Kesunyian biasanya buatkan kita teringat-ingat kenangan lama- Xana Eww
Mesti ramai yang setuju kalau bercinta dengan bestfriend confirm lah kekal ke akhir hayat.
Tapi kat sini aku nak share pengalaman aku ber'eww' dengan bestfriend.
Aku kenal dia sejak dia pindah masuk sekolah aku dari Shah Alam.
Sekolah rendah aku sekolah kampung je.
Aku pengawas. Skema nak mati. Nampak orang main lawan rubber aku rampas.
Nampak orang main kereta dash yonkuro tu aku rampas gak. Menganjeng je keje aku.
But, di sebalik muka budget garang tu, ada gak yang minat kat aku.
Ali Setan...aku tak tau tapi biasalah...kawan2 dia memang kuat menyakat aku.
Tapi weh baru darjah 6...so i played hard to catch ....
Pastu naik sekolah menengah, aku masuk sekolah asrama ber'agama'...yes...tudung labuh, berstoking setiap kali keluar asrama...even bertelekung ke surau pun kena kalau tak kena denda...hafal surah...aku ngan 2 orang kawan aku pernah kena denda hafal surah As-Sajjadah. Sorang satu muka. Huhuhu...
Tiap kali aku balik rumah, mesti dia call aku. Ali Setan ni sekolah kat SDAR.
So tiap kali dia call mesti la dengan bangganya poyo ngan aku cite pasal sekolah dia. But most of his stories berkisar pasal dia je. He's so full of himself. I bet he never changed.
Kat sekolah aku selalulah aku terima surat daripada dia. Semua cite pasal sekolah, aktiviti kat sekolah, markah test/exam, pelajaran.
Camtu lah aku dengan dia sampailah habis form 5. Time raya dia datang rumah. Mak abah aku pun dah kenal la dia. Adik aku panggil Ali Poyo. Aku ingat lagi sebelum dia form 5 siap bagi aku badge T. Ketua Prefek SDAR kat aku. Dia budget dia la bakal tercalon Ketua Prefek. Badge tu dah lupus tu yang bagi aku buat kenangan. Tapi siapa nak calonkan dia yang poyo tu. Huhu...Angan tak sudah ko kan Li?
Kitorang selalu gak bertekak dalam fon. Tak pernah la cakap dengan tone yang lembut. Yang aku pelik, ramai gak batch aku tak suka dia. Aku je yang tahan ngan kepoyoan dia.
After form 5 sementara tunggu result aku pergi kelas komputer kat Cosmopoint. Dia lak pergi kelas English. English dia teruk dari aku.
1 day, dia proposed aku to be his girlfriend. Masa ni aku tak tau sebab dia la aku broke off dengan bf aku. Huhu... Aku kata boleh ke? Dia kata give it a try la dulu.
1st day couple, dia tunggu aku dari bus station, nak walk me to Cosmo.
Korang tau apa jadi? Kitorang dua senyap tak berkata. Sebelum ni memang sumpah seranah kuar la.
Tapi hari tu...dua2 jalan senyap. Kitorang tak main pegang2 ni k. Sampai satu simpang kitorang just say goodbye. Dia cakap balik dia tunggu. Kita jalan kat Terminal 1.
Dalam hati masa tu, pehal lak xleh cakap pape ni. Huhu..Hati berdebar je. Huhu...Seyes...tak boleh blah!
Balik tu nampak muka dia tercongok dah tunggu.
Kitorang jalan ke Terminal. Masuk dalam then jalan ke tempat wayang. Ada Popular masuk. Dua2 senyap.
Last2 aku tanya...
'Cane ni wak? (see da couple dari aku kau terus tukar wak-wak)'
'Boleh hidup ke senyap camni?'
Tengok la nanti cammane, dia jawab...huhuhu... Aku tak boleh aa camni....mati kutu aku.
A week later, dia call.
Aku rasa kita tak sesuai aa jadi pakwe makwe.
dalam hati aku yess! yes!
aku tak tau kenapa jadi camtu. Sepatutnya dah kenal lama lagi senang nak menyulam eww eww tu kan. Tapi, serius maybe sebab aku dah set, he is just a friend. Not more nor less. Kesian gak kat dia sebab dia memang ada hati ngan aku sejak sekolah rendah (kew? Kew aku je yang perasan?)
But to this day, dia pun dah kawen. Baru je last year? Aku pun dah beranak da. Ada gak jumpa dia masa reunion gang2 aku. But still we avoided to talk to each other. Aku takde hal. Ok jer. Cuma dia...selalu elak daripada eye contact ngan aku..apa maksudnya eh? Huhuhu