Nuffnang ads

Wednesday, February 9, 2011

4 bulan lagi

Selepas seminggu dilahirkan.

Lagi 4 bulan lagi dari tarikh hari ini dia akan genap 2 tahun.
Terasa macam baru semalam sakit kontraksi.
Macam baru semalam tangan suami digenggam untuk menahan kesakitan.
Terasa sungguh sayu pengorbanan suami menemani sepanjang dalam bilik bersalin.
Terasa macam baru semalam menguatkan semangat untuk keluarkan dia walaupun makan tengah hari telah habis dimuntahkan dan air yang diminta tidak diberi.
Terasa sangat lega perut bila dia keluar dan bertambah lega terdengar tangisannya yang lantang.
Betapa gembira terasa selama 9 bulan dikandungkan dan dengan jantina tidak diketahui...
Namun naluri ibu lah yang lebih tepat...terbukti dengan kelahiran seorang putera
Putera sulung bagi kedua-dua buah keluarga baik di keluarga ibumu juga ayahmu.
Anakku sayang...
Ummi doakan semoga hidupmu di dunia dan di akhirat nanti sentiasa beroleh keberkatan.
Menjadi tanggungjawab ummi untuk mendidik kamu sebaik mungkin.
Harta kemewahan mungkin tak mampu ummi beri
Tapi Insya Allah, agama, kasih sayang, ilmu akan ummi berikan
Dan secara tidak langsung, ummi juga akan belajar dalam masa mendidikmu
Maafkan ummi ada benda yang ummi terleka semasa mengandungkanmu
Dengan izin Allah ummi cuba memperbetulkan kembali.
Mungkin anak-anak lain dapat sambutan yang luar biasa di hari ulangtahun mereka nanti...
Maafkan ummi sebab tak bisa berikan itu padamu sayang
Cukuplah sekadar kita berdua meraikan dengan doa dan solat hajat...
Maafkan ayah juga yang mungkin tak dapat bersama nanti kerana melaksanakan tanggungjawabnya.
Sungguh...
Tak sangka cepatnya masa berlalu.
Masih terasa hangat mulutmu kali pertama didakapanku.
Harap dapat kekal begitu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...