang tah keberapa...first time je tak jadi..

Tangok ni si cilik ni... abaikan baju BN saya tu ye...tu pon sebab dapat free...I kebas jer nyah!!! Buat baju basahan kat rumah...hehe

Baju dah bukak..panas! Main lain lak..penat da anyam ketupat tak jadi-jadi nih
Ok...sebenarnya saya belum mandi lagi. Tu yang ummi tak kisah main tepi tong sampah ni k

esok gantung kuali

pic googled



yeay..xyah masak dari pagi sampai la ke malam.
event besok(sesi makan-makan):
pagi : bfast sendiri la..melampau aa bfast nak pi kat rumah orang kan
tengah hari : 1) kenduri kawen@umah kawan mak mertua
                   2) umah bestie ada kenduri tahli a.k.a small gathering sekolah rendah sebab makcik Nah tu dah 
                       bising sokmo gathering kitorang dia tak dapat join
makan malam : tong-tong kat kedai makan beloved cikgu sekolah rendah kitorang...

bestnyer...kalau hari-hari cenggini mau kuali den jadi cam kat pic tu...tak hitam bontot kuali tu...boleh la chanting2 sket buat hiasan kan kan kan...best best...can't wait for tomorrow...pics will be uploaded kalau saya rajin...nak meresize gambar yang godang2 tu

hepi hepi hepi

saya mungkin akan berpindah
..yeay

Wednesday, September 22, 2010

Gedikssss

is currently unavailable every Tuesday nite because of.....




8.30pm-9.30pm only on NTV7...hehe...
cita-cita den nak jadi lawyer dulu terkuburan so layan la citer ni..
my fave semestinya watak Dylan


9.30pm-10.30pm pulak sambung kat 8tv
entah la...sume vampire i like...yang baik2 saje cam edward@twilight
my fave dalam ni sure la stefan..huhuh

then 10.30pm patutnya ada Dollhouse tapi keesokan harinya kan kena kerja so cukuplah sampai 10.30mlm je ngadap tv...Husband pon ikut terjebak gak sebab saya yang ajar..hehe

Tuesday, September 21, 2010

Maafkan daku

Memang bukan niatku
Masih bergantung denganmu
Bukan jua ku pinta
Nasibku begini
Namun apakan daya
Tuhan ingin menguji
Hamba yang sering alpa
Mengertilah
Aku butuh pertolonganmu
Sokongan moralmu
Yang aku sendiri tak pasti
Pernah kah aku terima
Sejak mula aku dilahirkan
Bukan wang ringgit yang aku mimpikan
Cukuplah sekadar
Huluran kasih sayangmu
Katakan yang kau pernah
Berbangga dengan diri ini
Namun, mungkin sukar
Aku selalu membelakangkanmu
Kerana ku tak pasti
Adakah kau peduli
Aku ini dari darahmu jua
Mungkin silapku jua
Maafkan aku
Mungkin sudah masanya
Aku menjarakkan diri ini
Kerana ku tak pernah rasa dihargai
Mungkin dapat berikanku masa
Untuk buktikan siapa diriku ini sebenarnya
Mungkin untuk mengumpul
Segala macam material
Yang mungkin menjadi bukti yang kau mampu berbangga denganku
Jika itu cara untuk membanggakanmu
Akan ku turuti
Berikan ku masa
Untuk keluar daripada material mu ini

Monday, September 13, 2010

13th September

What happened during 1985?

Thursday, September 9, 2010

The reason why aku tak makan kangkung dah

Memang lama dah aku tak beli kangkung. Mau dekat 2 tahun lebih kot.
Kangkung belacan? Kangkung  petis? Sedap kan...Tapi..
Korang baca lah al-kisahnya kenapa aku jadi fobia ngan kangkung. Kalau mak aku masak sekali pun aku amik yang sayur je, batang kelaut...


Pada suatu hari, di satu klinik yang terkenal, semua doktor kebingungan kerana ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut.

Anak itu dibawa ke klinik oleh orang tuanya setelah 2 hari menderita diarhea . Sudah bermacam ubat sakit perut yang diberikan kepada anak itu, namun diarhea nya tidak sembuh. Di klinik, kedua orang tua anak tersebut ditanya oleh doktor, makanan apa yang dimakan oleh anak tersebut selama 2 hari ini. Orang tua anak itu kebingungan, kerana sejak anaknya diarrhea , anak tersebut tak lalu nak mahu makan, dia hanya minum susu, itu pun akan muntah semula.

Setelah dikaji, ternyata sebelum menderita diarhea, malam tersebut anak itu makan kangkung cos di restoran oleh orang tuanya. Doktor segera melakukan xray, ternyata dalami usus anak tersebut telah berkembang biak lintah dengan anaknya yang kecil-kecil. Doktor surrender dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan medical apapun.

Akhirnya anak kecil malang itupun meninggal dunia setelah dikaji, ternyata lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar.. Memang, untuk penggemar kangkung cos yang paling enak adalah batangnya. Lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama manapun, apa lagi untuk kangkung cos proses memasak tidak terlalu lama untuk menghasilkan rasa kangkung yang sedap. Lintah hanya akan mati jika dibakar.

Di dalam usus anak tadi, lintah yang hanya dalam 1 ke 2 hari berkembang biak dengan cepatnya kerana menghuni didalam tubuh dan terus menghisap darah yang ada, doktor juga menjadi bingung, bagaimana mematikan/membersih kan lintah yang telah sangat banyak tersebut dari dalam usus anak malang itu.

Jujur, sejak mendengar cerita itu, kesukaan saya terhadap kangkung menjadi berkurang, boleh dibilang sudah 1 bulan ini saya sama sekali tidak makan kangkung dalam bentuk apa pun, bukan kerana menjadi paranoid, tapi bagi Saya lebih baik menjaga segala kemungkinan yang ada, masih banyak sayur lain yang dapat kita makan dengan meminimumkan segala kemungkinan "lintah" yang terselip didalamnya.

Semoga cerita ini dapat menjadi pertimbangan untuk kita semua sebelum masak/makan kangkung.


Best Regards,
Dr. Nor ni Abdullah,
Psychiatrist,
Hospital Tengku Ampuan Rahimah,
42500 Klang,
Selangor.

*sumber dari emel ye

Lepas aku baca ni aku tobat tak mau beli dan bagi anak and my husband makan kangkung. If happen aku kena makan gak aku akan tengok dulu celah-celah lubang batang kangkung tu dulu ada apa-apa tak. Straw minuman pun aku check juga...sangat teliti ok...as a mom is a must!

Wednesday, September 8, 2010

Dah boleh tengok MOVIE kat Youtube!!!

Dapat news ni dari Encik Aiz. Sangat best ok!!!
Mau meletop sape sape punya lappy sebab lama sangat tengok movie kan lepas ni?

Tuesday, September 7, 2010

Ucapan Raya daripada kami


P/S: Hati-hati memandu bagi sesiapa yang balik kampung nun jauh di sana.

Cool map

Photo grabbed from someone's tumblr

How i wish to have this cool map hanging onto my nursery's wall

Monday, September 6, 2010

سبحان الله

Cantiknya pemandangan di sini. Terasa tersangat rugi diri ini apabila Ramadhan akan berakhir. Tetapi amalan tak seberapa. Apakah mungkin ku ketemu Ramadhan yang akan datang agar dapat ku tebus kelalaianku di Ramadhan kali ini? Sungguh ku rasa amat berdosa!

*Gambar sumber daripada e-mel yang dipanjangkan  

Ini barulah dikatakan melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Peringatan untuk diri sendiri.













Friday, September 3, 2010

Too much information can be dangerous?

Patut aku cakap camni kat Doc tu kan?

Does anyone agrees?
Yesterday, i brought Hariz for an appointment with a govt. Dermatologist as i announced it here. My point of view had been a laughing stock to the Doc. The big boss pulak tu. Tu yang tajuk n3 aku jadi camtuh sebab dok terngiang-ngiang dalam kepala ku ni....

Salah ke aku nak jadi seorang ibu yang berinformasi or am i put way too much info yang mengarut dalam kepala saya ni? Or am i being so paranoia over something which is not normal to my eye?

The Doc cakap wth i got the info? I told him of course from the Internet which it out of nowhere.(seyes tetiba i main goole jer pasal health then tetiba the pics of melanoma pop up. Reference letter dari Klinik yang aku refer Hariz tu siap tulis, 'Mother claimed the spot slightly like melanoma". I didn't claim it la actually...That why la aku pi rujuk mintak korang check as i'm not a doctor.
Aku rasa cam orang bodoh pun ada gak. Doktor mix tu siap cakap lagi ' Even if his age reach 58 i can't tell it's melanoma because the percentage u could get it only less than 1%'.

Dowh! Aku rase cam dumbassssss jer. Last-last aku jawab ' sorry doc for wasting your time. i'm his mother and i'm just being curious as if it's a bruise it surely had fade away by time but it didn't. And i think it's better to prevent than to cure...'
The Doc senyap and replied ' you don't have to worry as i can ensure you it has nothing to do with melanoma. But you also have to watch it regularly if any other symptom come up. he's way too young for the disease. '
Ok..ok first of all, aku lega sangat-sangat sebab semua andaian aku tak berasas. Each and every mom (kecuali la mereka-mereka yang sesuka hati buang anak tu) akan rasa nak jaga anak-anak sebaik mungkin. kalau boleh nyamuk atau semut nak gigit pun tak bagi, kan?

And aku tak rasa cari maklumat atau ilmu tu akan jadi bahaya. (lainla kalau cari ilmu nak merompak dan lain-lain yang tak senonoh tu )

Yer, aku memang internet geek. Tapi untuk yang memberi faedah pada aku jer la bukan nak google yang benda-benda yang tak elok tu.

Wednesday, September 1, 2010

Kisah si bujang yang rajin

Alkisahnya, kami sekeluarga pulang ke kampung.(biasa la ni 2 minggu sekali haruuuus balik rumah bonda saya kalau minggu lepas tak balik confirm la hari rabu petang or khamis petang the next following week tu akan ada satu mesej dalam inbox saya
'Alg, minggu ni balik x? Rindu kt Hariz Hensem(last word tu rekaan saje)' gitu lah bunyi mesej nya.
Berbuka lah saya sekeluarga di rumah mak ayah saya. Di mana? Lebih kurang 30 jam je dari rumah saya. He he
Kitorang tidur sana sekali. Cam bese la nama pon anak mak. And tak sedar-sedar diri lagi keesokan untuk sahurnya mak saya lah yang gigih mengetok pintu bilik saya sekeluarga kejut bangun tido. Sanagat tak senonoh kan? Budget la nak bangun tolong mak skali. Hahahah... Sori la mak ye. Sesekali nak bermanja. Rumah sendiri saya kena bekerja. Oh, malam sebelumnya mak saya tak larat nak gi terawih sebab penat.(ke sbg alasan nak melayan si kecik sorang tu????)
So, pagi Sabtu tu lepas sahur we ol (saya, husben dan hariz sambung titon lg). Betul-betul buat cam bujang dulu. Adeh!!! Then bangun2 dengar bunyi vacuum dalam bilik mak. Anak bujang saya pon da bangun. Saya terpaksa bangun gak aa (lepas suh dia tido lagi dia dah takmo) . Dengan gembira nya terus berlari ke bilik wan dia sebab dia suka bunyi vacuum. Haha...sebab dia pun nyebuk nak tolong sekali.
Gini la rupanya. Tiap kali orang nak menyapu nak vacuum mesti dia nak tlg sekali...Pic tak clear sangat sbb dia tengah sebok pusing-pusing tu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...