Nuffnang ads

Monday, February 14, 2011

Alternatif lain untuk ganti Valentine Day

*entri ini khas untuk mereka yang sudah berumah tangga. Bagi yang belum, persiapkan diri anda dan mungkin tarikh yang diberikan lebih sesuai untuk dirancangkan menjadi hari pernikahan kalian.

Sekiranya kita anti sesuatu benda, mesti ada satu benda lain yang boleh kita guna untuk menggantikan benda yang kita anti tu. Sebagai contoh, kalau kita anti barang buatan Zionis, kita gunalah barangan buatan Malaysia. Anti Starbucks, kita masih ada Ali Cafe sebagai alternatif lain.


Hasil bacaan aku daripada baik blog FT  mahupun segala jenis tulisan beliau, banyak membuka minda dan mata aku.

Antaranya, inilah dia alternatif lain bagi pasangan Muslim yang ingin meraikan hari berkasih sayang ini. Boleh klik pada gambar untuk baca keseluruhan entri beliau.

Gambar diprintscreen drpd blog FT
1 Zulhijjah adalah hari pernikahan Saidina Ali dan Saidatina Fatimah Azzahra. Aku kira ramai  yang bercita-cita menjadi suami dan isteri mithali seperti Saidina Ali dan Saidatina Fatimah. Mustahillah untuk kita mencemari hari nikahnya Ahlul Bait (malah direstui langit dan bumi) ini dengan perkara yang mungkar, kan?

Aku bukanlah pengkaji, tetapi aku membaca hasil kajian. Mana yang baik aku jadikan panduan, mana yang buruk aku jadikan sempadan, mana yang sipi-sipi je, aku korek lagi  mana yang kurang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...