Memang bukan niatku
Masih bergantung denganmu
Bukan jua ku pinta
Nasibku begini
Namun apakan daya
Tuhan ingin menguji
Hamba yang sering alpa
Mengertilah
Aku butuh pertolonganmu
Sokongan moralmu
Yang aku sendiri tak pasti
Pernah kah aku terima
Sejak mula aku dilahirkan
Bukan wang ringgit yang aku mimpikan
Cukuplah sekadar
Huluran kasih sayangmu
Katakan yang kau pernah
Berbangga dengan diri ini
Namun, mungkin sukar
Aku selalu membelakangkanmu
Kerana ku tak pasti
Adakah kau peduli
Aku ini dari darahmu jua
Mungkin silapku jua
Maafkan aku
Mungkin sudah masanya
Aku menjarakkan diri ini
Kerana ku tak pernah rasa dihargai
Mungkin dapat berikanku masa
Untuk buktikan siapa diriku ini sebenarnya
Mungkin untuk mengumpul
Segala macam material
Yang mungkin menjadi bukti yang kau mampu berbangga denganku
Jika itu cara untuk membanggakanmu
Akan ku turuti
Berikan ku masa
Untuk keluar daripada material mu ini
No comments:
Post a Comment